SUARA BEBAS TUARAN

Dua Ahli Perniagaan Adik-Beradik Aniaya Pekerja, Di Tahan


TIGA wanita Indonesia ditahan pegawai Imigresen dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Melur, Alor Setar semalam.
Dua ahli perniagaan adik-beradik di Alor setar, ditahan kerana disyaki menganiaya tujuh pekerja mereka tanpa memberi makan dengan sempurna dan tidak membayar gaji selain memukul pekerja terbabit sejak tiga hingga sembilan bulan lalu.
Lelaki tempatan berusia 50 dan 44 tahun yang juga pengusaha restoran itu ditahan Jabatan Imigresen di rumah masing-masing dalam dua serbuan di Taman Melor dan Jalan Kuala Kedah, di sini dalam Ops Sapu selama dua jam bermula pukul 10 malam kelmarin hingga 4 pagi semalam.
  • Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Hasreena Hashim memberitahu, dalam serbuan di sebuah rumah banglo di Taman Melor milik lelaki berusia 50 tahun itu, pihaknya menahan tiga wanita warga Indonesia berusia di antara 23 hingga 33 tahun.
  • Katanya, serbuan kedua di sebuah rumah milik adik lelaki itu di Jalan Kuala Kedah pula pihaknya menahan empat wanita warga Indonesia berumur di antara 26 hingga 33 tahun.
“Dalam serbuan di Taman Melor, tiga wanita itu yang merupakan pekerja restoran dan pembantu rumah mendakwa tidak dibayar gaji sejak sembilan lalu.
“Mereka turut mendakwa majikan hanya memberi lebihan makanan untuk dimakan. Mereka memberitahu kerap dipukul dan ditampar jika buat kesalahan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini semalam.
Sumber:kosmo
10 comments:

jika benar mereka bersalah seperti yang dikatakan maka, hukuman yang berat wajar dikenakan.


ini dikira kes penderaaan majikan terhadap pekerjanya. jgnlah ada diskriminasi terhadap pekerja.


Bagus, berkaslah mereka yang melayan pekerja mereka dengan teruk.


kejamnya perbuatan dua ahli perniagaan adik-beradik tersebut terhadap pekerja mereka. Baguslah tue mereka ditahan.


Harap adik beradik ini akan dikenakan tindakkan undang-undang kerana mendera warga asing.


Punya kejam tindakan mereka. Padan muka jugalah kena tahan.


Harap hukuman setimpal dikenakan jika dakwaan yang dibuat betul.


begini caranya berniaga?? baik minta mahkamah keluarkan arahan supaya kedua2 adik beradik ini menutup perniagaan mereka.


Pekerja juga harus tahu hak mereka sebagai pekerja.


majikan tersebut wajar dikenakan hukuman kerana telah melakukan penderaan kepada pekerjanya.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails