SUARA BEBAS TUARAN

Akibat Skim Gaji Minimum, 500 Syarikat Keselamatan Bakal Gulung Tikar ?


gambar hiasan PPKKM sedang bertugas
Lebih 500 syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan didakwa bakal gulung tikar sekiranya kerajaan tetap bertegas untuk mengambil tindakan terhadap syarikat yang gagal membayar gaji minimum kepada pekerja mereka.
Lebih teruk tindakan itu juga didakwa bakal mengakibatkan kira–kira 150,000 pengawal keselamatan yang kini berkhidmat dibawah syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan akan hilang pekerjaan masing-masing apabila syarikat terbabit terpaksa ditutup.
  • Dakwaan itu dibuat Setiausaha Akhbar Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), M. Nagoor Has han Sahiboo pada Kursus Keselamatan Pengawal Keselamatan di Sekolah Kebangsaan Pelagat semalam.
  • M. Nagoor mendakwa, perkara itu berlaku kerana kadar bayaran perkhidmatan yang disediakan untuk syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan masih di paras lama tetapi tangga gaji minimum pula telah ditetapkan.
  • Menurutnya, Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 yang dikuatkuasakan sejak 15 Februari lalu menetapkan pihak syarikat perlu membayar gaji bulanan pekerja antara RM1,200 hingga RM1,500.
  • “Tetapi hingga kini pihak kerajaan mahupun swasta belum bersedia memenuhi permintaan PPKKM supaya nilai kontrak bagi membekalkan pengawal keselamatan dinaikkan,” dakwanya.
  • M.Nagoor mendakwa, syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan terbabit tidak mampu menaggung kos gaji pengawal keselamatan tersebut kerana harga perkhidmatan yang ditawarkan kepada mereka tidak mencukupi.
Dakwanya lagi, PPKKM sudah pun mengemukakan rayuan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk memberi tempoh selama enam bulan atau hingga kadar kontrak dinaikkan sebelum akta itu dikuatkuasakan sebelum ini.
Tambahnya, mustahil pihak syarikat dapat membayar gaji pengawal keselamatan mengikut akta yang telah dikuatkuasakan itu jika pihak terlibat enggan menaikkan kadar harga perkhidmatan untuk mereka.
Sumber: agensi
16 comments:

jika begitu, lebih baik penetapan gaji minimum ditentukan mengikut sektor pekerjaan buat sementara waktu.


pekara ini perlu diselesaikan dengan segera. kepentingan kedua-dua pihak perlu dijaga dengan sebaiknya.


harap isu ini akan diselesaikan agar keadaan tidak menjadi teruk.


skim ini membawa masalah kepada syarikat perkhidmatan pengawal keselamatan.sepatutnya mereka diberikan satu tempoh masa tertentu untuk menyelaraskan bayaran gaji setiap pengawal keselamatan mengikut akta yang telah dibuat.lagipun pihak yang terlibat masih enggan menaikkan kadar harga perkhidmatan keselamatan yang diberikan.


jadi,kerajaan sepatutnya memberi pertimbangan kepada syarikat-syarikat keselamatan yang menghadapi masalah ini sebelum akta tersebut dikuatkuasakan.


Untuk mengubah sesuatu, semua aspek perlu juga dilibatkan dalan perubahan itu. Jika hanya 1 perubahan sahaja usaha ini hanya akan sia2.


Namun begitu saya menyokong penuh agar gaji minimum ini dilaksanakan, dan pekerja2 juga harus diberikan latihan agar menjadi profesional sementara gaji yang akan diberikan kepda mereka setaraf dengan apa yang dapat mereka berikan.


Susahlah kalau begitu.


Harap kerajaan dapat menyelesaikan isu ni dengan sebaik mungkin.


mengapakah kerajaan terlalu prihatin berkenaan terhadap keuntungan segelintir, dan bukan kepada berjuta2 pekerja? apa bukti syarikat keselamatan akan gulung tikar? sudah tentulah syarikat2 ini tidak bersetuju dengan skim gaji minimum kerana sudah terbiasa membayar gaji rendah kepada pekerja.


terlalu jauh untuk kita berdiri sama tinggi dengan negara2 maju yang lain jika negara kita tidak mampu menerima perubahan seperti yang ada di negara maju. purata pendapatan penduduk di negara maju adalah rm1500 SEMINGGU, sedangkan di negara ini masih ada yang dibayar rm500 SEBULAN.. amat jauh bezanya..


rasanya syarikat tersebut takkan gukung tikar.


Setuju ferlo. Gaji minimum harus ditetapkan mengikut sektor pekerjaan bagi mengelakkan masalah lain timbul.


S/ada betul atau sebaliknya hal ini, saya cuma harap penetapan gaji minimum dapat dilaksanakan secepatnya.


x kan gulung tikar nya company tu..untung dah berlambak pun.. lagi pun company yg x bersatu sbb sanggup offer harga yg lebih rendah dari yg dah ditetapkan oleh kerajaan..kalau semua bersatu client akan tetap ikut sbb dah arahan kerajaan.. soal latihan dan imej pengawal juga salah company sebab ramai yg mengelak utk bagi latihan dan amik pengawal main sapu je...


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails