
Sebagai insentif bagi memikat mereka di seberang laut, profesional rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air kini layak mendapat insentif 15 peratus bagi cukai pendapatan untuk tempoh lima tahun, demikian umum Datuk Seri Najib Tun Razak.Perdana Menteri berkata, beliau berharap insentif cukai pendapatan peralihan yang baru dan perubahan yang lain akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia yang bekerja di seberang laut dengan pelbagai pengalaman dan kepakaran, untuk kembali dan memainkan peranan aktif dalam transformasi ekonomi negara.
"Kita boleh menyampaikan dasar, kita boleh menyampaikan kerangka kerja tetapi semua usaha kita untuk menarik pelabur akan menjadi tidak bermakna kecuali kita juga dapat menyampaikan tenaga kerja pakar dan berkemahiran tinggi yang mereka perlukan untuk berkembang,” katanya dalam ucaptama pada Invest Malaysia 2011.- Najib berkata, dalam dunia yang memberi perhatian terhadap pengetahuan yang mendalam, ekonomi yang didorong oleh inovasi, negara memerlukan bakat-bakat tinggi bertaraf dunia – dan sebanyak mungkin yang boleh diperolehi.
Beliau berkata, Talent Corp akan memainkan peranan penting dalam program kepulangan pakar (REP) dan mempunyai parameter program dan kriteria kelayakan yang telah dikaji semula yang memenuhi keperluan Program Transformasi Ekonomi.
Namun hingga setakat ini, seruan Najib ini maseh lagi samar-samar tentang jenis-jenis profesion ( saperti Dokter, Jurutera, Scientists dsn), sebanyak-mana bilangan yang perlu dan lokasi kawasan penampatan yang menghendaki khidmat mereka.- Takut-takut nanti, seruan ini akan di sambut oleh golongan profesional yang bukan sasaran kerajaan Malaysia.
- Dalam pada itu, ada kah insentif cadangan sebanyak 15% potongan dari cukai pendapatan dapat menarik minat profesional yang kini boleh dikirakan selesa dengan situasi yang mereka alami di sebarang laut itu.
Disamping itu, mungkin juga mereka tengah menikmati ganjaran yang lebih mantap di sana. Sebagai contoh negara Brunei tidak mengenakan sebarang tarif cukai kepada profesional yang bertugas di negara tersebut.Menurut The Malaysian Insider sebanyak lebih kurang 700,000 profesional dari Malaysia yang berhijrah di Luar Negara, saperti Singapura, Brunei, Australia, Canada dan lain negara di dunia ini.



April 13, 2011 9:04 AM
tindakan yang diambil oleh kerajaan ini memang wajar supaya para profesional Malaysia yang bekerja di luar negara akan balik untuk menyumbangkan kepakaran mereka di negara sendiri.pelbagai insentif lain perlu diwujudkan supaya akan menambahkan lagi azam mereka untuk terus menetap dan bekerja di Malaysia.
April 13, 2011 9:24 AM
usaha untuk menarik minat profesional kembali ke Malaysia perlu sentiasa dilakukan bagi membolehkan mereka berkhidmat untuk membantu memajukan negara ini.
April 13, 2011 9:26 AM
harap profesional Malaysia yang berada di luar negara akan kembali ke Malaysia untuk berbakti di negara ini.
April 13, 2011 9:33 AM
ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bindang2 profesional, tapi kebanyakan mereka berada diluar negara. kemahiran mereka amat diperlukan untuk pembangunan negara kita, hrap dgn adanya intensif ini, ia dpt menarik minat mereka untuk kembali berkhidmat ke Malaysia.
April 13, 2011 9:53 AM
Selain dari itu saya pasti mereka yang berada diseberang sana inginkan kestabilan dalam politik negara.
April 13, 2011 9:55 AM
Semoga usaha ini menampakkan kesan yang positif.
April 13, 2011 10:21 AM
Dengan adanya rakyat profesional yang berhijrah ini akan dapat memberikan kemahiran kepada rakyat di Malaysia.
April 13, 2011 10:23 AM
PM perlu ikhlas untuk menarik mereka kembali bertugas di Malaysia.
April 13, 2011 11:03 AM
Diharap ini dapat menarik minat para profesional & pakar untuk berkidmant dalam negara sendri.
April 13, 2011 1:21 PM
berkesan atau tidak, cuba dahulu. jika tidak berkesan, cari kaedah lain yang lebih baik. atau mungkin kerajaan Malaysia perlu mendapatkan pandangan mereka sendiri tentang apa yang boleh membuatkan mereka balik ke negara ini.
April 13, 2011 7:58 PM
tawaran yang lebih baik mungkin harus diberikan..
April 13, 2011 7:59 PM
apa2 pun, terpulang kepada para profesional malaysia yang berkhidmat di luar negara untuk membuat keputusan.
April 14, 2011 10:46 AM
Banyak lagi faktor yang lain yang menjadi punca mereka bekerja di luar negara.
Post a Comment