
Pada 2 April lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala(gambar kanan) mencadangkan isu Alkitab diselesaikan dengan berbeza antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.Menurut Idris Alkitab bahasa Malaysia/Indonesia di Sabah dan Sarawak tidak memerlukan cop 'Untuk Penerbitan Kristian' atas alasan bilangan penganut Kristian ramai di kedua-dua negeri itu berbeza dengan semenanjung.
Dalam isu yang sama, Biskop Katolik merangkap Presiden Persidangan Biskop Katolik Malaysia, Dr Paul Tan Chee Ing ( gambar diatas) mengulangi pendirian beliau bahawa dasar 'satu negara dua polisi' Kerajaan Persekutuan yang memperuntukkan undang-undang berbeza antara Borneo dan Semenanjung Malaysia mengenai Alkitab sebagai 'tidak dapat diterima sama sekali.'
"Saya tak mahu kedengaran kasar, terutamanya selepas apa yang dilihat semacam pertemuan baik antara Perdana Menteri dan pemimpin Persatuan Gereja Sarawak (ACS) di Kuching semalam," kata Ketua Peruskupan Melaka-Johor kepada portal Malaysiakini hari ini.- "Tapi jika pertemuan itu tidak menjurus kepada penarikan pendirian 'satu negara dua polisi' Kerajaan Persekutuan terhadap penyebaran Alkitab ini, jadi kita masih berada di titik mula isu ini, kata beliau.
Biskop Paul menyatakan beliau mengalu-alukan jaminan kerajaan untuk membincangkan perkara itu dengan komuniti Kristian yang sebelum ini kecewa tiada jalan penyelesaian diberi bagi mengatasi masalah ini sepenuhnya.- "Tetapi, sebenarnya, sebelum ini keterbukaan (kerajaan) untuk berdialog dan berbincang tiada masalah; ia hanya bila nak melaksakanakan apa yang dijanjikan, untuk memberi kesan terhadap jaminan kebebasan agama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, itu yang menjadi masalah," kata beliau.
- "Bila Mahkamah Tinggi menetapkan Kristian mempunyai hak menggunakan kalimah Allah dan penggunaannya tidak membawa masalah keselamatan negara, rayuan Kementerian Dalam Negeri untuk menentang keputusan tersebut menghantar isyarat bertentangan kepada komuniti Kristian," terang beliau.
Menurut Biskop Paul lagi mana-mana intepretasi bahawa 'formula 10 perkara' yand dicanangkan Idris, dan diikuti perbincangan pemimpin gereja dan Najib semalam memberi penyelesaian terhadap isu ini hanyalah 'kejayaan politik.'"Pemimpin Kristian mahukan penyelesaian sepenuhnya isu ini, bukan sesuatu yang sesuai mengikut keadaan sekarang. Satu-satunya penyelesaian berterusan dalam hal ini ialah tidak membezakan Kristian di kedua-dua bahagian di Malaysia. (Penyelesaian) lain tidak dapat diterima sama sekali," ulang Paul.



April 18, 2011 11:56 AM
Sabah dan Sarawak tidak sama dengan Semenanjung Malaysia. Jadi, cara yang digunakan kat sana tidak semestinya sesuai digunakan di sini.
April 18, 2011 11:57 AM
Sabah dan Sarawak sepatutnya tidak perlu mengikuti undang-undang ataupun polisi yang sama dengan Semenanjung kerana kita sendiri mempunyai undang-undang tempatan.
April 18, 2011 11:58 AM
Lagipun, isu Alkitab ini bukan satu masalah di Sabah dan Sarawak kalau bukan ada orang yang sengaja mempolitikkan isu ini.
April 18, 2011 1:29 PM
isu ini perlu diselesaikan dengan sebaiknya.
April 18, 2011 1:30 PM
harap isu seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.
April 18, 2011 2:06 PM
Kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam perlembagaan M'sia. tu yang dituntut, bukan hanya penyelesaian yang sementara.
April 18, 2011 2:12 PM
kerajaan hanya perlu kekalkan bagaimana kedudukan Alkitab di negara ini sebelum ia ditahan di pelabuhan klang..
April 18, 2011 2:16 PM
This shouldn't be an issue in the first place.
April 18, 2011 2:17 PM
Hopefully this issue will solve in a good way.
April 18, 2011 2:18 PM
untuk menyelesaikan isu sensitif seperti ini memang agak sukar kerana ia melibatkan kepentingan dua penganut agama terbesar di negara ini. mungkin lebih baik jika kedua2 pihak berjumpa dan duduk berbincang sehingga penyelesaiannya dapat dicapai.
April 18, 2011 2:21 PM
lain kali fikir dan kaji sedalam2nya sebelum membuat keputusan yang melibatkan sensitiviti kaum atau penganut agama lain di negara ini.
April 18, 2011 3:15 PM
harap masalah politik jangan dibawa bersama dengan agama. Kerana dua perkara ini sangat berasingan.
April 18, 2011 4:05 PM
Ini la jadi kalau politik x dipisahkan secara total dengan agama...people tend to take advantage & use it as a mean to get something for his/her own interest..
p/s:gaman, Tuaran will going to be the host for this year kaamatan..how's the preparation over there?
April 18, 2011 4:29 PM
isu ini sudah semestinya perlu diselesaikan sebaik yang mungkin supaya perselisihan antara penganut dua agama ini tidak akan berlarutan.tolak ansur dan pertimbangan yang sewajarnya amat penting.
April 18, 2011 6:15 PM
Thanks Tompinai Lucas,
Tuaran will going to be the host for this year kaamatan?
Honestly, I haven't seen any major preparation going on over here. Moreover, the Dewan Tuaran which is supposed to be the celebration center is not fully completed, yet.
Hopefully, by end of this April, everything is in place and ready to cater that celebration.
However, In advance, I wish you selamat menyambut tadau tagayo kaamatan.
April 18, 2011 8:05 PM
apa motif sebenar isu ini dibangkitkan? bukankah malaysia mengamalkan kebebasan beragama?
April 18, 2011 8:07 PM
sebelum ini isu yang ditimbulkan adalah isu penggunaan Allah..sekarang isu alkitab dalam bahasa malaysia..sepatutnya ini bukan isu namun terdapat segelintir pihak yang melihatnya secara pesong..
April 18, 2011 8:08 PM
diharap satu penyelesaian muktamad akan dapat dicapai..mereka yang sengaja membahaskan isu ini harus ditahan kerana menghasut.
April 18, 2011 10:07 PM
saya salute la sama komen ko Mohd Ishak. Ini baru fikiran orang matang:)
April 18, 2011 10:13 PM
Apapun, saya harap hal ini dapat perhatian sewajarnya.
April 19, 2011 11:00 AM
bilalah isu ni nak selesai, haraplah ia selesai, tolak ansur perlu ada.
April 20, 2011 2:45 PM
perpaduan rakyat Malaysia pelbagai bangsa dan agama tidak akan berkekalan jika isu seperti ini terus dipertikaikan.
Post a Comment