SUARA BEBAS TUARAN

Isu Alkitab Tidak Mungkin Bawa Impak Besar Dalam PRU Sarawak?


Penganalisis-penganalisis politik meramalkan “protes” masyarakat Kristian berhubung isu Alkitab sekarang tidak akan membawa impak dalam pilihan raya negeri Sarawak bulan ini jika kumpulan konservatif komuniti itu terus menjauhkan diri daripada politik.
Meskipun masyarakat Kristian terdiri daripada 50 peratus pengundi negeri Malaysia timur itu, penganalisis-penganalisis mendakwa segmen kumpulan yang lantang bersuara hanyalah golongan yang kecil.
  • “Berpengaruh? Tidak, tidak berpengaruh sangat sebab pemimpin-pemimpin gereja... Cina, Iban, Orang Ulu dan Bidayuh, yang sangat lantang adalah kumpulan yang kecil, segmen pribumi penduduk Kristian.
  • “Masyarakat Kristian yang lebih utama, bahagian besar, Metodis dan Katolik dan sebagainya, dalam pengalaman bercakap dengan mereka, mereka memberikan tanggapan bahawa mereka lebih prihatin dengan dunia selepas dunia ini berbanding dengan apa yang berlaku hari ini,” kata Profesor Jayum Anak Jawan (foto kanan). Tenaga akademik Universiti Putra Malaysia ini salah seorang daripada tiga panelis yang mengambil bahagian dalam forum pilihan raya negeri Sarawak di Hotel Hilton di sini anjuran Merdeka Centre malam tadi.
  • Dua panelis lain ialah Prof Madya Shaharudin Badaruddin dari Universiti Teknologi Mara dan Dr Faisal Syam Hazis dari Universiti Malaysia Sarawak.
  • Bagaimanapun Jayum mengakui bahawa trend semasa mula berubah memandangkan pengundi sedar dan lebih terpengaruh dengan faktor-faktor luar termasuk saudara mereka yang berada di Semenanjung.
  • Saya melihat yang ini akan berubah, bukan kerana persepsi mereka berubah tetapi disebabkan pencerobohan ke atas kebebasan agama.
  • “Isu kitab Injil adalah satu yang kecil, isu mengenai buku (kitab) bukan besar tetapi mereka merasakan ada pencerobohan,” katanya.
  • Faisal melahirkan pandangan selari dengan Jayum sambil berkata, pemimpin-pemimpin yang kuat dan berpengaruh di Sarawak tidak ramai.
  • “Seperti Baru Bian (ketua PKR Sarawak). Beliau bukan sahaja seorang pemimpin gereja tetapi juga peguam terkemuka,” katanya.
  • “Tetapi jika bersandarkan pada pengaruh gereja sahaja, maka sukar untuk bercakap. Jadi, saya tidak tahu... jika kita hanya melihat pada peranan pemimpin-pemimpin gereja,” kata Faisal lagi.
Bagaimanapun Dr Faisal(foto kiri) berkata, selain isu Alkitab, perkara penting yang boleh mempengaruhi pengundi untuk beralih daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat (PR) adalah pembangunan yang tidak seimbang.
“Soal peminggiran kaum Kristian berbanding Melanau Islam. Dan, ia bukan hanya berkenaan (Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul) Taib Mahmud, tetapi melangkaui beliau, ia berkenaan dengan pembangunan,” katanya.
  • Diramalkan bahawa BN akan berhadapan dengan bangkangan yang kuat daripada masyarakat Kristian ekoran peranannya dalam isu Alkitab sekarang — isu yang turut menjadi perhatian ketika kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu tahun lalu.
  • Penamaan calon pilihan raya negeri ini akan diadakan pada 6 April manakala pengundian pula 16 April.
  • Daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri, 27 adalah majoriti Melayu/Melanau, 20 majoriti Iban, 15 (Cina), enam pula majoriti Bidayuh dan tiga lagi Orang Ulu.
  • Sebanyak 20 kerusi dilihat sebagai kawasan bandar manakala 51 lagi kawasan luar bandar.
Faisal juga berkata, sementara pembangkang kemungkinan ada peluang yang baik untuk menguasai sejumlah banyak kerusi majoriti masyarakat Cina daripada BN, keputusan pilihan raya bergantung pada peratusan keluar mengundi, kualiti calon PR, isu lokal dan nasional, kesatuan tenaga pembangkang dan kesan kemungkinan pelanggaran undang-undang pilihan raya.
“Ini adalah elemen dinamik pengundian yang sukar untuk ditentukan keputusan pilihan raya kelak,” kata beliau.
Kata beliau lebih 200,000 pengundi Sarawak kini tinggal di Semenanjung.
Sumber: The malaysian Insider
11 comments:

Don't try to stir up religious issues in East Malaysia.


isu2 agama tak perlulah nak dipolitikkan.


rakyat Sarawak perlu membuat pilihan yang bijak dalam pilihanraya negeri Sarawak nanti. buatlah pilihan yang tepat.


rakyat Sarawak perlu membuat pilihan yang bijak dalam pilihanraya negeri Sarawak nanti. buatlah pilihan yang tepat.


I'm sure the people will know what is best for them.


Kalau hal ini terus diperbesarkan tak mustahil ia akan bawa impak besar.


Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya dan semua pihak pun haruslah saling bertoleransi bagi mengelakkan hal ini menimbulkan ketegangan yang teruk.


Rasanya perkara ini tidak memberi impak dalam PRU Sarawak. Tapi tidak tahulah kalau ada sesetengah pihak yang cuba untuk menjadikan perkara ini menjadi isu demi kepentingan diri sendiri. Rakyat sendiri boleh memikirkanya.


jika isu itu dipolitikkan atau dimain2kan dalam setiap kempen, pasti ia akan memberi impak yang besar dalam PRU Sarawak..


Harap isu Alkitab ini tidak mempengaruhi hubungan baik antara rakyat berlainan bangsa dan agama di Sabah dan Sarawak.


Isu ini tidak perlu dicampur adukkan dengan politik kerana ia boleh memecah belahkan rakyat pelbagai kaum dan agama.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails