
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali pada sidang akhbarnya di sini baru-baru ini memberitahu, seramai 62 orang kakitangan termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) sudah ditahan kerana terlibat dalam kegiatan melesapkan 108 Billion duit Kerajaan.Setakat ini, sebanyak 17 orang termasuk seorang berpangkat Pengarah dan isterinya juga pegawai kanan Kastam ditahan reman manakala bakinya telah dibebaskan setelah disoal siasat.
“Kami percaya mereka mengambil suapan secara individu dan bukannya didalangi sindiket tertentu. Sejak siasatan kami bermula pada 2008, kami menjangkakan lebih RM10 bilion telah diseludup keluar dari negara ini,’’ katanya.- Operasi sejak Isnin lalu bagi membanteras `tangan-tangan kotor’ yang menjadi punca kerajaan kehilangan hasil kira-kira RM108 bilion setahun akibat rasuah dan pengubahan wang haram.
- Mereka yang ditahan membabitkan 53 lelaki dan 9 wanita berusia 24 hingga 56 tahun dengan 80 peratus berkhidmat di lima pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.
Gerakan di bawah Ops 3b itu mendapati Pelabuhan Klang menjadi tumpuan utama jenayah apabila 48 suspek ditahan di situ. Pasukan itu telah membuat serbuan ke atas lebih 100 buah syarikat dan orang perseorangan secara serentak.Serbuan itu dilakukan ke atas 84 agen penghantaran, sebuah syarikat induk serta 24 anak syarikat berkaitan dan 25 premis Kastam Di Raja Malaysia di seluruh negara.Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, dalam serbuan itu, dua orang pegawai kanan Kastam telah ditangkap bagi membantu siasatan.
"Ratusan ribu ringgit telah dijumpai di rumah dua orang pegawai kanan Kastam ini yang merupakan pasangan suami isteri," katanya kepada media di kelmarin- Menurut Mustafar lagi, pasukan itu juga telah menyita lebih daripada 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan dalam operasi berkenaan.
- Pasukan Tindakan Khas ini melibatkan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa lagi agensi penguatkuasaan berkaitan.
Mustafar menjelaskan, kesemua entiti yang diserbu dipercayai terlibat dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram."Ia juga termasuk penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara yang melibatkan nilai mencakupi berbilion ringgit dan perlakuan jenayah rasuah," katanya.



April 4, 2011 12:47 PM
The MACC should investigate this.
April 4, 2011 1:45 PM
wang tersebut terlalu byk, siasatan perlu dilakukan lagi bagi memastikan pihak2 yang terlibat.
April 4, 2011 2:04 PM
pekara ini perlu diberi perhatian serius. siapa yang bersalah harus dikenakan tindakan yang tegas.
April 4, 2011 8:19 PM
sungguh mengejutkan...diharap 'tangan2 kotor' ini akan dihukum dengan hukuman maksimum..
April 4, 2011 8:20 PM
nampaknya SPRM menjalankan tugas mereka dengan baik...
April 4, 2011 10:01 PM
Harap hukuman setimpal dikenakan pada mereka2 yang terlibat ni.
April 4, 2011 10:02 PM
Inilah padahnya jika terlalu tamak. huhuhu
April 5, 2011 10:27 AM
WOW!!! banyaknyaa..harap2 orang ni dpt ditangkap.
April 5, 2011 3:58 PM
This calls for an investigation for the MACC.
April 6, 2011 10:03 AM
SPRM harus lebih aktif menangani isu ini. Biar mereka yang melakukan kesalahan tidak akan terlepas.
April 6, 2011 1:48 PM
masalah seludup tidak selesai, ditambahnya lagi masalah melesapkan duit kerajaan. pegawai2 ini mesti diberhentikan perkhidmatan mereka serta merta.
April 7, 2011 9:15 AM
Kalau duit sebanyak 100 billion lebih dilesapkan setiap tahun, ini akan menjadi impak yang besar kepada ekonomi negara.
April 14, 2011 4:38 PM
sepatutnya rasuah tidak wujud di kalangan masyarakat terutama penjawat awam.mereka perlu menjalankan tugas mereka dengan tegas dan amanah.
Post a Comment