
Kadar pengangguran di Sabah direkodkan pada 5.6 peratus tahun lepas, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid. Kadar Pengangguran negeri Sabah, tahun sebelum nya ada lah 6.1 peratus( kadar tertinggi di Malaysia). Manakala kelantan pada tahun yang sama hanya lah 2.2 peratus.
Dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran, beliau berkata kerajaan negeri mempunyai perancangan selain meneruskan program sedia ada.- Kata Jainab, pada masa akan datang, kerajaan akan menggalakkan majikan mengusahakan peluang-peluang pekerjaan di rumah di kalangan suri rumah, ibu tunggal dan golongan khas.
- Manakala Jabatan Tenaga Kerja Sabah ini sedang mengusahakan untuk mendapatkan majikan yang boleh mengusahakan pekerjaan di rumah di kawasan-kawasan berhampiran dengan tempat pekerjaan majikan berkenaan, katanya ketika menjawab soalan Datuk Syed Abas Syed Ali (BN-Balung) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada hari Rabu.
Selain itu, beliau berkata kerajaan akan meneruskan Program Penempatan Pekerjaan (3P) di semua daerah dengan kerjasama agensi dan jabatan kerajaan negeri dan pusat, serta meningkatkan perkhidmatan melalui portal jobsmalaysia.gov.my dan Pusat Pekerjaan Sabah bagi menggalakkan pendaftaran pencari pekerjaan.
Jainab berkata Program 3P berjaya menempatkan 1,133 pencari pekerjaan. Menurutnya, sebanyak 24 Program e-Kasih, 11 Program Azam Kerja dan 16 Program 3P berjaya dibuat.


May 3, 2011 10:26 AM
Hope that the unemployment rates will continue to be reduced.
May 3, 2011 1:32 PM
walaupun kadar pengangguran di Sabah tahun lepas telah berkurangan namun pencapaian ini masih belum boleh dilihat sebagai sesuatu yang membanggakan memandangkan Sabah masih merupakan negeri yang tertinggi kadar penganggurannya di antara semua negeri-negeri di Malaysia.
May 3, 2011 1:34 PM
walaupun kadar pengangguran di Sabah tahun lepas telah berkurangan namun pencapaian ini masih belum boleh dilihat sebagai sesuatu yang membanggakan memandangkan Sabah masih merupakan negeri yang tertinggi kadar penganggurannya di antara semua negeri-negeri di Malaysia.
May 3, 2011 1:38 PM
diharap penduduk Sabah yang masih belum mendapat pekerjaan menyambut baik usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran.
May 3, 2011 2:33 PM
Good but not good enough.
May 3, 2011 2:34 PM
Hopefully more job opportunity will be created for those jobless people.
May 3, 2011 2:46 PM
teruskan usaha untuk mengatasi masalah pengangguran.
May 3, 2011 4:35 PM
usaha yang sedia ada harus dimantapkan di samping mengenal pasti langkah2 baru untuk mengatasi isu pengangguran di sabah.
May 3, 2011 4:37 PM
walaupun ada penurunan kadar pengangguran di sabah namun, kadar tersebut masih lagi tinggi..kemungkinan jika gaji minimum dilaksanakan akan dapat mengatasi masalah pengangguran ini.
May 3, 2011 4:38 PM
rakyat juga harus mengubah sikap dengan tidak terlalu mengharapkan pekerjaan di sektor kerajaan..peluang pekerjaan banyak ditawarkan di sektor swasta..
May 3, 2011 8:56 PM
Angka ini amat memerangsangkan dan membuktikan usaha kerajaan negari membawa buah.
May 3, 2011 9:38 PM
Kita doa agar kerajaan lebih berusaha supaya angka ini dapat diturunkan ke kadar yang lebih rendah pada tahun akan datang.
May 4, 2011 8:57 AM
walaupun kini ia makin berkuarangan, usaha berterusan perlu ada bagi mengatasi masalah pengangguran di Sabah.
May 4, 2011 1:43 PM
ada banyak lagi projek2 kerajaan yang sedang dan akan dilaksanakan mampu menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat Sabah.
May 4, 2011 1:49 PM
bagi mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini, sabah tidak boleh disamakan dengan negeri2 lain memandangkan sabah terlalu luas dan majoriti penduduknya masih tinggal dikawasan luar bandar..
May 4, 2011 3:18 PM
usaha untuk kurang pengangguran perlu diteruskan.
May 4, 2011 3:44 PM
Semoga usaha terus dilakukan bagi menangani masalah pengangguran di Sabah. Berikan banyak peluang perkerjaan terutama di negeri itu sendiri.
May 4, 2011 3:45 PM
Semoga usaha terus dilakukan bagi menangani masalah pengangguran di Sabah. Berikan banyak peluang perkerjaan terutama di negeri itu sendiri.
May 4, 2011 3:48 PM
Kerajaan perlu lebih berusaha untuk mengatasi masalah di Negeri Sabah ini. Pengangguran dan kemiskian perkara yang berkaitan. Selamat berjuang..
May 4, 2011 11:24 PM
Kena tambahkan usaha lagi. Harap kadar pengangguran dapat dihapuskan.
May 4, 2011 11:25 PM
Semua pihakj harus bersatu demi memastikan tidak lagi wujud pengangguran di Sabah.
Post a Comment