
Pesta Kaamatan Peringkat Negeri tahun ini akan diadakan di Tuaran pada 1 Mei ini dengan tema “Cultural Understanding, The Way Forward” (Kefahaman Terhadap Kebudayaan Langkah Bijak Ke Hadapan). Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun ini adalah antara usaha kerajaan memulihara warisan budaya sesuatu kaum khususnya Kadazandusun, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
Sambutan Pesta Kaamatan yang diraikan setiap tahun membolehkan seluruh masyarakat Kadazandusun di pedalaman mengeratkan persaudaraan yang telah terjalin sejak sekian lama, kata beliau- “Perayaan Pesta Kaamatan juga menjadi peringatan kepada asal usul serta identiti kaum ini dan juga sebagai usaha meneruskan kebudayaan.
“Antara tujuan utama sambutan perayaan ini ialah untuk mempamer kekayaan kebudayaan warisan kebudayaan negeri Sabah.- “Selain acara wajib seperti Sugandoi (pertandingan nyanyian) dan Unduk Ngadau (Ratu Cantik), acara sukan tradisi serta pameran produk pertanian dan kraftangan juga diadakan,” kata Pairin.
Menurut Pairin selanjut nya bahawa dalam merangka penganjuran perayaan ini, antara aspek yang perlu diambil kira adalah aktiviti yang mempamerkan kemahiran-kemahiran tradisional seperti “baduk” pemetik api tradisonal dan pertunjukan ‘monutu’ (mengisar) padi adalah antara kemahiran tradisi yang semakin dilupakan dan perlu dihidupkan semula.


April 25, 2011 9:44 AM
selamat menyambut pesta kaamatan. semoga sambutan pesta tahun ini adalah yang terbaik.
April 25, 2011 9:50 AM
Kefahaman mesti ada untuk lebih menghargai kebudayaan satu bangsa.
April 25, 2011 10:12 AM
para generasi muda kadazandusun di Sabah khususnya perlu memahami tujuan sebenar perayaan Pesta Kaamatan ini diadakan.
April 25, 2011 10:25 AM
semoga perayaan Pesta Kaamatan peringkat negeri pada tahun ini yang akan diadakan di Tuaran akan mendapat sambutan ramai.
April 25, 2011 10:27 AM
Everyone should be encourage to participate this event.
April 25, 2011 10:28 AM
kebudayaan merupakan warisan sesuatu kaum itu.
April 25, 2011 10:28 AM
pesta kaamatan pada kali ini sudah pasti akan menjadikan Tuaran sebagai tarikan pelancong dalam mempromosi kebudayaan turun temurun masyarakat KadazanDusun di Sabah.
April 25, 2011 10:30 AM
Sambutan sesuatu pekara seperti pesta keamatan dapat mengeratkan perpaduan yang sedia ada.
April 25, 2011 10:33 AM
I hope this year kaamatan will be a a better one than last year.
April 25, 2011 10:49 AM
Good. Keep it up!!!
April 25, 2011 12:51 PM
saya harap pesta kaamatan pada tahun ini lebih meriah dan lebih menarik..
April 25, 2011 1:51 PM
kita harus saling memahami kebudayaan antara kaum, pesta kaamatan mendedahkan kepada kaum lain mengenai kebudayaan masyarakat kadazan dusun.
April 25, 2011 2:04 PM
Tidak salah jika mengpelajari budaya orang lain.
April 25, 2011 2:06 PM
semoga sambutan pesta keamatan ini mendapat sambutan dari penduduk Sabah.
April 27, 2011 9:39 AM
Harap pesta Kaamatan tahun ini lebih bermakna dan meriahkan.
Post a Comment