
Artikel yang sensasi dibawah ini saya petikkan dari penulisan Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia, semata-mata bertujuan untuk difikirkan bersama, sejauh mana kah releven nya gambaran yang diilhamkan oleh anak muda ini selaras dengan senario yang diharungi oleh golongan muda di Malaysia masa kini.
"Mutakhir ini kita melihat negara semakin dihimpit dengan sikap politik kotor yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa. Saban hari, hampir keseluruhan media menyajikan hidangan pemikiran kotor kepada generasi muda untuk menggambarkan suasana sebenar politik negara.- Media yang dikawal secara jelas dan berterusan menjadi boneka menjalankan propaganda liar yang tidak matang untuk ditatap oleh anak muda yang akhirnya menjejaskan kualiti generasi hari ini.
Perancangan anak muda terbantut apabila kehidupan diasak hebat dengan cara pemerintah mentadbir urusan rakyat. Ia sebenarnya adalah bukti beban dan punca masalah generasi ini.- Kos sara hidup yang meningkat, hutang yang semakin membebankan, keadaan dan persekitaran semasa yang tidak memberikan jaminan keselamatan memberi gambaran kepada generasi muda bahawa harapan untuk mempunyai sebuah kehidupan yang bernilai pada masa hadapan pudar dan lenyap.
Peningkatan masalah sosial dan akidah remaja semakin teruk dan membimbangkan. Saban hari muncul permasalahan baru dikalangan remaja yang dilaporkan.- Namun, ia hanya menjadi topik perbualan pinggiran dan tidak dibahaskan secara serius yang akhirnya meletakkan nasib mereka seolah-olah sedang diperjudi dan digadaikan atas nama kuasa.
Anak muda disajikan dengan hiburan yang terus melalaikan dari memikirkan kedudukan dan peranan mereka dalam sebuah negara yang bertamadun. Manakala, pemerintah dilihat lebih senang melihat generasi ini untuk lalai dan tidak memikirkan langsung usaha meningkatkan kualiti kehidupan, yang seharusnya digarap melalui pendidikan, tahap kefahaman agama dan nilai kemasyarakatan yang lebih bertanggungjawab.
Namun, perkara yang penting dan perlu diberikan perhatian ialah nasib dan hala tuju generasi muda. Tumpuan dan perhatian khusus kepada generasi ini perlu diberikan sehabis daya dengan fokus, kerana generasi ini adalah insan yang akan meneruskan perjuangan pada masa akan datang.- Sekiranya kerajaan masih meneruskan lanskap politik dinegara ini secara semberono dan membabi buta, apakah yang menjadi harapan kita untuk melihat generasi muda mencipta sebuah perubahan?
Kerana itulah anak muda keseluruhannya diseru untuk melakukan perubahan agar dilihat sebagai suatu kumpulan pendesak yang digeruni oleh pemerintah yang tidak tahu dan menghormati hak generasi ini untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik dan terjamin."Rujukan: Siti Aishah Shaik Ismail, Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia.
April 27, 2011 9:22 AM
Generasi Muda sekarang akan menjadi penentu.
April 27, 2011 9:57 AM
generasi musa adalah generasi yang ambil alih negara ita, mereka perlu diberi perhatian dan diberi bimbingan yang betul. mereka adalah penentu masa depan negara.
April 27, 2011 9:57 AM
generasi muda sememangnya perlu diberikan perhatian yang sewajarnya agar mereka dapat memajukan diri mereka.
April 27, 2011 10:00 AM
selain itu generasi muda juga perlulah berusaha untuk memajukan diri mereka sendiri dan menerokai potensi yang ada pada mereka.
April 27, 2011 10:16 AM
Kepada muda mudi yang berminat untuk menceburkan diri dengan Politik, silakan kerana itu hak anda.
April 27, 2011 10:18 AM
Bercakap tentang politik, dimanakah adanya politik yang tidak kotor? Sudah namanya politik... poli tikus.. Itu lah dunia politik yang sebenarnya.
April 27, 2011 11:15 AM
Nasib generasi muda adalah di tangan mereka sendiri.
April 27, 2011 11:16 AM
Generasi muda kenalah berusaha juga untuk memajukan diri.
April 27, 2011 11:17 AM
"Mutakhir ini kita melihat negara semakin dihimpit dengan sikap politik kotor yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa. Saban hari, hampir keseluruhan media menyajikan hidangan pemikiran kotor kepada generasi muda untuk menggambarkan suasana sebenar politik negara".
Sokong. Contoh: kes rasuah org BPR masih dlm siasatan, kes liwat/video, PATI, isu kebebasan beragama, perkauman dll.
"Kos sara hidup yang meningkat, hutang yang semakin membebankan, keadaan dan persekitaran semasa yang tidak memberikan jaminan keselamatan memberi gambaran kepada generasi muda bahawa harapan untuk mempunyai sebuah kehidupan yang bernilai pada masa hadapan pudar dan lenyap".
Akan terlahir generasi muda yang semakin materialistik.
Peningkatan masalah sosial dan akidah remaja semakin teruk dan membimbangkan. Saban hari muncul permasalahan baru dikalangan remaja yang dilaporkan.
Kes buang bayi paling popular.
Anak muda disajikan dengan hiburan yang terus melalaikan dari memikirkan kedudukan dan peranan mereka dalam sebuah negara yang bertamadun. Manakala, pemerintah dilihat lebih senang melihat generasi ini untuk lalai dan tidak memikirkan langsung usaha meningkatkan kualiti kehidupan, yang seharusnya digarap melalui pendidikan, tahap kefahaman agama dan nilai kemasyarakatan yang lebih bertanggungjawab.
Pub2 & pusat2 hiburan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
April 27, 2011 11:42 AM
artikel ini patut ditujukan kepada semua parti politik di negara ini bukan hanya kepada parti pemerintah.
April 27, 2011 11:46 AM
sebab itu generasi muda terutamanya golongan pelajar/mahasiswa tidak perlu terlibat dengan politik, jangan bantu parti politik mengedarkan risalah, jangan bantu parti politik berkempen dari rumah ke rumah. tidak perlulah pelajar IPT meminta kebebasan berpolitik jika sedar kesan buruknya.
April 27, 2011 1:43 PM
generasi muda kini dilihat amat membimbangkan. generasi ini perlu dibimbing dgn nilai2 murni bagi memastikan generasi ini menjadi generasi yang berjaya.
April 27, 2011 2:37 PM
Pihak keluarga memainkan peranan penting bagi membimbing para generasi akan datang.
April 27, 2011 11:23 PM
Semuanya terpulang pada diri sendiri jadi buatlah apa yang patut.
April 27, 2011 11:25 PM
Apapun, semua pihak, teruatamnya ibubapa harus memainkan peranan penting membimbing generasi muda menju ke arah yang lebih baik.
May 3, 2011 10:29 AM
Good luck to all the youngsters.
Post a Comment