
Selalu nya kita mendengar, membaca atau pun melihat betapa perit nya kehidupan rakyat miskin di luar bandar. Di katakan banyak belia-belia yang menganggur kerana tiada punca yang memberi peluang untuk pekerjaan disamping kekurangan infrastruktur asas yang boleh membantu rakyat desa untuk menambahkan pendapatan melalui perladangan, pertanian dan sebagai nya.
Namun, kemiskinan di bandar lagi teruk kalau di selidik dengan sepenuh nya. Ini termasuk lah pendapatan purata bulanan penduduk di bandar-bandar besar di Negara ini.- Baru-baru ini, saya terbaca lapuran Statistik Jabatan Perangkaan yang menunjukkan kadar kemiskin di bandar sebanyak 43.1 peratus atau kira-kira 7.9 juta daripada 18.47 juta penduduk yang tinggal di bandar negara ini berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.
Dilapurkan, dengan gaji sekecil itu, terlalu banyak kos terpaksa ditanggung antaranya hutang kad kredit, ansuran pinjaman peribadi, pinjaman PTPTN, pinjaman kereta, sewa rumah, bil elektrik, air dan telefon, tol, meletak kenderaan, cukai pendapatan selain perbelanjaan anak-anak.- Justeru, dalam keadaan banyak kaedah bayaran diterima menggunakan kad kredit, kebanyakan warga kota terpaksa menjelaskan sebahagian bil ‘keperluan’ menggunakan kad kredit demi kelangsungan hidup dan melengkapi keluarga dari semua sudut kehidupan.
- Menurut Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) pula, penggunaan kad kredit kini melebihi 10 juta dan daripada jumlah tersebut lebih 70 peratus pemiliknya adalah penduduk bandar.
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa takrif miskin bandar yang dikeluarkan oleh kerajaan masih jauh daripada realiti sebenar kehidupan dan masyarakat di kota yang kebanyakannya berumur antara 25 hingga 50 tahun terpaksa ‘bertungkus-lumus’ untuk terus hidup, walaupun bergelumang dengan hutang.- Ekoran keadaan ini, maka wujudlah pelbagai istilah di kalangan warga kota apabila ditanya perkhabaran semasa mereka, antaranya : bolehlah…nak hidup, ok saja…hidup la atau dalam kiasan bahasa sebenarnya “Kais pagi makan pagi.”
Di sebalik ungkapan-ungkapan di atas, terselindung suatu kepayahan untuk warga kota menampung sara hidup yang begitu mencabar. Terutama sekali mereka yang telah berkeluarga dan mempunyai dua hingga empat orang anak untuk menyara kehidupan dalam keadaan serba lengkap seadanya.
Mala kadang-kadang kita terdengar, warga kota ini terpaksa sujud kepada skim pinjaman Along, semata-mata untuk menampong sara hidup yang kian hari kian mencabar. Tidak kurang pula di kalangan mereka yang di deklarasikan sebagai bankrup- Saperti 'sudah jatuh ditimpa tangga', mereka di bebankan lagi dengan lonjakan inflasi saperti kenaikan harga petrol, harga makanan serta minuman asas seperti gula, susu dan tepung selain peningkatan tarif air dan elektrik yang meliputi segenap sektor dari makanan hinggalah kepada perkhidmatan.
Dari apa yang direkodkan, situasi ini seakan-akan sebagai satu fenomena yang pelru di rintangi oleh warga kota yang merangkumi pelbagai jenis kaum. Termasuk Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum di Malaysia ini.- Justeru, dari sudut politik tanahair, tidak hairanlah jika dilihat masa kini trend kekalahan Barisan Nasional di kawasan bandar, berpunca dari ketidak puasan hati serta protes kepada parti pemerintah di kalangan warga kota ‘atas pagar’ yang marah tiap kali kadar inflasi melonjak.
Selain isu-isu nasional yang disemarakkan oleh media-media online popular, warga kota yang tentunya lebih dekat dengan internet berbanding mereka di kampung serta desa dengan sendirinya menahan keperitan akibat kenaikan kos sara hidup yang mendadak semenjak akhir-akhir ini dan sebagai tanda protes, mereka ini menterjemahkan kemarahan dalam kertas undi dengan mengundi pembangkang.- Mereka ini sebenarnya bukan tidak menyokong BN atau teruja dengan pembawaan pembangkang, cuma kebanyakan daripada mereka yang berada atas pagar ini pergi ke pusat pengundian sekadar untuk menunjukkan protes.
Justeru, selain membuat kajian kelemahan serta kekuatan BN ketika berhadapan dengan PRU13 nanti, satu kajian terperinci perlu dilakukan segera bagi mencari jawapan sebenar kepada masalah ‘miskin’ di bandar yang masih dipandang sepi ini. Ia perlu dikaji secara konsisten mengikut keadaan ekonomi semasa agar segala masalah ini dapat diselesaikan segera.Sumber: Agensi
May 3, 2011 10:25 AM
Hope that the BN government will make more efforts to resolve the existing problems.
May 3, 2011 11:57 AM
rupa-rupanya kemiskinan di bandar lebih teruk daripada kemiskinan yang dialami penduduk luar bandar.
May 3, 2011 12:02 PM
diharap kerajaan ambil peduli dan sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk membantu golongan miskin bukan saja di bandar malah di luar bandar.
May 3, 2011 2:38 PM
This is bad.
May 3, 2011 2:40 PM
Something need to be done to help these people. It seems that the help provided by government is not good enough.
May 3, 2011 2:43 PM
harap kerajaan akan dapat meningkatkan lagi ekonomi penduduk bagi membolehkan mereka menikmati taraf hidup yang lebih baik.
May 4, 2011 8:51 AM
tidak dinafikan kos hidup di bandar amat tinggi berbanding kos hidup di luar bandar.
May 4, 2011 1:25 PM
memang betul juga apa yang disampaikan dalam artikel ini. beban di bandar lebih berat berbanding dengan beban di luar bandar. kerajaan patut melakukan sesuatu sebelum trend ini menjadi2 pada PRU akan datang.
May 4, 2011 2:24 PM
jgn teruskan rakyat samada dibandar atau luar bandar terus dibelenggu kesusahan akibat kos hidup yang tinggi
May 4, 2011 2:25 PM
jgn teruskan rakyat samada dibandar atau luar bandar terus dibelenggu kesusahan akibat kos hidup yang tinggi
May 4, 2011 3:42 PM
hidup di bandar lagi susah dari hidup di kampung. Terlalu banyak kos hidup ditampung.
May 4, 2011 11:30 PM
Logik jugalah sebab kalau di kampung sayur masih boleh dapat free tapi kalau di bandar.. huhuhu..
May 4, 2011 11:31 PM
Semoga hal ini mendapat perhatian sewajarnya dan harap rakyat dapat teruskan kehidupan dengan selesa :)
May 6, 2011 9:47 AM
Kerajaan perlu mengingati tanggungjawab mereka terhada rakyat.
May 7, 2011 4:48 PM
semua rakyat seharusnya mendapat perhatian yang sama rata dari kerajaan agar tiada yang tercicir.
May 7, 2011 4:49 PM
akta gaji minimum harus dilaksanakan/dikuatkuasakan secepat mungkin..kos hidup makin meningkat..
Post a Comment