SUARA BEBAS TUARAN

Kg Mentulud Beaufort Tidak Pernah Mendapat Bekalan Air Paip?


Tidak berapa lama dehulu, Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad, berkata kerajaan tidak hanya memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal semata-mata tetapi turut memberi keutamaan kepada kesihatan.
Menurut Sapawi, kerajaan tidak mengabaikan soal kesihatan dalam melaksanakan pembangunan dan juga kemajuan. Ini kerana, katanya, jika pembangunan kesihatan tidak diberi keutamaan segala perancangan atau usaha pembangunan serta kemajuan yang dilaksanakan tidak akan memberi makna, kata beliau ketika menyerah tandas curah di kampung Mentulud dalam kawasan mengundi Parlimen Sipitang.
  • Namun, dicela-cela keghairaan ini, nampak nya kampung yang sama juga belum pernah mendapat bekalan air paip sejak Sabah merdeka melalui Malaysia. sedangkan projek pemasangan paip air sampai ke Wilayah Persekutuan Labuan ada lah merentasi kampung tersebut.
  • Menurut saudari Faheam Zharha Zuel, salah seorang dari penduduk kampung mentulud, menyatakan bahawa selama ini kampong tersebut hanya mengharapkan sumber air dari air hujan,air tadahan kolam and kadang kala nya mendapat bantuan air dengan menggunakan lorri, yang tidak diketahui darimana punca airnya.
  • “Bukan sahaja dibelenggu masalah air paip, penduduk kampung itu juga dinafikan hak untuk mendapatkan jalan berturap kerana selama ini jalan tanah merah berbatu kelikirpun tidak pernah diselenggarakan sejak dibina iaitu sebelum nenek saya lahir sehinggalah beliau meninggal dunia baru-baru ini.” Kata beliau.
Sumber: Agensi, SK
14 comments:

Harap masalah ini akan mendapat perhatian YB tempatan.


sejak merdeka belum lagi mendapt bekalan air paip? kerajaan kena memberi bekalan air kepada kampung tersebut. telah lama mereka nantikan bekalan tersebut.


semoga maslah yang dihadapi oleh kampung ini dapat diselesaikan dengan segera.


Kenapa sampai sekarang mereka belum lagi mendapat bekalan air paip?? Kerajaan haruslah memberi mereka bekalan air. Jangan kecewakan mereka.


Kerajaan haruslah peka dan sensitif terhadap rakyat dan sentiasa mendengar masalah mereka.


permasalahan penduduk di kampung tersebut perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.


harap penduduk di kampung tersebut akan mendapat bekalan air paip seperti yang mereka inginkan.


apa cerita rancangan kerajaan meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah sehingga penghujung tahun 2012? adakah projek itu sedang dilaksanakan atau belum?


kesabaran rakyat ada hadnya. jangan sampai kemarahan rakyat ini diterjemahkan pada waktu pilihanraya umum akan datang.


kerajaan harus beri perhatian terhadap kemudahan di kampung tersebut.


Kenapa perkara ini berlaku??Selama ini Kg Mentulud tidak pernah mendapat bekalan air paip. Harap YB yang dipilih menangani masalah penduduk tersebut.


Sepatutnya kerajaan Sabah memastikan bahawa kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan raya disediakan.


kami berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan masalah ini secepat mungkin..
kerana masyarakat 90% menyokong kerajaan,tapi pembangunan kampung kami terabai...


kami berharap,pihak kerajaan mengambil serius masalah yang membelengu penduduk kg mentulud berpuluh-puluh tahun ini,kerana 90% penduduk,mengundi kerajaan,tetapi pembangunan kampung kami terabai!!!!!!!!!!!....


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails