SUARA BEBAS TUARAN

Majlis Fatwa Benarkan Poco-Poco Di Negeri Lain Kecuali Perak?


Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan Majlis Fatwa Perak untuk mengharamkan tarian poco-poco seperti diumumkan muftinya Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Harussani memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau tidak akan menarik balik keputusan mengharamkan tarian poco-poco, sebaliknya bersedia untuk memberi penjelasan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.
  • Mufti Perak berkata Jawatankuasa Fatwa negeri itu membuat keputusan mengharamkan tarian poco-poco selepas membuat kajian dan penelitian mendalam.
Dalam pada itu, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin (gambar kiri).
Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.
Sumber: The Malaysian Insider
9 comments:

bergantung pada penilaian masing-masing.


Ini hanya salah satu jenis senaman untuk kesihatan pun mahu dihalang.


Perak mengharamkan tapi negeri lain tidak.bikin keliru ja. jika begitu, lebih baik menari zapin ja.


yang penting ketika berhibur mestilah tidak melampaui batas.


saya berminat mahu mendengar/membaca penjelasan yang akan diberi berdasarkan kajian yang telah dibuat. Harap2 penjelasan itu akan diberi kepada rakyat M'sia.


mungkin selepas ini apa sahaja jenis senaman atau tarian2 lain juga perlu dinilai dari segi pergerakannya dan asal-usulnya.


Nampaknya Poco-poco tidak diharamkan kecuali di Perak. Itu terpulang dengan mereka yang kita tahu Poco-poco adalah untuk tujuan senaman yang mudah kepada kita.


Sebenarnya tiada kaitan langsung tarian ini dengan apapa agama.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails