
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam berkata Seramai 797 mangsa kes pemerdagangan orang dari 20 negara berjaya diselamatkan oleh pihak penguatkuasa tempatan sehingga 31 Mac lepas.Mereka ini terdiri daripada 505 wanita, 223 lelaki dan 69 kanak-kanak itu telah mendapat Perintah Perlindungan Tetap (PO), dan ditempatkan di rumah perlindungan.
Katanya, Statistik terkini mangsa yang berada di rumah perlindungan bagi tempoh sehingga semalam ialah, 50 wanita, 55 lelaki dan 23 kanak-kanak. Bagi kes-kes pendakwaan bagi tempoh yang sama ialah, jumlah kes yang telah dituduh sebanyak 323 kes, kes yang di peringkat bicara (243), kes selesai (42) dan kes yang telah disabitkan (31).
Dalam pada itu, Mahmood berkata pihak penguatkuasa juga berjaya membanteras sindiket penyeludupan migran di Sabah apabila seramai 60 warga Filipina yang dipercayai diseludup masuk ke Sabah melalui jalan laut, berjaya ditangkap. Dkatakan kerajaan turut bekerjasama dengan Peguam Negara Australia bagi menangani kes-kes penyeludupan migran.



May 3, 2011 10:27 AM
It's good that these victims can be rescued successfully. Hope that human trafficking can be brought down.
May 3, 2011 1:18 PM
sindiket penyeludupan dan pemerdagangan orang merupakan satu jenayah antarabangsa yang semestinya harus ditangani bersama oleh negara-negara serantau ataupun seluruh dunia.
May 3, 2011 1:24 PM
kawalan yang ketat perlu dilakukan di setiap pintu-pintu masuk negara agar kegiatan sindiket pemerdagangan manusia ini dapat dilumpuhkan dan keselamatan negara terjaga.
May 3, 2011 2:20 PM
thank god they are safe.
May 3, 2011 2:22 PM
Hopefully more will be saved.
May 3, 2011 2:52 PM
harap jenayah pemerdagangan manusia akan dapat dibanteras dengan sepenuhnya.
May 3, 2011 9:21 PM
Syabas kepada kerajaan khususnya sgensi kerajaan yang terlibat secara terus dalam usaha ini.
May 3, 2011 9:36 PM
Disebalik kejayaan ini, jangan kita lupa pada mangsa yang masih terkandas dalam penderitaan.
May 4, 2011 9:00 AM
sindiket pemerdagangan manusia adalah satu jenayah kemanusiaan. semua negara perlu bekerjasama bagi membanteras sindiket ini.
May 4, 2011 1:58 PM
setuju dengan shiro.. dengan kerjasama badan antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat, kes2 berkenaan pasti dapat diselesaikan dengan segera dan mudah..
May 4, 2011 2:21 PM
bersamalah kita memerangi pemerdagangan manusia.
May 4, 2011 4:02 PM
Semoga masalah pemerdagangan orang dinegara kita ini dapat ditangani.
May 4, 2011 4:06 PM
Apa sebab begitu ramai mangsa pemerdagangan manusia terjadi di Negara kita??Sebab itulah kita mahu selesaikan bersama. Permintaan yang banyak dari pihak tertentu menyebabkan perkara ini berlaku.
May 4, 2011 11:13 PM
Bgslah kalau dapat diselamatkan.
May 4, 2011 11:14 PM
semoga isu pemerdagangan manusia ini dapat ditanggani sebaik mungkin.
Post a Comment