SUARA BEBAS TUARAN

Murid Dan Guru Terkandas Akibat Jalan Licin


keadaan jalan raya Kg. Kalampun yang licin dan becak
PRU13 akan diadakan di Negeri Sabah bila-bila masa. Selaku negeri yang dikategorikan sebagai 'Fixed Deposit' BN, sebanyak RM200 Juta peruntukan setahun telah pun diluluskan oleh kerajaan perseketuan, antara lain ada lah bertujuan untuk memperbaiki dan menaik puleh jalan-jalan luar bandar serta jalan-jalan kampung dimerata-rata tempat di Sabah.
  • Namun sunguh aneh lagi menyedihkan, bilamana berpuluh murid sekolah serta guru-guru terkandas, selepas kenderaan yang mereka naiki tidak dapat melalui sebatang jalan raya yang licin dan becak, di Kg. Kalampun.
  • Menurut jurucakap penduduk tersebut keadaan itu telah berlarutan sejak beberapa bulan yang lalu menyaksikan ramai murid-murid terpaksa memilih untuk tidak bersekolah.
  • Beliau berkata, kawasan licin dan becak yang berlaku di sepanjang 0.5Km itu telah berulang kali diadukan kepada pihak berkuasa tempatan, namun sehingga kini belum mendapat reaksi yang positif.
  • Menurut sumber, penduduk benar-benar tertekan dengan keadaan ini. Justru itu, pihak berwajib perlu menangani masaalah ini dalam kadar yang segera.
  • Disamping itu, jurucakap kampung tersebut meminta supaya jalan raya itu dinaiktaraf, selain membaiki sebatang jalan raya sejauh 2km yang menghubungkan Kg. Inandung dengan jalan raya utama.
  • Dalam pada itu, pemilik ladang kelapa sawit yang beroperasi di pesisir Dalit juga diminta supaya memainkan peranan untuk menyelanggara jalan raya tersebut.
  • Difahamkan bahawa wakil rakyat Sook menyedari masalah tersebut. Namun tidak ada tindakan yang dibuat sehingga kini.
Senerio yang terdapat di kawasan sook ini, bukan lah satu perkara yang baru untuk Sabah. kalau difikirkan, hampir-hampir semua kawasan tertentu di luar bandar di Sabah sedang berhadapan dengan jalan-jalan yang sub-standard lagi susah untuk digunakan oleh kebanyakan jenis keenderaan.
Sumber: NST
12 comments:

mungkin kerajaan perlu dedahkan bagaimana setiap peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan infrastruktur luar bandar dibelanjakan. sabah sememangnya luas dan majoriti penduduknya tinggal di kawasan luar bandar, tetapi itu bukanlah alasan dan agak mustahil aduan rakyat tidak sampai kepada pihak yang bertanggungjawab.


sebagai wakil rakyat,perlu buat tindakan supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.


sepatutnya,tidak ada lagi jalan-jalan di luar bandar yang mengalami keadaan yang teruk sehingga membawa masalah kepada para penduduk memandangkan sudah ada peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan .


harap perhatian dapat diberikan dan jalan tersebut dapat diperbaiki.


semoga tindakan segera dapat diambil. ini bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi penduduk terlibat.


Apa yang kerajaan perlu lakukan sekarang untuk menangani masalah ini. Berikan yang terbaik untuk rakyat.


Kita mengharapkan kerajaan akan memberikan yang terbaik kepada rakyat. Kita tahu peruntukan telah diberikan setiap kawasan maka gunakanlah sebaiknya untuk membantu rakyat.


Masih ada banyak isu yang perlu diselesaikan di Sabah. Harap kerajaan akan menyelesaikannya sebelum PRU-13.


Kasihanla orang kampong, mereka pun nak rasa senang juga apabila ingin bergerak kemana2..budak sekolah pun tak dapat ke sekolah...

Penduduk kawasan ni dah buat laporan? kena buat follow up balik2 baru diorang cepat sikit gerak nak buat kerja...tapi tak apa, skarang dah ada skuad mystery shopper yg melapor terus kepada ketua menteri...


If BN is serious in winning the election in Sabah, they better buck up. Solve every issues that Sabah is facing and fulfill the all promises.


I hope the government will take action in getting the road fix. Don't the people down.


peruntukan yng diberikan untuk untuk projek pembangunan negeri Sabah sebenarnya tak mencukupi untuk mmembangunkan Sabah yang begitu luas. ia harus ditambah lagi.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails