SUARA BEBAS TUARAN

Pelaburan Asing Merosot : PM Nafi Laporan Bank Dunia

Labels: ,

Baru-baru ini Bank Dunia melapurkan bahawa lebih sejuta rakyat Malaysia bekerja di luar negara manakala pelaburan langsung asing ke Malaysia adalah kurang disebabkan oleh dasar yang memberi keutamaan kepada Bumiputera.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebaliknya, pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia telah meningkat kepada RM9 bilion pada tahun lepas daripada RM1.4 bilion pada 2009.
  • “Saya rasa laporan itu kurang tepat tapi daripada segi ‘brain drain’ itu, memang kita dah kenal pasti sebagai salah satu daripada masalah yang perlu dicari penyelesaiannya.
  • “Sebab itu kita menubuhkan Talent Corp, dan langkah pertama saya telah umumkan di Invest Malaysia baru-baru ini, ialah pemberian insentif cukai pendapatan pada kadar tetap 15 peratus bagi tempoh lima tahun jika mereka (profesional rakyat Malaysia) balik ke Malaysia.
  • “Ini salah satu daripada inisiatif pertama dan inisiatif lain yang telah dipersetujui dan kita akan ambil langkah selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan diPuteraJaya Jumaat.
  • Najib berkata beliau yakin Malaysia akan mampu menjamin pertumbuhan yang sihat untuk FDI dan pelaburan domestik.
  • “Jangan lupa, ia bukannya semata-mata soal FDI tetapi juga pelaburan demostik. Sebanyak 73 peratus daripada perancangan kita melibatkan pelaburan domestik,” kata Perdana Menteri.
Najib juga berkata projek Program Transformasi Ekonomi secara besar-besaran yang sedang dan akan dilaksanakan juga akan memberi peluang lebih terbuka kepada rakyat untuk mengambil bahagian dalam pembangunan negara.
Sumber: BERNAMA
17 comments:

We cannot deny that Malaysia is indeed experiencing a major brain drain.


harap PM akan dapat melakukan yang terbaik untuk pembangunan negara.


kerajaan perlu mencari langkah penyelesaian yang efektif bagi meningkatkan pelaburan asing di negara ini.


Well if its true then the government should find ways to attract these malaysians back to Malaysia.


PM lebih tahu dari bank dunia keperluan dan pencapaian yang dicapai oleh malaysia dalam ekonomi.


kerajaan kini aktif melaksanakan pelbagai program2 ekonomi untuk memantapkan pembangunan ekonomi negara..rakyat harus mengambil peluang yang ada ini untuk mengambil bahagian dalam pembangunan negara di samping meningkatkan kualiti hidup.


saya percaya PM dan kerajaan pentadbiran beliau kini akan berusaha dengan lebih giat untuk membangunkan ekonomi negara..


kita sendiri lebih mengetahui keadaan ekonomi kita.


apapun, semoga ekonomi kita akan terus meningkat.


All the best for government initiative programmes .


entah mana satu yang betul, PM atau bank dunia. tapi ada baiknya juga PM mengambilkira atau menerima pendapat luar untuk kebaikan negara ini.


tidak ada PM didunia ini yang mahu melihat negaranya mundur.. sementara Najib masih baru memegang tampuk pemerintahan negara, eloklah beliau diberikan peluang untuk melancarkan Program transformasi Ekonominya dahulu sebelum membuat kesimpulan..


Rasanya PM perlu memperjelaskan lebih perkara ini.


Nampaknya PM lebih menumpukan pelabur bumiputera daripada warga asing. Itu sebab kenapa pelabur asing berkurangan. Apa pun sebaiknya biarlah seimbang, tapi itu terpulang dengan PM itu sendiri.


Harap hal ini dapat diperjelaskan lagi bagi mengelakkan kekeliruan.


Semoga ekonomi negara dapat terus ditingkatkan.


Kerajaan perlu memastikan bahawa negara kita boleh menarik minat pelabur asing untuk melabur dalam industri tempatan kita.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails