SUARA BEBAS TUARAN

Pelajar AF9 Dari Sabah Selamat Dari Penyingkiran Pertama

Labels: ,

Laika menjadi pelajar pertama yang meninggalkan Akademi Fantasia 9 apabila mendapat undian sms terendah pada konsert pertama.
Pelajar dari Sabah, Nera dan Lena terselamat dari penyingkiran sulung di konsert pertama Akademi Fantasia 9 (AF9)yang bersiaran secara langsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil semalam.
Dengan itu ucapan tahniah kita letakkan kepada penggundi yang maseh mahu melihat mereka meneruskan persembahan selanjut nya di konsert dimasa akan datang.

  • Pada mula nya ada yang merasakan tiada penyingkiran pada konsert semalam. Namun jangkaan itu meleset apabila Laika diumumkan sebagai pelajar pertama meninggalkan Akademi Fantasia musim terakhir ini sebentar tadi.
  • Laika atau nama sebenarnya Zulaika Binti Zahari(gambar kanan), 22, yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur terpaksa meninggalkan akademi setelah mendapat AFUNDI terendah berbanding 11 rakannya yang lain. Laika menyampaikan lagu Ku Bahagia nyanyian asal Melly Goeslow untuk konsert pertama ini.
  • Pengumuman pelajar perempuan sebagai pelajar pertama tersingkir bukanlah sesuatu yang asing dalam tradisi Akademi Fantasia. Sejak bersiaran selama lapan musim lalu, tujuh daripadanya melihat pelajar perempuan sebagai pelajar pertama tersingkir. Pengumuman penyingkiran Laika dibuat oleh hos AF9, Aznil Haji Nawawi (gambar kanan).
  • Berikut adalah kedudukan peratus undian selepas ditutup:
    1. Nera 16%
    2. Erul 13%
    3. Aida 13%
    4. Raqib 11%
    5. Lena 10%
    6. Afif 9%
    7. Amir 8%
    8. Azri 5%
    9. Miza 4%
    10. Eka 4%
    11. Kay 4%
    12. Laika 4%(tersingkir)
  • Terdahulu di awal konsert, Aznil turut mengumumkan pengkritik-pengkritik tetap untuk AF9 iaitu Fauziah Dato’ Ahmad Daud dan Hattan. Manakala Adibah Noor bertindak sebagai pengkritik jemputan.
  • Dengan penyingkiran itu, kini tinggal 11 pelajar bakal meneruskan perjuangan bagi mencari siapakah bakal menjadi juara terakhir untuk program realiti ini.
Beberapa orang pemerhati merasakan lagu-lagu tugasan yang di beri semalam tidak menapati sasaran sapertimana yang di harapkan oleh pengetua dan tenaga pengajar AF9. Contoh nya seperti Lena malam itu yang suka lagu Dangdut atau pun lagu berrentak 'balanda'. Tetapi bila menyanyi di beri lagu rancak dengan melodi yang bercelaru, serasa amat janggal untuk dihayati oleh penonton.
Memang juara perlukan memperbagaikan irama dalam lagunya, tapi bila bertanding biarlah ada kekuatan suara untuk ditampilkan dengan lagu yang popular & dapat memikat hati pendengar.


  • Teruskan mengundi pelajar pilihan anda dengan menaip AFUNDI dan hantarkan ke 32999. Anda juga boleh mengundi secara pukal dengan menaip AFUNDI<3/5/10/20> dan hantarkan ke 32999.
Sumber: Agensi, foto-Murai.Com

6 comments:

Harap peserta Sabah kita ni boleh sampai ke pusingan terakhir.


bgslah jika pelajar dari Sabah tidak tersingkir. sepanjang saya melihat AF ni, tak pernah pun sya mengundi. apapun semoga berjaya kepada mereka.


Semoga Nera dan Lena dapat melakukan yang terbaik dan mengharumkan nama negeri Sabah.


All the best to the Sabah contestant.


harap mereka akan melakukan apa yang terbaik untuk menjadi juara.


Tahniahlah kepada peserta AF 9 dari Sabah dapat meneruskan lagi penyertaan.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails