
Gambar Miza setelah telah diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir
Dalam Konsert Minggu Ketiga Akademi Fantasia 9 telah bersiaran langsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil, semalam, kita melihat Miza atau nama sebenar Roshammizah Rosli,27, yang menyampaikan lagu 'Sofea Jane(Black)' tersingkir pada akhir konsert apabila diumumkan mendapat undian SMS terendah.Dalam situasi yang tegang, sekali lagi pelajar dari Sabah ia itu, Lena dan Nera selamat dari disingkir atau pun digugurkan.
Pengkritik jemputan pada malam itu ialah bekas pengetua AF8, Norman Abd Halim di samping Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Hattan selaku pengkritik tetap.
Pelajar Dari Sabah Bah
Lena (gambar kanan) dengan lagu tugasan berjodol 'Tiada Tangis Lagi (Ella)’ sekali lagi memukau para penuntun dengan persembahan beliau. Disamping itu, saperti biasa, dan pada keseluruhan nya, Lena mendapat kritikan yang memberangsangkan dari semua para juri.Termasuk Ogy Ahmad Daud yang dikatakan selalu mengeluarkan kritikan yang pedas bagaikan nak rak setiap konsert, sanggup berkata, " See you in the final..Lena".
Dengan bantuan Afundi yang banyak, bukan sahaja datang nya dari Sabah tetapi dari seluruh Malaysia; Lena sekali lagi selamat, dari disingkir atau pun digugurkan...Boleh Bah Kalau kau Lena!!
Semantara itu, Nera(gambar kanan) dengan lagu 'Fly Me To The Moon (Michele Buble)', minggu ini menampak kan kemajuan dalam persembahan beliau. Kecuali Ogy, juri yang lain (Hatan dan Norman KRU) menerima persembahan Nera sebagai memuaskan.Justru bantuan Afundi dan peningkatan dalam mutu persembahan, saperti Lena, Nera terselamat dari kedua-dua jenis penyingkiran.
Congratulation girls.. Sabah boleh bah.
Operasi Gugur

Gambar pelajar yang disingkir, digugur dan yang terpilih masuk
Dalam malam yang sama, Aida dari Melaka dengan lagu 'Terlalu Istimewa 'dan Amir dari Sarawak dengan lagu 'Dilema', telah menjadi mangsa ‘Operasi Gugur’. Kedua-dua mereka telah dilapurkan gagal memenuhi syarat untuk di kekalkan selanjut nya di Akademi Fantasia 9.
Manakala Hazama Ahmad Azmi, 27 atau Hazama (selangor) dan Nur Syafinaz Jebat, 18 atau Fina(Melaka-Adek kepada Aida) telah di bawah masuk untuk mengganti tempat penuntut yang digugurkan.
Dalam pada itu, ramai yang tak bersetuju dengan kemasukan Hazama kerana Hazama sebenarnya sudah boleh dikira sebagai artis di Malaysia ini.Untuk anda yang tak tahu, Hazama seringkali menjadi vokalis kumpulan Meet Uncle Hussein. Bagi sesetengah orang, AF9 bukan tempat yang sesuai untuk Hazama kerana dia sudah pun ada pengalaman di dalam dunia hiburan sebenar.
Kedudukan Undian Sebelum Konsert Bermula;
1. Erul 15%
2. Lena 15%
3. Raqib 14%
4. Aida 11%
5. Amir 9%
6. Azri 9%
7. Nera 9%
8. Afif 7%
9. Kay 7%
10.Miza 5%
kedudukan undian selepas ditutup:
1. Lena 17%
2. Erul 16%
3. Nera 10%
4. Amir (Di gugurkan)
5. Afif 9%
6. Raqib 9%
7. Kay 8%
8. Aida 8% (Di gugurkan)
9. Azri 8%
10.Miza 5%(Di singkirkan)
Kedudukan ini adalah sebelum Amir dan Aida diumumkan sebagai pelajar yang digugurkan. Dengan ini juga diumumkan bahawa talian undian pelajar baharu iaitu FINA dan HAZAMA sudah diaktifkan.
Pelajar Paling Popular
Apa-apa pun, dalam penilaian secara keseluruhan nya, boleh dikatakan bahawa Erul dan Lena maseh lagi menjadi pilihan popular di AF9. Mereka mempunyai penyokong yang banyak, baik di studio atau pun di rumah, Ini jelas dari keputusan peratusan Afundi yang di paparkan pada awal dan akhir konsert setelah Afundi ditutup.Disamping itu, kedua-dua mereka mempunyai persembahan yang agak ‘consistent’ lagi tidak membosankan para penonton pada setiap konsert.
Walau macam-mana pun, teruskan lah menyokong pelajar kita di AF9 dengan menaip AFUNDI jarak Nama dan hantar ke 32999.
Sumber: AF, Murai.com, Agensi



April 24, 2011 1:31 PM
nera tak bagus lah.. patut dia pun disingkir sekali.. tapi takpela buka dia boleh pergi ke final pun. fina akan ke final.. wohoooo... lena besh gilerrrrr
April 25, 2011 9:29 AM
harap Lena dan Nera terus bertahan hingga ke Final.
April 25, 2011 9:43 AM
Baguslah kalau Lena masih dikekalkan. Harap terus berusaha untuk sampai ke pusingan terakhir.
April 25, 2011 9:44 AM
good luck kepada pelajar AF9 dari Sabah.semoga dapat sampai ke final.
April 25, 2011 10:57 AM
All the best to the AF9 contestants.
April 25, 2011 11:01 AM
semoga lena dan nera terus berusaha...
April 26, 2011 8:29 AM
Tahniah kepada peserta dari Sabah..Berusaha lebih untuk mempertahankan kedudukan.
April 27, 2011 9:35 AM
Marilah kita terus menyokong peserta Sabah kita.
Post a Comment