
gambar hiasan skim pemereksaan ketat di lapangan terbang
Menurut statistik, mereka yang ditahan di luar negara, adalah kerana kes dadah. Daripada 1,880 orang yang ditahan sejak 1991, seramai 833 adalah kerana kes dadah.Justru itu, Kementerian Luar mahu tahap pemeriksaan ke atas individu yang hendak meninggalkan negara ini dipertingkatkan bagi mengekang aktiviti ''keldai dadah''.
Timbalan Menterinya Datuk Richard Riot berkata perkara itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet minggu depan, dalam usaha kerajaan mengatasi masalah rakyat negara ini dijadikan alat oleh sindiket penyeludupan dadah antarabangsa. - Untuk mengelakkan aktiviti ini dari berleluasa, kawalan keselamatan di pintu keluar negara (lapangan terbang) mesti diperketatkan, katanya kepada pemberita, di Kucing hari ini.
Beliau berkata buat masa ini, timbul persoalan bagaimana pihak terbabit berjaya melepasi pemeriksaan di negara ini tetapi ditahan apabila tiba di lapangan terbang negara lain.


April 26, 2011 9:44 AM
Pemeriksaan ketat kepada mereka yang keluar dan masuk negara kita juga diperlukan.
April 26, 2011 9:59 AM
langkah ini memang wajar dilaksanakan agar kegiatan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa dapat dikesan.
April 26, 2011 10:02 AM
siasatan juga perlu dilakukan untuk mengetahui bagaimana pihak terbabit berjaya melepasi pemeriksaan di negara ini tetapi ditahan apabila tiba di lapangan terbang negara lain.
April 26, 2011 10:13 AM
Good. Keep it up.
April 26, 2011 10:19 AM
sistem keselamatan dan pemeriksaan negara kita perlu diperketatkan.
April 26, 2011 11:15 AM
memang patut juga buat pemeriksaan ketat terhadap individu yang keluar negara untuk mengelakkan aktiviti ini dari berleluasa.
April 26, 2011 11:18 AM
jika ada kes dimana individu yang membawa dadah berjaya melepasi pemeriksaan di negara ini, memang patut kawalan keselamatan diperketatkan.
April 26, 2011 2:43 PM
setiap individu yang ingin keluar negara perlu diperiksa dgn teliti.
April 26, 2011 9:33 PM
Memang patut pun diketatkan. Dadah harus dibanteras dengan penuh kesungguhan.
April 26, 2011 9:34 PM
Semoga usaha ini membuahkan hasil positif.
April 27, 2011 8:41 AM
ya, pemeriksaan perlu diperketatkan bagi membanteras aktiviti "keldai dadah".
April 27, 2011 9:23 AM
Bagus tindakkan ini untuk menangani masalah pengedaran dadah.
April 27, 2011 9:33 AM
Ini untuk memastikan bahawa tiada individu yang membawa masuk atau membawa keluar barangan haram.
Post a Comment