
Perlantikan Datuk Dr Yee Moh Chai dari PBS sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah bagi menggantikan Datuk Peter Pang En Yin yang kini menyertai parti Gerakan , nampak nya telah menjadi perbualan hangat di sana sini. Mahu pun di ruang media massa atau pun di peringkat ‘kedi kopi’.Episod ini di ibaratkan sebagai satu rintangan ranjau dalam usaha untuk memantap kan lagi sifat setia kawan di kalangan ahli-ahli parti dalam komponen BN Sabah. Lebih-lebih lagi bila mengingatkan kemunculan pilihan raya umum di Sabah dijangka dalam kadar menghitung hari.
- Selaras dengan itu, berita hangat ini telah menarik perhatian beberapa orang pemerhati politik yang merasakan tindakan PBS menerima jawatan Timbalan Ketua Menteri khas untuk kuota kaum china itu sebagai silap.
- Menurut mereka, tindakan PBS ini dianggap sebagai tamak disamping salah laku kerana merebut peluang parti-parti yang lain yang dirasakan lebih berhak.
- Justru itu, kata mereka, tidak heran lah kalau suatu ketika nanti parti-parti lain dalam BN akan mengenakan PBS dengan tindakan yang setimpal dengan perbuatan mereka.
Susulan kepada pelantikan Dr Yee minggu lepas, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Liew Vui Keong dilapor berkata pelantikan itu tidak wajar'Liew berkata selanjutnya , partinya menghormati bahawa perlantikan anggota kabinet negeri adalah kuasa Ketua Menteri, namun demi keadilan pada komponen parti, suara LDP juga perlu diambil kira. Walau macam mana pun, beliau meminta rakyat membuat penilaian.
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan kelmarin menggesa semua pihak memberi peluang kepada Datuk Dr Yee Moh Chai untuk membuktikan beliau mampu memikul tugas sebagai Timbalan Ketua Menteri.- Ini kerana katanya, pelantikan Dr Yee ke jawatan itu bagi menggantikan Datuk Peter Pang En Yin bukan untuk kepentingan parti, tetapi untuk rakyat khususnya kaum Cina.
Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian kepada pemberita sebagai respons kepada luahan rasa tidak puas hati yang ditimbulkan sesetengah pihak berikutan dua jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah dipegang sebuah parti.- Dalam pada itu, kata Pairin, perlantikan ini adalah hak Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman untuk melantik Timbalan Ketua Menteri…sudah tentu beliau mengambil kira perubahan yang berlaku sebelum memilih Dr Yee.
Menurut Jahid, Dr Yee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Api-Api telah memenangi kerusi tersebut yang mana 90 peratus adalah pengundi Tionghua. Oleh itu wajar sekali beliau diberi tanggungjawab mewakili kaum ini bagi meneruskan perjuangan kepimpinan negeri.



April 1, 2011 8:47 AM
Bagi peluang kepada Dr Yee untuk membuktikan beliau mampu memikul tugas sebagai Timbalan Ketua Menteri.
April 1, 2011 8:50 AM
LDP haruslah menghormati keputusan MA untuk melantik Dr. Yee sebagai TKM. Perlantikan Dr. Yee sebagai TKM adalah berdasarkan kelayakan dan pengalamannya.
April 1, 2011 8:52 AM
rasanya orang yang pertikaikan hanyalah satu parti saja iaitu LDP salah satu komponen BN. Tapi jika dilihat dari parti luar tidak ada yang mempertikaikannya.
April 1, 2011 8:53 AM
Pada pendapat saya, LDP tidak patut membawa hal ini ke ruang media massa. Sepatutnya, mereka berbincang dengan MA.
April 1, 2011 8:55 AM
Apapun, diharapkan rakyat pandai-pandailah membuat penilaian.
April 1, 2011 8:55 AM
LDP terimalah kenyataan bahawa calon LDP belum ada rezeki untuk memegang jawatan TKM sabah. Tunggu lain hari bila ada rezeki.
April 1, 2011 8:57 AM
jika masih ada sebarang isu yang timbul, sebaiknya perbincangan dilakukan.
April 1, 2011 9:00 AM
apa pun, jika seseorang itu berkelayakan dan berpenglaman, peluang wajar diberikan.
April 1, 2011 9:40 AM
LDP seharusnya meneriman keputusan ini. pelantikan datuk Yee adalah tepat berdasarkan kepada kebolehan beliau.
April 1, 2011 9:41 AM
LDP jgnlah mengeruhkan lagi keadaan, mereka seharusnya terus bekerjasama dan menjalinkan hubungan baik dgn BN.
April 1, 2011 10:19 AM
LDP sahaja yang mempertikaikan perlantikan Dr Yee sebagai TKM. Bilalah LDP mahu berhenti dengan semua ni. Sungguh membosankan.
April 1, 2011 1:23 PM
Whats wrong in appointing Dr Yee as DCM?
April 1, 2011 8:43 PM
mengapa mahu mempertikaikan pelantikan dr.yee sbg TKM? siapa yang mempertikaikannya? setakat ini hanya LDP..
April 1, 2011 8:45 PM
perlantikan dr.yee sbg TKM menggantikan peter pang adalah tepat dan sesuai..mungkin LDP terkilan disebabkan peter pang bertindak keluar parti, maka jawatan TKM tidak lagi diberikan kepada mana2 pemimpin LDP..
April 1, 2011 8:47 PM
LDP terima keputusan tersebut dan sokong..tidak perlu menimbulkan 'perang dingin' yang mana hanya merugikan parti..
April 4, 2011 8:22 AM
yang tamak dalam hal ini bukannya PBS, tetapi LDP. sepanjang LDP berjuang bersama2 BN, bukan tidak pernah LDP menerima jawatan kabinet. tidak semestinya jawatan itu dikhaskan kepada LDP untuk selama2nya..
April 4, 2011 8:26 AM
LDP patut berusaha lagi meningkatkan populariti mereka dengan memberi tumpuan terhadap isu2 kritikal yang sedang dihadapi oleh rakyat Sabah. menuntut jawatan kabinet bukanlah agenda utama mana2 parti politik melainkan LDP sememangnya meletakkan jawatan itu sebagai agenda utama perjuangan parti.
April 7, 2011 9:20 AM
Tidak faham apa lagi yang dipertikaikan sampai sekarang.
October 31, 2011 9:13 AM
terima sajalah keputusan yang sudah dibuat. perlantikan Yee sudah pasti dibuat dengan mengambilkira pelbagai aspek. bukan dibuat dengan berat sebelah.
Post a Comment