SUARA BEBAS TUARAN

Projek e-mel 1Malaysia Dapat bantahan Dari Pengguna Facebook


Kelmarin, Datuk Seri Najib Razak merasmikan projek untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.
Dengan nilai kontrak bernilai RM50 juta, projek itu dianugerahkan kepada Syarikat Tricubes Bhd. Bagaimanapun, syarikat tersbut dikatan sebuah syarikat bermasalah.
  • Bukan sahaja namanya tidak berapa dikenali, ianya juga merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk."
  • Menurut garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status GN3 itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya.
  • Penyenaraian Tricubes di Bursa Saham mungkin ditarik balik sekiranya syarikat itu gagal meyakinkan bursa berhubung pelan untuk melunaskan kesemua hutangnya.
  • Kontrak bernilai RM50 juta itu dijangka sudah pasti akan memberi nafas baru kepada Tricubes.
Dalam pada itu, belum pun sampai 24 jam Perdana Menteri melancarkan projek e-mel 1Malaysia, sudah muncul satu laman di Facebook menyeru rakyat menolak projek 'pembaziran' tersebut.
Didaftar atas nama '1M Malaysians who don't want Najib's 1 Malaysia email', sehingga berita ini ditulis ianya telah mempunyai 21,913 pengguna Facebook yang meminatinya.
  • Menurut maklumat tertera, laman tersebut dibuat bagi membantah projek emel 1Malaysia yang didakwa hanya akan membazirkan RM50 juta wang rakyat selaku pembayat cukai.
  • Dalam posting awalnya, pengendali laman ini meletakkan beberapa pilihan jawapan berhubung tujuan projek ini diwujudkan untuk diundi oleh rakan-rakan mereka.
  • Majoriti peminat laman ini bersetuju bahawa projek emel 1Malaysia adalah projek untuk membantu kroni.
Dalam isu yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan dalam Twitternya semalam, bahawa projek e-mel 1Malaysia yang diumumkan kelmarin merupakan inisiatif sukarela sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam.
Sumber: HarakahDaily
12 comments:

kena pastikan projek emel ini benar2 berguna kepada rakyat dan pastikan ia tak menggunakan wang rakyat.


Projek ini mendapat banyak bantahan daripada rakyat. Harap kerajaan akan mempertimbangkan lagi keputusan melancarkan cadangan ini.


RM50 million for a project that doesn't give much benefit (or any???) to the people is such a waste of money.


Better to use the rm50million to help the people.


I think everyone would much prefer to have free wi-fi then to have a 1malaysia email.


projek e-mel 1Malaysia ini mendapat bantahan ramai daripada rakyat.jadi,kerajaan perlu mempertimbangkan kembali projek ini bagi memastikan ia adalah satu projek yang memberi manfaat kepada rakyat atau sebaliknya.


pekara ini perlulah dipertimbangkan dengan teleti sebelum dilaksanakan.


apa pun yang ingin dilakukan, pastikan ianya tidak membazir dan benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia.


Harap2 kesudahan isu ini berpihak kepada rakyat.


untuk kebaikan kerajaan dan rakyat, nampaknya Najib tidak mempunyai pilihan lain selain menarik balik cadangan ini.


mungkin projek ini hanya sesuai dilaksanakan ketika negara benar2 telah mencapai kemajuan dalam segala aspek.


utamakan masalah yang dapat menangani masalah rakyat.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails