
DAP berjaya menjadikan masyarakat Cina Sarawak tidak lagi percaya kepada konsep hidup rakyat pelbagai kaum seperti yang pernah dilalui oleh kaum itu sebelum ini. Masyarakat Cina di Sarawak telah dijangkiti dengan virus perkauman Cina yang selama ini menjadi dasar perjuangan Parti Tindakan Demokratik (DAP).Jika dahulu DAP ditolak mentah-mentah oleh masyarakat Cina Sarawak, pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini kedudukannya amat berbeza. Demekian menurut Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (foto kanan),
'Saya ucapkan tahniah kepada DAP kerana berjaya membawa masuk politik rasis ke Sarawak. Dahulu kita lihat semua kaum bekerjasama antara satu sama lain demi kebaikan negeri Sarawak.- 'Namun pada hari ini kita lihat dengan begitu jelas bahawa masyarakat Cina di Sarawak telah menolak konsep rakyat pelbagai kaum,' kata beliau lagi dalam blognya di http://chedet.co.cc/chedetblog kelmarin.
- Mengulas isu sama, Dr Mahathir berkata, kemungkinan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) serta beberapa pihak di dalam BN ada melakukan kesilapan tetapi apa yang pasti penolakan jelas berlaku di kalangan masyarakat Cina.
Sementara itu, beliau berkata DAP akan bercakap mengenai 'Malaysian Malaysia' yang bermaksud Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.'Namun sekali lagi kita lihat ia hanya menyentuh sentimen rasis kaum Cina semata-mata. Dengan kata lain kaum Cina yang menolak parti ini akan dikira bukan Cina oleh DAP,' katanya.
- Di dalam blognya, beliau turut menyentuh mengenai bahaya misi politik DAP yang mahu mewujudkan sistem dua parti berasaskan kaum kerana ia boleh menyebabkan negara tidak stabil selain akan berlaku perpecahan di kalangan rakyat.
'Misi DAP ini serupa dengan apa yang dilakukan oleh PAP di Singapura. PAP berjaya meminggirkan orang Melayu di republik itu.- 'Walaupun orang Melayu di Singapura membentuk 15 peratus jumlah penduduk tetapi dari segi perkongsian kuasa politik dan kekayaan negara mereka hanya menikmati satu peratus sahaja,' katanya.
Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Encik Wong Ho Leng,(foto kiri) menolak dakwaan Dr Mahathir, dengan berkata:'Ia (pandangan) sampah (semata-mata). Ini menunjukkan Dr M (Mahathir) sudah nyanyuk dan tidak sedar apa yang beliau kata. Semasa semua ceramah ketika berkempen, kami hanya bertanya soal kesamarataan kaum dan ia ada dalam manifesto kami.'



April 20, 2011 10:50 AM
Rakyat sendiri pandai membezakan sama ada sebuah parti itu rasis ataupun tidak. Parti seperti PERKASA itu barulah dikatakan rasis!
April 20, 2011 11:02 AM
setuju dengan Mohd Ishak..setiap orang ada pandangan sendiri, namun biarlah rakyat sendiri yang membuat penilaian mereka.
April 20, 2011 11:03 AM
apa yang penting adalah, BN perlu meningkatkan lagi usaha jika ingin mendapat sokongan yang lebih besar lagi pada masa akan datang.
April 20, 2011 11:04 AM
PERKASA adalah pertubuhan atau NGO bukan parti.
isu2 rasis ni tak seharusnya timbul, apa yang berlaku di Sarawak adalah atas kehendak rakyat Sarawak sendiri.
April 20, 2011 11:04 AM
Raykat bukan bodoh. rakyat boleh membezakn rasis atau tidak.
April 20, 2011 11:16 AM
sepatutnya tiada virus rasis di kalangan masyarakat berbilang kaum.jika tidak,akan timbul perpecahan dalam masyarakat dan keadaan negara akan menjadi kucar-kacir.
April 20, 2011 11:55 AM
sebelum mengatakan masyarakat cina di sarawak dijangkiti virus racis, lihat dan kaji dahulu kenapa mereka bertindak meninggalkan BN.
April 20, 2011 12:01 PM
jika BN melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik dan adil terhadap semua kaum, tidak ada alasan untuk kaum cina di sarawak menolak BN. oleh itu saya harap pucuk pimpinan BN melihat penolakan kaum cina ini atas sebab kelemahan BN, bukan sepertimana yang digambarkan oleh Tun M.
April 20, 2011 1:05 PM
Apa2 pn BN sudah menang.
April 20, 2011 1:20 PM
Maka harap bukan perkauman diperjuangkan.
April 20, 2011 1:25 PM
Mungkin perjuang DAP untuk kaum Cina kuat. Apa pun BN tidak akan berdiam diri. Biarlah penduduk merasa sendiri bagaimana DAP memimpin beberapa kawasan terlebih dahulu.
April 20, 2011 1:38 PM
Persoalan racist & agama dalam politik Malaysia sejak dari dulu sampai sekarang masih lagi panas, sepanas pisang goreng yg baru digoreng....
Bahaya ni nak mempolitikkan kaum2 nih...orang2 Malaysia nampaknya masih lagi belum ambil ikhtibar dari apa yg berlaku di Rwanda & Bosnia...
April 20, 2011 2:40 PM
Dr M kata rasis tapi DAP kata tidak.jadi,bergantung pada penilaian masing-masing.
April 20, 2011 2:44 PM
Hanya kerana DAP memenangi beberapa kerusi di Sarawak, dikatakan racist? Itu pilihan rakyat semestinya ada alasan mengapa mereka memilih DAP.
April 20, 2011 2:45 PM
Jangan terlalu negatif. Sebaiknya cari cara untuk menarik perhatian dan minat orang lain terhadap BN.
April 20, 2011 3:14 PM
wait, isn't Mahathir himself is a racist???
April 20, 2011 10:37 PM
Ada saja isu yang ditimbulkan. Dunia politik memang tidak pernah senyap dari isu. huhu
April 20, 2011 10:38 PM
Apapun, pandai-pandailah rakyat menilai sendiri perkar ini.
April 25, 2011 9:56 AM
Saya yakin rakyat sendiri yang tahu.
Post a Comment