SUARA BEBAS TUARAN

Sayang Sarawak Kerana Mu Taib, BN Goyah Hadapi Hari Penentuan


Menurut penganalisis politik The malaysian Insider, beberapa pegawai jentera BN mengakui bahawa keengganan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menetapkan tarikh beliau akan melepaskan jawatannya dan enggan menerima hakikat bahawa perikatan itu kini berhadapan dengan cabaran sengit, dilihat sebagai memeningkan keadaan.
Kini hanya 3 hari sebelum hari penentuan Sabtu ini, kelihatan petanda seolah-olah ada yang tidak kena dengan Barisan Nasional (BN) Sarawak; disebabkan kedegilan seorang pemimpin.
  • Dikatakan, pegawai-pegawai BN merasa kecewa dengan pendirian Taib yang tidak mahu menerima persekitaran bahawa beliau sebenarnya menjadi punca kepada setiap serangan negatif mengenai kepimpinan perikatan itu di Sarawak.
  • “Perdana Menteri menawarkan beliau jalan keluar awal untuk membantu mengatasi kerosakan dialami dan juga memberikan laluan untuk menentukan peringkatnya sendiri untuk berhenti (sebagai Ketua Menteri).
  • “Tetapi beliau tidak mempedulikan masa depan BN hanya kerana kepentingan diri,” kata satu sumber BN kepada The Malaysian Insider dengan merujuk kepada jaminan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu bahawa peralihan kepimpinan akan berlaku dengan segera selepas pilihan raya negeri ke-10 ini.
  • Pemimpin-pemimpin BN juga yakin tidak mungkin perikatan itu akan kehilangan kuasa negeri tetapi tindakan Taib mahu terus kekal akan menyebabkan mereka keciciran banyak kawasan di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 71 kerusi. Pakatan Rakyat dilihat akan menang hampir 20 kerusi.
  • Sekian lama Sarawak telah dianggap sebagai negeri yang selamat bagi BN kerana Taib mengawal ketat kepimpinan dan mengetepikan suara-suara yang membangkang kerajaan negeri.
  • Bagaimanapun pendedahan demi pendedahan mengenai kekayaan keluarga beliau dan keberkesanan Internet dan Radio Free Sarawak yang membangkitkan persoalan-persoalan mengenai nepotisme dan kronisme telah berubah menjadi ancaman kepada peluang BN kali ini.
Dalam masa yang sama, gabungan 42 NGO mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan kerana tidak mungkin Taib, seorang kakitangan kerajaan mampu memiliki aset yang begitu banyak sedangkan rakyat Sarawak miskin dan tidak dibela.
“Kami hari ini mendesak kerajaan agar dengan segera menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat aset Taib dan keluarga kerana tidak mungkin seorang kakitangan kerajaan boleh memiliki harta begitu banyak.
  • “Aset Taib (dan keluarga) yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit ini adalah tidak logik, bagaimana Taib boleh mengumpul harta yang begitu banyak sedangkan beliau hanya ketua menteri yang juga kakitangan kerajaan,” kata Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Dr Kua Kia Soong.
  • Jelas beliau, pihaknya mempunyai bukti bahawa aset Taib diperoleh melalui salah guna kuasa dan rasuah termasuk ada kaitan dengan syarikat-syarikat dalam dan luar negara yang tidak diketahui.
Pemimpin-pemimpin BN juga merasakan Taib menjadi balasan nombor satu dalam menghadapi kesan-kesan yang dilalui sekarang.
Walau macam mana pun, saperti komen 'trade mark' berulang kalian, hanya rakyat Sarawak yang menenentukan keputusan PRN Sarawak pada hari sabu yang akan datang ini. Kita hanya bisa menunggu.
Sumber: The Malaysian Insider
15 comments:

Susah jg kalau terlalu lama berada di tampuk pemerintahan...

tapi bare in mind, this fella not appointing himself tapi rakyat yg bagi mandat kepadanya melalui pilihanraya yg legit...

so any attempt to ousted him perlu ikut salurang & undang2 yg betul...dia ni dah tua, maybe in 1 or 2 years bersara la dia...

agi idup agi ngelaban...


pelbagai analisis mengenai piliharaya Sarawak ni, ada mengatakan BN akan menang besar, ada mengatakan BN makin lemah. dan kini adalah analisis mengenai Taib yang akan melemahkan BN. semua ini hnyalah sekadar analisis. keputusan akan kita tau setelah hasil undian diumumkan.


Let's just wait and see whether Taib will remain as the CM of Sarawak.


The decision is in your hands people. Vote wisely!


setiap parti yang bertanding ada kekuatan masing-masing. persaingan mungkin sengit.


setiap parti yang bertanding perlulah berusaha untuk melakukan yang terbaik...tunggu dan lihat siapa yang akan menang...


terpulang kepada penilaian individu.keputusan diketahui lepas pilihan raya Sarawak


Harap rakyat akan membuat keputusan yang wajar bila pilihan raya nanti.


jika tempoh pemerintahan Taib hendak dipertikaikan, pertikaikan juga tempoh berpolitik pemimpin2 Pakatan seperti Lim Kit Siang (42 tahun), Nik Aziz (44 tahun) dan Anwar (30 tahun)..


Mari kita tengok keputusan nanti. Siapa yang goyah sebenarnya. Apa pun kita harapkan BN berusaha lebih untuk mengekalkan kerusi di Negeri Sarawak.


Lim Kit Siang (42 tahun), Nik Aziz (44 tahun) dan Anwar (30 tahun).. Namun bukan sebagai Ketua Menteri saperti taib.
Therefore, pasti ada beza nya dari perspectif kuasa, ya tak?


Athina,
So far, not many people question the righteous of BN to continuously govern Sarawak. The opposition is only aiming to reduce the BN 2/3 majority over there.

However, the story relating to Taib ambition to retain his post as CM after the PRN, seemingly contradicted the PM promise to the Sarawakian...

I guess, that is what this article is all about.


mungkin sudah tiba masanya Taib menetapkan pendirian untuk berundur..


tunggu dan lihat keputusan PRN sarawak...berhubung dengan isu pengunduran taib, ianya masih samar..mungkin taib akan berkuasa untuk satu penggal lagi.


Taib menang pilihan raya Sarawak.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails