SUARA BEBAS TUARAN

Speaker Tolak Tayangan Video Seks Di Dewan Rakyat


Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membayangkan akan menolak apa jua usul mahu menayangkan video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, di Parlimen. Pandikar berkata penayangan video itu jelas melanggar peraturan mesyuarat berikutan dewan rakyat terikat pada etika- etika tertentu.
  • "Macamana saya boleh membenarkan tayangan video itu di Parlimen ? Ini melanggar peraturan mesyuarat," kata Pandikar.
  • Pandikar turut berkata, penayangan video itu bukan sahaja melanggar etika dewan tetapi melanggar hukum agama Islam.
  • "Bagi orang- orang Islam, itu adalah perkara yang haram, "Dalam dewan ini, kita dipandu oleh etika- etika tertentu," katanya.
Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyokong cadangan supaya rakaman video tersebut ditayangkan di Parlimen.
Bagaimanapun Nazri berkata perkara itu tertakluk kepada persetujuan speaker Parlimen kerana hanya beliau yang berkuasa untuk membuat keputusan.
Sumber: TVS

14 comments:

Mana boleh tayang di kalangan orang ramai?


Nazri menyokong penanyangan video itu tetapi Nazri adalah seorang islam. Tidak ka beliau mengetahui hukum2 dalam islam?


Saya menyokong penuh agar Video itu tidak di tayangkan dalam masyuarat.


mmg tak patut video seks nak ditayangkan dalam dewan rakyat. isu mcm ni pun nak dijadi usul dalam dewan. kan byk lagi isu lain.


dewan rakyat bukan tempat nak tgk video seks lah. baik bincang isu berkaitan pembangunan negara.


tidak perlulah video seks tersebut ditayangkan di Dewan Rakyat. lagi pun ianya melanggar peraturan mesyuarat.


Saya rasa memang patut juga speaker tolak tayangan video seks di dewan rakyat.


Aish menghairankan oo.. ada2 saja.. Tak perlulah hebohkan hal mcm ni bah. huhu


Tanggani dengan cara berhemah bagi mengurangkan ketegangan yang timbul dan bukannya menambahkan kontroversi pula.


apa rasionalnya isu ini diperdebatkan dalam parlimen? bukannya membawa kebaikan kepada rakyat dan negara. apa2 sahaja isu yang tidak membawa kepentingan kepada rakyat tidak perlu dibawa ke Parlimen.


cukuplah hanya pihak polis sahaja yang berkerja menyelesaikan isu ini. pemimpin2 politik tumpukan dengan tanggungjawab masing2.


Tindakan speaker tersebut adalah betul.


memang wajar penayangan video tersebut di Dewan Rakyat tidak dibuat.


memang wajar penayangan video tersebut di Dewan Rakyat tidak dibuat.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails