
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, Kerajaan Negeri bersedia menukar status Hutan Simpan kepada Tanah Kerajaan. Katanya, apabila status Hutan Simpan ditukar kepada Tanah Kerajaan ia akan diagih-agihkan kepada penduduk melalui pemilikan geran berkelompok (communal title) seperti dilaksanakan di daerah Nabawan dan Tongod.
Kata Musa, keutamaan akan di beri kepada kawasan Hutan Simpan yang telah diduduki oleh penduduk berpuluh-puluh tahun yang lalu,” katanya semasa berucap merasmikan Pesta Kalimaran Ke-9 tahun 2011 di padang pekan Tenom kelmarin.- Musa berkata, pengagihan tanah secara geran berkelompok dapat memastikan semua lapisan rakyat di negeri ini khususnya di kawasan Pedalaman memiliki tanah.
Dengan cara ini juga katanya, dapat melindungi dan mengelakkan tanah yang mereka miliki jatuh ke tangan orang asing.- Musa menyatakan perkara itu sebagai mengulas permintaan Presiden Persatuan Murut Sabah Datuk Rubin Balang supaya penduduk yang mendiami Hutan Simpan sejak turun temurun diberi hak menduduki kawasan berkenaan.
Sejauh mana kah ketelusan cadangan berulang Musa ini, rakyat maseh lagi merasa sangsi kerana tahun lalu, Musa telah juga mengeluarkan cadangan yang sama. Namun hingga kini keputusan cadangan tersebut maseh lagi belum direalisasikan.Sehingga lah makhamah memutuskan rakyat di Nabawan ada lah lebih berhak terhadap tanah yang dipertikaikan dari Jabatan Hutan Sabah.
Dalam pada itu, persoalan timbul sama ada cadangan ini hanya dikhaskan untuk penduduk pedalaman atau pun merangkumi kawasan yang lain di negeri Sabah ini.- Atau pun kelulusan tersebut semata-mata dilakukan khas terhadap kawasan yang mempunyai kepentingan untuk sekumpulan yang tertentu sahaja. Pasti nya isu ini akan lebih menarik lagi untuk kita selami bersama di masa akan datang.



April 11, 2011 1:01 PM
Baguslah kalau macam tu, penduduk di sana boleh mendapat tanah mereka secara sah.
April 11, 2011 1:01 PM
Ini apa yang diharapkan oleh penduduk di sana.
April 11, 2011 1:59 PM
bgslah, ini menunjukkan bahawa kerajaan amat prihatin dngn hak2 penduduk.
April 11, 2011 5:19 PM
sama ada akan berlaku atau tidak, belum dipastikan...isu ini amat kompleks..
April 11, 2011 5:19 PM
kita tunggu dan lihat..
April 11, 2011 11:02 PM
Ia ssesuatu yang baik dan jika dilaksanakan pasti membuahkan sesuatu yang positif.
April 11, 2011 11:03 PM
Walaupun hal ini agak kompleks namun jika diusahakan, ia pasti dapat dilaksanakan mengikut perancangan yg dibuat.
April 11, 2011 11:04 PM
Perkara ini harus diberi perhatian sewajarnya kerana saya yakin pasti ramai penduduk yang menaruh harapan dalam hal ini.
April 11, 2011 11:06 PM
Malah pengagihan tanah menerusi geran berkelompok ini dapat memberi peluang kepada rakyat utk memiliki tanah terutamanya penduduk di kawasan Pedalaman.
April 11, 2011 11:07 PM
Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.
April 12, 2011 8:57 AM
geran berkelompok dapat memastikan rakyat memiliki tanah.
April 12, 2011 8:58 AM
semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dan dapat memberikan manfaat kepada rakyat.
April 12, 2011 9:21 AM
Berita yang mengembirakan. Harap2 ini benar2 dilaksanakan. Pasti ni akan mengembirakan hati penduduk.
April 12, 2011 9:46 AM
Ini satu cadangan yang baik kepada penduduk. Hutan simpan yang ditukarkan kepada tanah kerajaan ini akan dapat memudahkan kerajaan membahagikan geran kepada penduduk kampung.
April 12, 2011 9:49 AM
Harap apa yang dikatakan oleh Datuk Musa Aman akan pasti dikotakan. penduduk kampung mengharapkan masalah tanah ini akan dapat diselesaikan.
April 12, 2011 9:53 AM
Berita yang mengembirakan kepada para penduduk. Inilah yang diinginkan oleh mereka tentang masalah tanah dan pembahagian geran tanah. Apa yang diumumkan oleh Datuk Musa selaku Ketua Menteri Sabah, mengatakan bahawa hutan simpan yang sebelum ini akan digantikan kepada tanah kerajaan. Dengan status tanah kerajaan nanti, maka dengan ini akan dapat memudahkan pengagihan tanah kepada penduduk.
April 12, 2011 9:56 AM
Apabila status Hutan Simpan ditukar kepada Tanah Kerajaan ia akan diagih-agihkan kepada penduduk melalui pemilikan geran berkelompok (communal title) seperti dilaksanakan di daerah Nabawan dan Tongod..
Harap ini akan menjadi kenyataan kepada para penduduk tersebut.
April 12, 2011 12:25 PM
satu langkah yang baik dari kerajaan untuk memberikan hak2 tanah kepada penduduk.
April 12, 2011 2:27 PM
Ramai yang telah kehilangan tanah disebabkan tanah2 mereka diambil oleh syarikat2 besar telah dikembalikan kepada mereka yang berhak. antaranya ialah, Kg.Barantian, Kg.Landau (Ulu Merotai), Kg.Kadazan (Balung), juga Kg.Kampil dan Kg Narandang Kanibongan (Pitas)..
April 13, 2011 1:53 PM
semoga penduduk mendapat hak mereka dengan sewajarnya.
Post a Comment