
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menegaskan bahawa beliau tidak akan berhenti (melepaskan jawatan) sebelum menyiapkan kerja. Ini termasuk menunaikan segala janji kepada rakyat. Saya mempunyai banyak rancangan, namun mungkin tidak sempat menyiapkan semua.“Pembangunan sebenar untuk kawasan ini belum dapat disaksikan sekarang. Kesan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dapat dilihat dalam lima tahun lagi,” jelasnya.
Menurut beliau, pembangunan yang teratur dan berjaya bergerak perlahan, berterusan serta berkemampuan memberikan manfaat jangka panjang kepada rakyat.
- Taib mengklasifikasikan pembangunan pesat fizikal Mukah hari ini sebagai di luar jangkaan kerana ia berlaku hanya dalam tempoh lapan tahun selepas berstatus baha-gian.
Beliau berkata demikian semasa berucap di hadapan lebih 2,000 khalayak yang menghadiri Program Berambeh Jegem Ketua Menteri di tempat letak kenderaan Pekan Baru Balingian, di sini semalam. Hadir sama, isteri beliau Puan Sri Ragad Kurdi Taib (gambar kiri).


April 7, 2011 8:58 AM
pastikan semua janji-janji yang diberikan ditunaikan.
April 7, 2011 8:59 AM
pilihanraya Negeri Sarawak akan berlangsung tidak lama lagi. terserah kepada rakyat Sarawak membuat pilihan. semoga mereka membuat pilihan dengan bijak.
April 7, 2011 9:02 AM
ya.. selesaikanlah tugas2 sebagai KM.
April 7, 2011 9:05 AM
Sudahlah Pek Moh, kamu dah lama duduk tempat KM Sarawak, sudah sampai masa menyerah kuasa kepada orang baru.
April 7, 2011 9:31 AM
I think the people will be glad if Taib step down from his position.
April 7, 2011 9:34 AM
Others should be given the chance to take over Taib position. Taib time is up.
April 7, 2011 10:44 AM
Nampaknya Taib mahu menyelesaikan tugas beliau terlebih dahulu sebelum lepas jawatannya. Apa pun harap Taib akan menunaikan segala janji yang telah diberikan kepada rakyat.
April 7, 2011 10:52 AM
Kita tunggu sajalah apa yang Taib ingin lakukan. Apa pun kita mengharapkan Taip akan memberikan yang terbaik kepada rakyat Sarawak.
April 7, 2011 2:42 PM
Biarkan rakyat yang tentukan di mana kedududkan Taib selepas PRU nanti.
April 7, 2011 2:43 PM
Setiap apa yang belum selesai dilakukan boleh disambung oleh yang akan menganti beliau.
April 7, 2011 6:39 PM
diharap ini bukan sekadar kata2 kosong dari taib mahmud..
April 7, 2011 6:41 PM
mungkin taib harus melepaskan jawatan sebagai KM sarawak..sudah terlalu lama beliau memegang tampuk pemerintahan negeri..
April 7, 2011 11:32 PM
Hhhmmm.. kita tengok sajalah nanti.
April 7, 2011 11:33 PM
Apapun, semoga p/raya di sarawak berjalan lancar.
April 8, 2011 11:23 AM
selain memberi tumpuan kepada pembangunan di sarawak, Taib juga sepatut sentiasa mendahulukan kepentingan dan hak rakyat. banyak isu yang dimainkan di media berkenaan dengan kesengsaraan rakyat sarawak. jangan disebabkan terlalu gairah mengejar pembangunan, rakyat diabaikan.
April 11, 2011 1:12 PM
Lebih baik kalau Taib memilih seorang yang baru sebagai KM Sarawak yang baru.
April 13, 2011 1:30 PM
diharap semua tugas-tugas diselesaikan jika memang Taib akan lepas jawatan dan diharap janji-janji yang diberikan akan dikotakan.
Post a Comment