
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan kata Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kerajaan telah mluluskan satu saluran khas yang menyiarkan cara hidup serta asal usul masyarakat Sabah dan Sarawak dipaparkan, sekali gus dapat mengaplikasikan konsep 1Malaysia dengan lebih berkesan.
Saluran baru TV interaktif atau TVi merupakan saluran televisyen khas untuk Sabah dan Sarawak. Ia nya merupakan inisiatif kerajaan pusat dan negeri agar kehidupan dan budaya rakyat di kedua-dua negeri difahami dengan lebih mendalam oleh rakyat Malaysia khususnya penduduk Semenanjung.- Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata khidmat berita hal ehwal Sabah dan Sarawak itu akan meliputi 50 peratus berita tempatan (Sabah dan Sarawak) dan 50 peratus berita peringkat nasional.
- Difahamkan, TVi akan mengatur beberapa program-program yang menyerlahkan kehidupan di Sabah dan Sarawak, kebudayaan, lagu-lagu dari komuniti dan etnik pelbagai kaum, dokumentari, sejarah serta perancangan untuk negeri-negeri ini.
TVi ini akan dilancarkan di Auditorium Angkasapuri Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kuching pada 10 April ini oleh Rais dan ia boleh dicapai melalui saluran Astro 180 yang kini menyiarkan siaran Muzik Aktif.


April 8, 2011 9:16 AM
baguslah, akhirnya TV khas untuk Sabah dan Sarawak akan dilancarkan.
April 8, 2011 9:39 AM
WOW!!! Good luck.
April 8, 2011 10:49 AM
ini merupakan langkah yang sangat baik...
April 8, 2011 10:51 AM
dengan adanya saluran tv khas untuk Sabah dan Sarawak ini, akan dapat memperkenalkan lagi budaya masyarakat di kedua-dua negeri ini.
April 8, 2011 11:18 AM
Baguslah Sabah dan Sarawak akan ada TV khas. Maka ini mudah kita mendapat info untuk kedua negeri ini.
April 8, 2011 11:23 AM
Good news indeed.
April 8, 2011 11:43 AM
Satu siaran yang bagus. Tv yang khas untuk Sabah dan Sarawak pasti mendapat sambutan.
April 8, 2011 2:01 PM
tak sabar nak melihat siaran ini.
April 8, 2011 8:03 PM
dengan adanya saluran TVi, sabah dan sarawak akan lebih dikenali oleh masyarakat luar.
April 8, 2011 8:05 PM
ini adalah satu peluang untuk meningkatkan lagi publisiti sabah dan sarawak pada dunia luar..
April 9, 2011 12:23 PM
saya harap penyampai, wartawan, krew atau semua yang terlibat menjayakan TVi ini adalah majoriti dikalangan warga Sabah dan Sarawak.
April 11, 2011 12:46 PM
Tak sabar nak tunggu.
April 13, 2011 1:43 PM
diharap ia membawa banyak manfaat kepada kemakmuran dan keharmonian rakyat 1Malaysia.
Post a Comment