SUARA BEBAS TUARAN

Ujian Profil DNA Untuk Dapat MyKad Di Sabah?

Labels:

Menurut Presiden Sakag Sabah, Hj Masmin Kadad, seorang bapa rakyat Sabah berbangsa tionghua mendakwa dua anak perempuan di Pensiangan Sabah yang diminta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjalani ujian profil Deoxyribonucleic acid (DNA) berharga RM1,700 setiap satu sebelum dapat memproses permohonan Mykad kedua anak perempuannya.
Kata beliau, kejadian dua orang anak perempuan berumur 16 dan 14 tahun sedang belajar di Tingkatan Tiga dan Empat; walaupun mempunyai sijil lahir namun apabila memohon Mykad, mereka diminta membayar RM 1,700.00 setiap orang (dua orang RM 3,400.00).
  • Ayah mereka, Yap Loong Chin membawa perkara ini kepada media untuk meminta penjelasan lanjut mengapa dia perlu membayar RM 3,400.00 untuk pemeriksaan DNA agar anak-anaknya boleh memiliki Mykad.
  • Beliau memohon pertimbangan daripada pihak kerajaan kerana anak-anaknya yang lain tidak dikenakan apa-apa bayaran.
  • “Saya telah mengemukakan masalah ini kepada Ketua MCA namun akhirnya saya tetap diminta membayar RM 1,700 bagi seorang anak untuk menjalani pemeriksaan DNA sebelum diberikan Mykad dan walaupun saya telah mempunyai surat akuan namun Putrajaya tidak meluluskan untuk permohonan Mykad tersebut,” ujar Yap meminta pihak kerajaan memikirkan perkara ini dengan serius kerana akan lebih ramai penduduk yang mempunyai masalah apabila anak-anak mereka tidak dapat belajar di institut tinggi kerana belum memiliki Mykad.
  • Yap berkata, apabila mereka mendapat surat dari Putrajaya kononnya mereka perlu menjalani pemeriksaan DNA, beliau kemudian pergi ke Hospital Keningau untuk pemeriksaan DNA.
Bagaimanapun Hospital Keningau tidak mempunyai kemudahan tersebut dan hanya ada di Kuala Lumpur dan Kuching. Kos pemeriksaan DNA di Kuching ialah RM 1,700.00 seorang. Jika di klinik, kos perbelanjaan ialah antara RM3,000-RM4,000 setiap orang.

Sumber: Presiden Sakag Sabah (NGO), Tuan Hj Masmin Kadad, SabahKini
16 comments:

Kenapa perlu begitu. Kalau bapa adalah orang tempatan, sepatutnya anak-anak juga secara automatik boleh dapat MyKad bila memohon.


buat MyKad pun perlu bayar mahal sedangkan orang tempatan.kenapa pula perlu ujian DNA?


kenapa perkara ini berlaku, jika semua perlu menjalani ujian DNA untuk dpt Mykad, tidakkah ia akan membebankan rakyat. kos ujian ini adalah tinggi.


penjelasan perlu diberikan berhubung dengan isu ini.


mengapa ujian DNA diperlukan? harap isu ini akan terjawab.


Waaa ini sudah melampau. Kenapa boleh jadi begitu? belum pernah saya mendengar kejadian seperti ini berlaku.


Harus pihak berkuasa menjelaskan mengapa berlaku hal sebgini. seharusnya kita ingin memudahkan rakyat dan bukan memberi mereka tekanan dan merumitkan lagi keadaan.


Doi kenapa mesti buat ujian DNA??? Mesti kah tue??!!


Kenapa kena bayar? mahal pla tu.


bukankah pihak kerajaan ada menyediakan borang yang hanya memerlukan saksi daripada ketua kampung, kapitan cina, Pegawai Daerah dan Wakil Rakyat untuk memohon MyKad tanpa perlu melakukan ujian DNA? kes ini benar2 mengelirukan lebih2 lagi tanpa penjelasan dari pihak kerajaan.


jika benarpun ujian DNA diperlukan, sekurang2nya kerajaan perlu tanggung keseluruhan kosnya, kerana yang merumitkan keadaan ini bukannya sdr Yap Loong Chin tetapi jabatan kerajaan sendiri.


seharusnya ada penjelasan, kos ujian DNA tersebut terlalu tinggi.


hanya kerana mahu memohon mykad mesti menjalani DNA??Kos menjalani DNA bukan murah. Adakah ini cara terbaru untuk mendapatkan Mykad??


Biar betul dakwaan ini. Adui ini barulah kontroversi.


Harap hal ini mendapat perhatian sewajarnya dan kalau boleh tampil lah membuat penjelasan secepat mungkin bagi mengurangkan ketegangan yang timbul.


There shouldn't be a problem since the father is a local Sabahan.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails