SUARA BEBAS TUARAN

Untuk Membentras Rasuah, Tindakan Drastik Terpaksa Dilakukan - Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan terpaksa melakukan tindakan drastik untuk membendung jenayah rasuah dan masalah ketirisan bagi memastikan ia tidak menjejaskan hasil dan pendapatan negara.
Kata Najib, jenayah rasuah dan masalah ketirisan bukan sahaja akan menjejaskan pendapatan kerajaan tetapi juga akan turut memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara secara keseluruhannya.
Beliau berharap rakyat memahami bahawa sebarang tindakan yang diambil kerajaan seperti yang dilaporkan akhbar baru-baru ini berhubung tangkapan berkaitan rasuah adalah bertujuan untuk menangani ketirisan yang berlaku. Tindakan itu tidak ada lain tujuan melainkan untuk menambah hasil negara.
  • Najib berkata semua pihak perlu sedar bahawa bukan soal kerajaan tidak mahu menambahkan projek pembangunan yang boleh memberi kerja tambahan kepada kontraktor tetapi kemahuan dan keinginan mestilah berpaksi kepada kemampuan kewangan negara.
  • “Sehubungan itu, kita mesti fahami bahawa kalau kita hendak lebih banyak projek pembangunan, maka semua orang mesti memainkan peranan masing-masing, iaitu yang mengurus ekonomi negara kena mengurus dengan baik dan dan keinginan mestilah berpaksi kepada kemampuan kewangan negara.
  • “Ini berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi negara dan kebolehan kita mengutip hasil tambahan. Kalau kita tidak dapat kutip hasil tambahan kerana berlaku ketirisan yang berluasa, maka itu juga akan menjejaskan hasil dan pendapatan kerajaan.
  • “Misalnya, kalau banyak orang mengelak daripada membayar cukai yang menjadi punca kewangan kerajaan, kalau ada orang eksport dan import barang tetapi tipu harga dan melakukan apa yang disebutkan ‘under declaration’, maka ia merupakan kekurangan kewangan kepada kerajaan.” Demekian katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Pahang di Kuantan, semalam.
  • Dalam isu yang berkenaan, baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor menahan 60 anggota dan pegawai Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia di seluruh negara untuk siasatan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Dalam pada itu, Najib berkata beliau akan menjadi orang yang paling gembira jika hasil negara dapat dipertingkatkan daripada RM50 bilion kepada RM60 bilion atau RM70 bilion.
Sumber: BP, Agensi
14 comments:

Untuk membanteras rasuah, perlulah bermula dari diri sendiri.


kegiatan rasuah mmg perlu dibanteras, rasuah adalah musuh utama negara dan perlu dihapuskan.


masalah rasuah yang berlaku di negara ini harus diatasi supaya tidak menjejaskan hasil dan pendapatan negara.


Ya. Tindakan drastik perlu dan harus dilalukan untuk membanteras rasuah.


"Untuk Membentras Rasuah, Tindakan Drastik Terpaksa Dilakukan - Najib"

Betul cakap si Najib!


Yang penting Najib juga harus bersih dari sebarang rasuah. If you’re going to talk the talk, you’ve got to walk the walk, Najib!


rasuah perlu diperangi dengan sehabisnya.


usaha untuk membanteras rasuah juga perlu dijalankan sepanjang masa.


kerajaan perlu sentiasa merujuk kepada kajian badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index. lihat betapa seriusnya jenayah rasuah di negara ini.. saya harap kerajaan akan bersungguh2 mengubah ranking Malaysia ke kedudukan yang lebih baik.


untuk membanteras gejala rasuah ini, kerajaan tidak perlu bersikap double standard. semua yang terlibat tanpa mengira pangkat perlu dikenakan tindakan tegas... gandakan usaha.. Good Luck!!


bersamalah kta banteras jenayah rasuah.


Tidak kisah apa tindakkan yang mahu dilakukan. yang kami mahu pastikan perkara Rasuah ini dapat ditangani.


Rasuah perlulah ditangani..Kita tidak mahu rasuah ini berterusan. Perangilah rasuah. Katakan tidak kepada rasuah.


Mungkin boleh ikut cara China membanteras rasuah, iaitu menggunakan hukuman mati.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails