SUARA BEBAS TUARAN

3 Ditahan ISA Di Sabah, Terlibat Penyeludupan Manusia


Tiga orang termasuk dua warga asing ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Lahad Datu pada 24 Mei lepas, kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludupan manusia. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengesahkan penahanan itu berkata, ketiga-tiga individu itu dikesan aktif dalam aktiviti penyeludupan pendatang tanpa izin melalui jalan laut dan darat.
Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran lanjut mengenai identiti mereka. Katanya tindakan itu selaras dengan pendirian kerajaan untuk mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.
  • Hishammuddin berkata penangkapan mereka akan membolehkan satu siasatan lanjut yang terperinci dijalankan sekaligus diharap mampu membongkar dan mengekang tindak-tanduk kegiatan penyeludupan warga asing di Sabah.
Katanya tangkapan itu merupakan sebahagian daripada langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Sumber: BERNAMA
7 comments:

jika benar mereka bersalah, memang wajar mereka dikenakan tindakan yang tegas.


mmg patut mereka kena ISA, kegiatan mereka bukan sahaja mengancam negara, tapi juga satu penindasan.


sememangnya aktiviti penyeludupan manusia ini harus dibanteras kerana ia semakin berleluasa dan menggugat keselamatan negara. pastikan pihak yang terlibat dikenakan tindakan undang-undang.


Human trafficking is a serious crime. Not only should those involved be detained under ISA, they should also be thrown into jail.


Human trafficking not only endangered the public, it also violate human rights, safety and freedom. These criminals should not be let out easily.


sebab itu masalah PATI di negeri ini tidak pernah selesai.. ditambah lagi dengan ketua kampung yang membantu PATI mendapatkan MyKad..


Siasat mereka ini siapa dalang dalam semua hal penyeludupan ini berlaku.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails