SUARA BEBAS TUARAN

42 Juta Penduduk Asia Pasifik Jadi Miskin Akibat Harga Barang Naik


Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kenaikan harga makanan dan minyak boleh menyebabkan lagi 42 juta rakyat di rantau Asia Pasifik mengalami kemiskinan dan seterusnya mengancam pertumbuhan ekonomi.
Agensi PBB itu berkata peningkatan harga minyak mentah boleh mengurangkan satu peratus pertumbuhan bagi rantau itu.
  • Unescap berkata jika harga minyak mentah meningkat kepada AS$130 (4159) setong dan harga makanan meningkat dua kali ganda tahun ini, lagi 42 juta penduduk di Asia Pasifik akan jatuh miskin atau gagal keluar daripada lingkaran kemiskinan.
  • Semalam, harga minyak mentah setong berharga AS$109.
  • Selanjut nya, dilapurkan bahawa harga makanan yang meningkat mempunyai kesan yang buruk ke atas golongan miskin dan melenyapkan semua keuntungan yang diraih hasil pertumbuhan sebelum ini.
  • Dikatakan lebih 950 juta penduduk yang hidup dengan kurang AS$1.25 sehari di rantau Asia Pasifik.
  • Kesan kenaikan harga makanan akan lebih menjejas penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman di India, Laos, Bangladesh dan Nepal. Di beberapa negara, harga makanan telah meningkat sehingga 35 peratus.
Unescap berkata ekonomi negara-negara membangun di rantau Asia Pasifik dijangka tumbuh pada kadar 7.3 peratus pada 2011. Ini lebih perlahan berbanding dengan kadar pertumbuhan 8.8 peratus yang dicatatkan pada 2010.
China dijangka mencatatkan pertumbuhan pada kadar 9.5 peratus sementara ekonomi India pula 8.7 peratus dan Indonesia 6.5 peratus.
Sumber: AFP.
17 comments:

kenaikan harga merupakan cabaran yang dihadapi oleh kebanyakan penduduk dunia.


harap negara kita akan dapat mengawal keadaan dan ekonomi kita sentiasa dalam keadaan stabil.


kenaikan harga barang mmg byk membebankan penduduk, kos hidup bertambah tapi pendapatan tidak. ini yang menyebabkan ramai penduduk makin miskin dan susah.


Semakin naik harga keperluan asas seperti minyak petrol maka semakin meningkatlah harga barang harian. Ini akan menambah beban kepada rakyat.


serius juga perkara ni.jika tidak ditangani, pasti ramai yg akan mengalami kebuluran jika sudah menjadi miskin.


Susah lah kalau mcm nie.


tapi rasanya kenaikan harga barang di Malaysia tidaklah sampai tahap rakyat jatuh miskin. apapun,kerajaan masih perlu sentiasa mengawal harga barang supaya tidak membebankan rakyat.


Semua orang kenalah berjimat-cermat.


Dugaan untuk rakyat..Apa pun berusahalah untuk terus hidup dengan semua rintangan yang menduga.


kehidupan akan jadi lebih berat di masa akan datang..


di malaysia, akta gaji minimum harus dikuatkuasakan secepat mungkin...kos hidup makin meningkat sedangkan pendapatan tidak mencukupi..


huhuhu... susah kalau berterusan mcm ni.


Semoga ekonomi negara kita dapat dipertingkatkan lagi dan kalau boleh pertimbangkanlah gaji minimum.


ada kah apa2 tindakan atau cara yang boleh mengurangkan harga minyak dunia?


Boleh kita nampak bahawa bukan saja di Malaysia ada masalah harga barang naik tapi di kebanyakan negara yang lain.


Sugar price increase another 20 cents.


Masalah ini melanda beberapa negara sekarang.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails