SUARA BEBAS TUARAN

58 Kawasan Di Lembah Klang Berisiko Alami Bencana Tanah Runtuh


Kira-kira 58 kawasan perumahan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang berada di kawasan berbukit berdepan risiko kejadian tanah runtuh, kata Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Mohd. Noor Yaacob(gambar kanan). Beliau berkata, jumlah itu diperoleh berdasarkan kajian yang dibuat oleh JKR tahun lepas mengenai taman-taman perumahan yang berada di kawasan berbukit.
  • "Kesemua 58 kawasan perumahan itu terletak dalam kawasan empat pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS)," katanya di sini semalam.
  • Mohd. Noor berkata, kawasan paling banyak berisiko ialah di bawah MPAJ iaitu sebanyak 39 kawasan.
  • "Paling sedikit ialah di kawasan MPS sebanyak tiga lokasi iaitu di Cemerlang Height, Gombak Setia dan Plaza Tol Lebuh Raya Karak," katanya.
Mohd Noor berkata kawasan yang dianggap paling berisiko adalah yang terletak pada 100 meter persegi dari kawasan cerun bukit. Katanya terdapat dua kategori kawasan bukit yang berbahaya iaitu


  1. pertama ‘Hazard’ tahap bahaya cerun di mana tidak terdapat kawasan perumahan di situ dan jika berlaku tanah runtuh tidak mengancam nyawa manusia.
  2. Kategori kedua ialah kawasan berisiko di mana terdapat kawasan perumahan di tempat tersebut dan jika berlaku tanah runtuh akan mengancam nyawa manusia.
Mohd. Noor juga menyarankan sesiapa yang bercadang untuk membina rumah di kawasan cerun bukit supaya memastikan sistem saliran di kawasan itu disalurkan ke tempat betul, dan bukan dibiarkan begitu sahaja.
Sumber: Agensi


Klip Video Nostalgia Highland Tower
7 comments:

tindakan yang berpatutan perlu diambil. kejadian yang telah berlaku sebelum ini harus diambil pengajaran.


tindakan awak perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya tanah runtuh dan korban.


diharap sebarang pembangunan yang dibuat pada masa akan datang harus mengenalpasti tahap keselamatan di lokasi yang dipilih terlebih dahulu.


How come the government approve this sort of lands to be developed as housing areas?


If landslide happened, these occupants will be in danger. The government should be more careful before approving any lands for developments.


setuju dengan shiro.. dan kerajaan juga perlu mengambil berat terhadap mana2 kawasan berisiko yang telah dikenalpasti.. bertindak sebelum terlambat..


rancanganlah pembangunan bagi mengelak perkara tanah runtuh ini berlaku.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails