SUARA BEBAS TUARAN

Agenda Menjadikan Kristian Sebagai Agama Rasmi Persekutuan ?


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata penelitian perlu dibuat terlebih dahulu terhadap pendedahan dua laman blog mengenai majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan.
"Saya akan mengutus apa-apa pandangan terus kepada Menteri Dalam Negeri untuk beliau pula melihat perkara ini dari sudut keselamatan negara. Kami dari sudut undang-undang siber manakala Menteri Dalam Negeri dari sudut undang-undang keselamatan," katanya kepada pemberita selepas program Jogathon 1Malaysia di Kuala Klawang kelmarin.
  • Rais, yang juga ahli parlimen Jelebu, mengingatkan pihak yang mempertikaikan soal agama rasmi negara ini supaya menghentikan perbuatan itu kerana ia tidak akan menguntungkan sesiapa dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.
  • Beliau berkata Islam adalah agama rasmi negara ini bukan saja diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, tetapi juga mengikut susunan kontrak kemerdekaan antara pelbagai pihak.
  • Katanya tindakan sesetengah pihak mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi negara ini dianggap sebagai satu pepecahan suasana dan belum pernah berlaku sebelum ini apabila mana-mana pihak menjuruskan hak agama lain selain Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Dalam pada itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Wilayah Persekutuan kelmarin telah membuat laporan polis berhubung laporan Utusan Malaysia yang memetik tulisan di dua blog pro-Umno yang mendakwa terdapat paderi yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.
Tulisan di dua blog pro-Umno juga mendakwa paderi tersebut berusaha mahukan perdana menteri dilantik dari penganut Kristian.
  • Bercakap kepada pemberita selepas laporan polis dibuat, yang dipertua PERKASA Wilayah Persekutuan Sharifuddin Abdul Hamid berkata dakwaan yang timbul itu adalah satu hasutan.
  • "Jika benar seperti apa yang dilaporkan, ia merupakan satu hasutan kepada masyarakat Kristian untuk mengembangkan agama itu bagi menjadikan satu hari jumlah penganut Kristian adalah majoriti dalam negara ini (dengan) pelbagai cara. Saya bimbang pendekatan ini akan menyemarakkan kemarahan umat Islam dalam negara ini," laporan polis itu dipetik.
Ditanya mengenai tindakan PERKASA selepas ini, Sharifuddin berkata pihaknya telah mengarahkan semua ahli PERKASA di semua negeri untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut.
"Kita bertindak mengikut saluran undang-undang. Kita tidak akan bertindak sesuka hati. Harap polis dapat menyiasat," katanya.
Sumber: Bernama, Agensi
22 comments:

Perkara ini macam sengaja dibangkitkan.


isu seperti ini perlu diuruskan dengan baik.


harap isu ini tidak diperbesarkan oleh mana-mana pihak pun.


isu agama begitu sensitif, jgnlah kita nak mengekploitasi isu ini. lagipun dah termaktub dalam perlembagaan bahwa ISlam adalah agama rasmi negara. hal ini tak seharusnya timbul.


blog tersebut sepatutnya tidak menyiarkan isu yang sensitif seperti isu perkauman.


Seperti sengaja diapi-apikan dengan isu yang sudah sedia ada.


Harap dakwaan itu mesti mempunyai bukti tuduhan..Janganlah buat masalah pula. Biar polis menyiasat perkara ini sebaiknya.


Agama perkara yang sensitif unti rakyat kita. Jadi janganlah bermain tetang agama untuk digunakan dalam politik.


THe blog could be written by anyone with the intention to "batu api".


This matter should be investigated.


laporan polis sudah dibuat.. jadi biarlah pihak berkuasa sahaja yang menjalankan siasatan.. kita hanya perlu tunggu dan lihat siapa yang benar dan siapa yang salah.


jgn jejaskan keharmonian negara kita kerana perkara sebegini.


isu ini sengaja ditimbul dan dipolitikkan. bagaimana perpaduan kaum dapat dijaga jika isu-isu sensitif seperti ini sentiasa ditimbulkan di media massa dan elektronik??


PERKASA juga sering kali mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman dan agama..apa tindakan kerajaan?


kerajaan harus berlaku adil dalam menangani isu2 sensitif di negara ini..sering kali jika minoriti cuba mengetengahkan hak mereka, yang mojiriti mempertikai..bahkan siap ada ugutan politik dsbgnya..oleh itu, mana2 pihak tidak harus kebal dari undang2 tidak kira siapa..


dan seharusnya isu ini disiasat dengan lebih terperinci sebelum membuat liputan..tindakan dari Utusan malaysia yang mendedahkan isu ini seperti ianya sengaja dilakukan..tujuan dan motifnya tidak diketahui..oleh itu siasatan menyeluruh harus dilakukan..


oleh itu, isu ini harus 'dihentikan' sehingga siasatan selesai dilakukan dan sebarang kenyataan atau pendedahan mengenai isu ini tidak perlu dilakukan untuk mengelak perkara2 yang tidak diingini seperti apa yang telah berlaku sebelum ini seperti pembakaran gereja dan sebagainya..


isu ini juga tidak harus dipolitikkan baik dari kerajaan atau pembangkang..mereka yang mempolitikkan isu ini harus menghentikannya..pihak berwajib harus memantau perkara ini.


Tolonglah, kenapa juga hal macam ini pun mahu dijadikan isu. aduiiiiiiiiii.....


Harap semua pihak berfikir secara matang dalam berdepan dengan hal ini.


Never use religion for political means.


Sebaiknya jangan mengaitkan agama dan perkauman dalam politik.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails