SUARA BEBAS TUARAN

Antara Gimik Dan Kebenaran Suara Belia Didengar, Dibimbing?


Bercakap ketika melancarkan sambutan Hari Belia peringkat negeri di sini kelmarin Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata sebagai pemimpin masa depan, belia perlu dibimbing untuk menghayati konsep 1Malaysia untuk merealisasikan matlamat program transformasi negara.
Kata Musa, beliau dan kerajaan menaruh harapan tinggi terhadap kepimpinan belia di semua peringkat, khususnya belia akar umbi untuk menjadi pemangkin transformasi.
  • Justeru itu, kerjasama dan koordinasi antara Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan dan Majlis Belia Sabah (MBS) perlu diperkemas dan dimantapkan supaya lebih ramai belia akar umbi mendapat manfaat daripada program yang dilaksanakan oleh kerajaan, katanya.
  • Disamping itu, Musa juga berkata kerajaan akan terus berusaha menyediakan persekitaran kondusif agar potensi kepimpinan belia di Sabah akan terus menyerlah.
  • Selanjutnya, Musa mahu semua pihak berkaitan pembangunan belia di Sabah turun padang mendekati dan mendengar suara belia untuk mengenal pasti kehendak serta keperluan mereka.
Komen Solymone
Mendengar atau pun membaca seruan KM ini, terasa ada yang tidak kena. Kerana sejauh mana kah kebenaran dan ketulusan niat kerajaan Sabah ini? Kerana seada nya, hingga setakat ini, keadaan warga belia di Sabah ini tidak banyak yang menampakkan perubahan positif. Selain dari pergerakan kekehulu dan kehilir mencari peluang pekerjaan atau pun sibuk dengan akitivti yang tidak menentu, saperti lepak berterusan di super-super market, pusat hiburan, café , meja billiards dan sebagai nya ( kebanyakan nya negatif).
  • Manakala pemimpin yang di mandatkan untuk memimpin rakyat dan belia(YB) pula sebuk dengan aktiviti ‘Arau-arau(kelam-kabut)’ mereka. Mundar-mandir kesana kemari untuk menghadiri masyuarat pada siang hari. Manakala malam nya, ‘dinner’ bersama-sama pemimpin negara atau pun diplomat asing di hotel-hotel enam bintang bertempat di Ibu Kota. Sehinggakan tiada masa untuk ‘turun padang’ bersama rakyat atau pun belia yang perlukan bimbingan mereka(sapertimana yang di maksudkan oleh KM).
  • Kalau pun mereka sanggup berkorban untuk menghadiri sessi bersama rakyat ( dalam kadar 2 atau 3 kali setahun) selalu nya diakhiri dengan alasan, mereka( sambil sering melihat jam tangan) terpaksa pendikkan masa untuk menunaikan satu lagi tugas lebih penting di Ibu Pejabat.
  • Dalam kontek prioriti, kadang-kadang saya terfikir juga siapa kah yang meletakkan mereka ke jawatan yang mereka pegang sekarang? Sama ada orang2 besar , diplomat asing atau pun rakyat yang menggundi mereka?
Walau macam mana pun, saperti ‘tag line popular’ yang kalian sering gunakan; kita kena lah berdiam diri ( berpeluk tubuh) menunggu dan melihat gelagat pemimpin-pemimpin (yang biasa menipu rakyat ini), sama ada mereka sanggup meluangkan masa untuk bersama belia yang sedang kehausan bimbingan serta pedoman demi untuk mengharungi masa depan yang penuh dengan cabaran ini.
Sumber: NST, Solymone
11 comments:

Apa-apa pun, harap kerajaan akan berusahalah menunaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan membagunkan negeri Sabah.


kita kena serius jika benar2 nak membimbing belia menjadi insan yang berguna.


pemimpin yang ada perlu memastikan mereka menjalankan tanggungjawab mereka kepada semua golongan termasuk belia.


belia merupakan generasi pelapis yang akan menjadi pemimpin di masa depan. maka, mereka harus dibimbing dengan sebaiknya.


belia adalah aset negara dan pelapis kepimpinan negara. jadi, adalah wajar kerajaan memberi tumpuan kepada golongan belia ini dengan mengadakan pelbagai program supaya mereka dapat manfaatkan masa dengan sebaiknya.


Benar kata datuk Musa Aman itu. Sebagai belia sekarang adalah penting untuk memastikan mereka ini mempunyai sifat dan lebih memahami konsep 1 Malaysia ini.


Semoga para belia dibimbing dari awal ini kerana merekalah penyambung generasi pada akan datang. Semoga program kesedaran dan program lain dapat diberikan kepada para belia pada masa sekarang.


Peranan belia adalah sangat penting untuk mencorak politik ekonomi dan social negara. Tanpa belia tidak adalah penyambung generasi akan datang. Oleh itu saya setuju dengan KM kita bahawa belia perlu di dedahkan pentingnya konsep 1Malaysia agar tidak disalah tafsirkan.


Belia pula perlu tahu peranan mereka dalam membangunkan negara. Jangan menjadi belia yang tidak memberikan sumbangan kepada negara.


dalam membimbing belia, semua pihak harus mengambil peranan. jgn hanya harapkan satu pihak sahaja. belia adalah penentu masa depan generasi kita.


belia hanya mahu pentadbiran yang cekap dari kerajaan iaitu merangkumi ekonomi, sosial dan politik.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails