
Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober ini adalah inklusif dengan bertumpukan kepada rakyat serta meningkatkan langkah-langkah transformasi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tumpuan akan diberikan kepada usaha merealisasikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 untuk kesejahteraan rakyat.
‘‘Usaha merangka Bajet 2012 sangat mencabar, atas faktor itu negara perlu berani berdepan dengan cabaran dan mengemukakan pelbagai kaedah ke arah pembaharuan dan penyelesaian.- ‘‘Marilah kita bekerja bersama-sama dalam memastikan usaha itu menjadi satu kenyataan, kita perlu bangkit dan menyediakan pendekatan dan penyelesaian yang inovatif,” katanya semasa berucap pada Majlis Konsultasi Bajet 2012 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.
- Hadir sama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; dua Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein dan Senator Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan amat komited dalam usaha memastikan rakyat dapat menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik sekali gus menghapuskan kemiskinan tegar.- Majlis Konsultasi itu akan diguna untuk merangka Bajet 2012. Ia merupakan usaha penting kerajaan berinteraksi secara terus dengan sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), industri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan rakyat.
Kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion perbelanjaan pembangunan.Najib berkata, kerajaan sudah menyediakan kerangka kerja dasar yang kukuh menerusi Model Baru Ekonomi (MEB) untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang mampan menjelang 2020.Walau macam mana pun persoalan pasti nya akan timbul dari golongan aktivis di Sabah dan Sarawak dalam beberapa perkara dan antara lain nya ia lah;


- Sejauhmana kah realiti nya bajet ini dapat membantu kedua-dua negeri ini dalam menangani pelbagai masaalah. Termasuk peruntukan untuk menangani jalan-jalan luar bandar yang daif lagi teruk sehingga masa kini. Atau pun peruntukan tersebut hanya di beri kepada daerah yang mempunyai hubungan kait dengan pehak kerajaan pusat.
Ada kah telah dimasukkan dalam bajet tersebut, subsidi atau pun strategi kewaangan yang dapat mengurangkan kenikan harga barang-barang yang semakin hari semakin mendadak di sini.- Sebanyak mana kah bajet ini dapat memberi peluang kepada golongan muda dalam sektor perniagaan, perladangan dan pendidikan yang berkualiti di kedua negeri ini.
Golongan yang maseh lagi dalam kategori miskin tegar. Contoh nya mereka yang berpendapatan RM540.00 kebawah sebulan?- Kenaikan gaji pejawat awam dan swasta bagaimana?



May 12, 2011 8:57 AM
Harap bajet ini akan membantu Sabah dan pelbagai segi pembagunan. Kita tunggulah bentangan bajet tersebut daripada PM.
May 12, 2011 10:43 AM
harap bajet yang akan dibentangakan akan mengambilkira keperluan rakyat dan negara.
May 12, 2011 10:52 AM
harap pemberian bajet untuk sabah dan Sarawak mencukupi untuk pembangunan.
May 12, 2011 11:51 AM
tunggu dan lihat saja apa yang akan dibentangkan dalam Bajet 2012 nanti.
May 12, 2011 3:17 PM
bajet naik tapi kalau tidak membawa perubahan kepada Sabah dan Sarawak, tetap tidak ada gunanya. patutnya separuh peratusan bajet itu disalurkan ke Sabah dan sarawak bagi menyeimbangkan pembangunan antara negeri2 borneo dan semenanjung..
May 14, 2011 8:37 AM
Harapan rakyat adalah utamakan masalah mereka dan bajet itu tolonglah digunakan untuk kepentingan rakyat. Jangan memberikan peruntukan kepada perkara yang langsung tidak memberikan kebaikkan kepada rakyat.
May 19, 2011 9:02 AM
Harap Bajet ini boleh memenuhi keperluan rakyat.
Post a Comment