
Tindakan individu dan media untuk bertujuan membakar api persengketaan agama yang terjadi baru-baru ini merupakan suatu perilaku sangat biadap terhadap peradaban bangsa dan Islam kata pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.Beliau berkata, sepatutnya media harus digunakan sebagai alat menyampaikan kebenaran dan pengetahuan yang boleh menyelesaikan krisis masa depan.
Katanya, apa yang berlaku sekarang ini media telah lari dari asasnya dan peristiwa ini cukup mengaibkan bangsa yang bukan sahaja menguruskan media Melayu tetapi juga Islam kerana menyebarkan laporan berbentuk fitnah dan mencetuskan berbagai krisis.- Jelasnya, cara yang dilakukan ini adalah sangat primitif dalam menjayakan apa-apa jua agenda baik politik atau sebagainya.
- Menurut Abdu Hassan, ini adalah kerana ia boleh mencetuskan persengketaan sesama sendiri dan ini adalah cara yang sangat jahiliah, tidak berpengetahuan, tidak beretika dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
- Pada pendapat beliau, cara ini tidak rasional, tidak waras dan sakit pada saat rakyat cuba menyelesaikan pelbagai masalah seperti kenaikkan harga barangan, ada pula pihak yang cuba membakar sikap dan menyalakan api sengketa sesama sendiri.
Negara ini tegas beliau, tidak memerlukan perbuatan seperti ini kerana rakyat dalam negara ini merupakan masyarakat yang sangat sabar,tekun dan berhati-hati. Katanya, perbuatan seperti ini adalah biadap terhadap kesejahteraan tanah air.- Malah menurut beliau lagi, ia tidak sedikitpun memberi keuntungan kepada masyarakat selain daripada membawa persengketaan yang dahsyat.
- Abu Hassan meminta rakyat tidak memandang perkara sebegini sebagai remeh dan katanya apabila ada sesuatu institusi yang berpihak kepada mana-mana parti melakukan kesilapan terhadap tanah air maka ia tidak wajar diselamatkan atau di bela. Masyarakat tidak kira dari golongan apa sekalipun pasti menentang apa sahaja tindakan bersifat untuk mencetuskan konflik perkauman dan krisis keagamaan, ujarnya.
Jelas beliau, jika perkara ini berlaku ia sekaligus boleh menghancurkan peradaban dan tanah air. Tindakan seperti ini katanya bukanlah sejenis kewartawanan atau pengetahuan dan sama sekali tidak berfungsi sebagai pemikiran yang datang dari masyarakat rasional, waras dan bertamadun.


May 25, 2011 9:26 AM
Individu yang bersikap rasis sepatutnya tidak mendapat tempat dihati rakyat.
May 25, 2011 9:29 AM
Kita semestinya tahu bagaimana untuk menghormati sesama.
May 25, 2011 10:26 AM
Buat malu saja, sebab mahu naik nama guna isu2 perkauman & agama untuk famous dan menaik / menarik perhatian rakyat.
May 25, 2011 10:28 AM
sentimen perkauman tidak wajar diamalkan dan membawa manfaat kepada siapa pun.
May 25, 2011 10:30 AM
harap isu-isu sensetif tidak akan dimainkan lagi pada masa akan datang. biarlah kita hidup dalam aman dan damai.
May 25, 2011 10:36 AM
sentimen perkauman memang tidak wajar diapi-apikan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
May 25, 2011 10:58 AM
Hope that the people who deliberately stir racial hatred and religious tension will be take action against because it is disrupting the peace of the country.
May 25, 2011 2:56 PM
Memang tidak rasional mereka yang membakar semangat perkauman tersebut. Harap mana-mana pihak tidak akan memainkan isu perkauman ini. Siap yang didapati sepatutnya dikenakan tindakkan ISA.
May 26, 2011 10:32 AM
Hope that they won't try to bring this sort of negative influence into Sabah and Sarawak.
May 26, 2011 10:38 AM
isu2 agama dn perkauman tak wajar kita bangkitkan.
May 27, 2011 9:29 AM
semuanya bermula dari parti2 politik di negara ini yang lebih cenderung kepada memainkan isu2 sensitif yang dilihat mampu memberikan imapak yang kuat terhadap parti.
May 27, 2011 9:32 AM
isu seperti ini tidak patut diulang tayang berkali2 di media.. cukup hanya sekali dua.. tindakan mengulang tayang isu ini media juga sedikit sebanyak mampu memecahbelahkan rakyat di negara ini.
Post a Comment