SUARA BEBAS TUARAN

BN Wujudkan Tabung Dana Khas Hadapi PRU13?

Labels:

“Kenaikan harga minyak ini sebenarnya tidak memberikan faedah langsung kepada peniaga, tetapi keuntungan tersebut ‘disedut’ oleh ‘orang tengah’ dan disalurkan ke dalam dana tabung tersebut. ‘Orang tengah’ itu adalah di kalangan pemerintah itu sendiri,” demekian kata Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail(gambar kanan), berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini.
  • Seperti yang dilakukan kerajaan sebelum ini, Azan menjelaskan ‘trend’ memberi amaran kepada peniaga yang menaikkan harga barangan akan dibuat bagi mencipta persepsi bahawa kerajaan telah melakukan penguatkuasaan undang-undang.
  • “Inilah kesan berantai yang akan berlaku akibat kenaikan terbaru petrol jenis RON 97. Saya yakin, dalam tahun ini juga minyak jenis RON 95 akan turut dinaikkan.
  • Menyentuh mengenai kenaikan harga gula yang dinaikkan sebanyak 20 sen yang berkuatkuasa hari ini, Azan berkata ia akan memberi kesan kepada kenaikan harga barangan keperluan lain.
  • “Kenaikan harga gula yang merupakan kandungan penting dalam makanan orang Malaysia memberi gambaran bahawa, akan belakunya musim kenaikan pelbagai barangan keperluan harian secara besar-besaran.
  • “Tetapi kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa kepada harga akhir daripada rantaian kesan kenaikan disebabkan hanya gula yang menjadi barangan kawalan, tetapi tidak kepada produk akhir.
  • “Begitu juga dengan kenaikan kos bahan api, maka kos tambahan atas perkhidmatan seperti kenderaan awam itu sendiri akan turut meningkat. Sudah tentu ia membebankan golongan peniaga, peruncit dan pengguna,” katanya.
  • Dalam pada itu, Azan menjelaskan, kadar inflasi di Malaysia semakin meningkat, seiring dengan kenaikan harga keperluan asas.
Justeru itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota tersebut mendakwa satu tabung khas akan diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebagai dana bagi parti tersebut menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
“Tidak mungkin kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak tanpa mempunyai maksud atau tujuan lain. Penstrukturan harga minyak ini adalah perlu bagi menampung jangkaan perbelanjaan besar mereka dalam pilihan raya umum akan datang, kata nya.
Sumber: Agensi
13 comments:

diharapkan kerajaan dapat mencari inisiatif bagi membantu rakyat berhadapan dengan kenaikan harga pada masa kini.


pelbagai reaksi mungkin wujud bila berlaku kenaikan harga. apa pun, penjelasan haruslah diberikan mengenai apa rasionalnya kenaikan tersebut dan rakyat akan sentiasa menilai.


benarkah dakwaan ini?


kenaikan harga barangan tersebut adalah kerana pengurangan subsidi.


Harga emas juga sudah meningkat, bila agaknya gaji rakyat ditingkat kan?


Kenaikkan ini tidak mengejutkan saya. Bila2 masa kenaikkan harga akan berlaku tapi apa yang membimbangkan saya adalah, adakah Gaji juga akan turut dinaikkan?


jadi, adakah kenaikan barang ini dikaitkan dengan tabung dana pilihan raya ke-13?


“Tetapi kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa kepada harga akhir daripada rantaian kesan kenaikan disebabkan hanya gula yang menjadi barangan kawalan, tetapi tidak kepada produk akhir."
Nampaknya, semua peniaga makanan yang menggunakan gula sudah pasti akan menaikkan juga harga jualan mereka.


Dana hanya kerana harga gula dan minyak naik?Ini tujuan sebenarnya untuk mengurangkan subsidi atau lebih senang difahami tanggungan kerajaan. dengan cara ini akan dapat mengurangkan hutang negara.


Azan Ismail patut lihat rakan sendiri..

apa tujuan LGE menaikkan tarif air dan kenakan surcaj sehingga membebankan rakyat di Pulau pinang? adakah untuk tabung parti bagi menghadapi PRU13??


Baik kita tunggulah perkembangan lanjut.


It would be much better if the people's salary is the one increase instead of the price of petrol.


Hopefully no more increase in the petrol's price or other goods too.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails