SUARA BEBAS TUARAN

Harga Minyak RON95 Naik, Pemuda UMNO Gusar


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin(gambar kanan) berkata, pihak gusar dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa rakyat untuk bersiap sedia dengan kemungkinan kenaikan harga minyak RON 95.
Justeru itu, beliau mendesak kerajaan tidak menaikkan harga minyak RON 95 dan menyeru agar tindakan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat semua.
  • Kata beliau, usaha-usaha ke arah penjimatan kos pengurusan dan peningkatan produktiviti serta kecekapan Kerajaan haruslah mendahului sebarang langkah pengurangan perbelanjaan fiskal berupa pengurangan subsidi minyak.
  • “Sebagai contoh, menurut Perbadanan Produktiviti Negara, kos tanggungan bagi memenuhi pelbagai peraturan Kerajaan dalam memulakan sebarang aktiviti ekonomi adalah sebanyak RM17.0 bilion atau 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar,
  • “Jumlah kos peraturan dan pematuhan ini adalah 21 kali ganda lebih banyak daripada hasil penjimatan daripada pengurangan subsidi ke atas komoditi gula dan barangan berasaskan minyak pada Julai 2010 dan 14.4 kali ganda bagi tindakan yang sama pada Disember tahun lalu,
  • “Oleh itu, Pemuda UMNO menyarankan agar usaha-usaha ke arah penjimatan bestari melalui kecekapan operasi seperti di atas disamping tindakan bagi meningkatkan nilai (unlock the value) aset dan sumber pendapatan negara di terokai dengan serius dan dilaksanakan terlebih dahulu, sesuai dengan cogan kata 1Malaysia yang sentiasa mendahulukan rakyat dari segi kepentingan, kebajikan dan hal ehwal mereka,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada masa yang sama, Pemuda UMNO, katanya, ingin menegaskan bahawa sungguhpun statistik terkini bagi harga barangan pengguna menunjukkan kadar inflasi 3.0 peratus pada Mac 2011 berbanding bulan yang sama tahun lalu, namun perinciannya menunjukkan bahawa barangan makanan bukan alkohol mencatat kenaikan yang lebih tinggi iaitu 4.7 peratus.
Sumber: Agensi
13 comments:

Minyak Ron 97 semakin naik, harap kerajaan akan mengekalkan harga Ron 95.


Kalau minyak Ron 95 juga dinaikkan harga, banyak rakyat miskin akan rasa susah nanti. Harga barangan juga semakin naik, ini akan menambah lagi beban mereka.


nampaknya harga minyak ini akan terus naik.


kenaikan RON95 akan memberi kesan kepada barangan lain kerana ia melibatkan rantaian nilai. jika kenaikan terus dilakukan ia akan membebankan rakyat yang kini dibebani dengan kenaikan harga barang makanan.


Kalo RON95 pun naik juga aiyaaa.. pening2.


diharap kerajaan akan kaji dan pertimbangkan tentang kenaikan harga RON95 ini. kebajikan dan kepentingan rakyat harus diutamakan.


harap kerajaan akan dapat mencari jalan bagi mengelakkan kenaikan dan mengurangkan beban rakyat.


Kerana kenaikan minyak semua barang akan naik. Siapa yang tidak gusar dengan kenyataan menteri perdagangan mengatakan, supaya rakyat tidak terkejut jika berlaku kenaikan pada minyak RON95 nanti.


Jika ada cara yang dapat dilakukan untuk mengelak daripada berlakunya peningkatan sebaiknya cara itu digunakan agar beban tidak hanya kepada rakyat.


Mungkin jika ada cara lain untuk mengurangkan beban rakyat, sila lakukan demikian.


Bikin sesak nafas oo isu ni. Tak lama lagi konpom isu ni meletupsss...


Semoga kerajaan akan mempertimbangkan sebaik mungkin hakl ini sebelum membuat sebarang keputusan.


kenaikan mungkin tidak dapat dielakkan. walaupun kerajaan tetap memberikan subsidi, sampai masanya ia tetap akan ditarik balik.. apa yang perlu dilakukan sekarang ialah menetapkan gaji minimum terhadap semua sektor di negara ini.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails