SUARA BEBAS TUARAN

Islam Sebagai Agama Resmi Tidak Dinyatakan Dalam Perlembagaan?


Syahredzan Johan(gambar kanan) , selaku ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam, dipetik oleh satu laporan laman berita The Malaysian Insider sebagai berkata bahawa tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia bahawa Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak menggariskan bahawa Islam adalah 'agama rasmi' negara ini.
Semelum ini, beberapa kumpulan Melayu-Islam di Malaysia, termasuk pemimpin Umno sendiri, menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara itu mengisytiharkan Islam sebagai 'agama rasmi' dan hanya orang Islam boleh menjadi perdana menteri di negara itu.
  • Syahredzan menyifatkan pandangan akhbar Utusan Malaysia sebagai satu 'tanggapan salah berbahaya' yang boleh membawa Malaysia ke arah rusuhan agama dan sosial.
  • 'Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.
  • 'Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi,' kata Syahredzan kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi kelmarin.
  • Beliau merujuk kepada Artikel 3 Perlembagaan yang menyebut 'agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan' dan menekankan perkataan 'rasmi' tidak ada disebutkan di mana-mana bahagian Perlembagaan itu.
Syahredzan berkata seksyen dalam Perlembagaan itu mesti ditafsir bersama Artikel 11, yang menyatakan setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing, dan tertakluk kepada Klausa (4), yang menyatakan berkaitan agama Islam, ia boleh disebarluaskan.
'Kita kena faham terminologi yang betul untuk digunakan apabila kita bercakap apa sahaja berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan,' kata beliau.
Sumber: The Malaysian Insider, Agensi
11 comments:

Hey I wrote another post on my blog after a long while of hiatus. I added you on Facebook too. XD


Itulah kerajaan perlu memberi amaran kepada Utusan Malaysia supaya tidak lagi memaparkan isu-isu yang akan menimbulkan kontroversi.


mana-mana pihak haruslah mengelak daripada memainkan isu-isu sensetif.


tak kisah agama rasmi atau tidak, yang pasti jgnlah kita nak bangkitkan lagi isu2 keagamaan.


I like the article. Utusan + Perkasa = Racist


Perkara begini tidak sepatutnya berlaku memandangkan telah lama kita mengecapi kemerdekaan dan kontrak sosial yang dibina sebagai pengukuh yang menyokong kestabilan negara selama ini tidak patut dipersoalkan. Perkara yang telah dipersetujui bersama oleh pengasas-pengasas dan pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu tidak patut dipertikaikan lagi.


harap keamanan dan keharmonian negara yang telah dicapai selama ini tidak tergugat dengan timbulnya isu-isu agama seperti ini. sebaiknya, usah diperbesarkan isu ini.


selepas 53 tahun merdeka baru timbul soal kedudukan agama Islam dalam perlembagaan?? jika kerajaan masih memandang remeh perkara ini, kalau tidak memberi kesan kepada BN, mungkin akan memberi kesan kepada perpaduan di malaysia.


Apa pun biarlah agama duduk diam tanpa gangguan politik.


Politicians should never involve religion in their politic.


Religion is a sensitive matter. I hope the politicians will learn not politicize this matter.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails