
Isteri boleh memainkan peranan bagi memajukan pelancongan tempatan dengan mengalakkan keluarga bercuti di dalam negara, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.Beliau berkata golongan isteri boleh mendorong suami dan keluarga mereka untuk kerap bercuti di dalam negara.
Rosmah berkata demikian semasa merasmikan Pesta Negeri Perak di Menara Kuala Lumpur malam ini, yang berlangsung sejak Khamis hingga Ahad depan bagi memperkenalkan kebudayaan, kesenian, permainan dan masakan tradisional serta pelbagai produk negeri itu.- Katanya, bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri itu, strategi dan promosi yang lebih kreatif perlu dilaksanakan.
- Beliau turut menyarankan penggiat industri agar menggunakan keunikan penduduk dan budaya berbilang kaum di negara ini untuk menarik kehadiran pelancong tempatan dan luar negara.
Lain lain hal nya kalau si suami itu terdiri dari orang-orang kenamaan, pegawai kanan kerajaan atau pun ahli perniagaan yang berjaya. kalau suami itu hanya setakat mampu untuk menampung sara hidup harian keluarga nya, macam mana nak bawah keluarga kerap bercuti? Disamping itu, hutang piutang pun perlu ditangani saban hari.


May 3, 2011 10:19 AM
I agree that Malaysians should consider traveling within the country, but in order to boost the tourism sector, the government and tourism ministry should also make our country more attractive to foreign visitors such as improve the cleanliness and safety issues.
May 3, 2011 2:11 PM
selain itu, kebudayaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum merupakan tarikan penting untuk pelancong datang ke negara ini.
May 3, 2011 2:58 PM
Rakyat Malaysia perlu menyokong industri pelancongan negara dengan memilih pusat-pusat pelancongan tempatan sebagai destinasi percutian.
May 3, 2011 3:08 PM
true. very true indeed.
May 3, 2011 3:27 PM
Malaysia is a beautiful country, it be a waste if we as a Malaysians don't explore it.
May 4, 2011 8:30 AM
Malaysia juga mempunyai byk tempat yng cantik dan indah. sebaiknya kita melancong di tempat sendiri, ia lebih jimat dan menenangkan.
May 4, 2011 11:57 AM
tidak semua keluarga mampu melancong walaupun hanya didalam negara.. saranan paling tepat ialah semua rakyat Malaysia boleh memainkan peranan memajukan pelancongan tanpa perlu melancong..
May 4, 2011 3:10 PM
apapun, bersamalah kita kembangkan industri pelancongan negara.
May 4, 2011 3:31 PM
Pilihan pertama untuk melancong adalah dalam negara..
Pilihan kedua pula sama dalam negara..
Pilihan seterusnya barulah ikut kemampuan sendiri.
Rasanya dinegara kita ini mempunyai kawasan dan tempat perlancongan yang sangat banyak. Kata orang banyak pilihan..
May 4, 2011 11:40 PM
Logiknyapun, melanconglah ditempat sendiri dulu. hehhee
May 4, 2011 11:41 PM
Bagaimanapun, s/ada mampu atau tidak keluar melancong yang penting setiap individu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan industri pelancongan berkembang maju.
May 5, 2011 9:04 AM
I think the ministry of tourism could work harder to promote Malaysia to local and foreign travelers.
May 6, 2011 9:42 AM
Berusahalah memasarkan industri pelancongan kita supaya lebih menarik kepada para pelancong.
Post a Comment