
Keadaan di Sabah telah banyak berubah berbanding dengan situasi 40 tahun lalu disebabkan ketika itu (tahun 70-an) rakyat Sabah boleh tidur lena kerana kurang menghadapi masalah; tetapi sekarang kena berjaga-jaga sepanjang masa dihambat pelbagai masalah seperti kes bunuh, rompak, dadah, sosial dan sebagainya yang telah mengancam rakyat Sabah sehingga tidak dapat dibendung lagi. Demekian kata Timbalan Presiden Parti Maju Sabah, Datuk Eric Majimbun, ketika merasmikan Pesta Kaamatan Bahagian Pitas.
“Kita hidup di negeri sendiri dalam keadaan ketakutan seolah-olah kita berada di negeri orang lain. Ini adalah kesan daripada kelalaian pihak berwajib khasnya kerajaan yang memerintah sekarang gagal menjalankan tanggung jawab untuk menjaga keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” kata Eric(gambar kanan) yang bimbang kerana jumlah penduduk Sabah meningkat secara mendadak sehingga melebihi 3.12 juta orang.
Sebelum itu, Datuk Hj. Mohd. Noor Mansor, mantan Menteri Kewangan Sabah menyatakan bahawa di kampung tersebut jelas kelihatan tidak ada apa-apa yang mahu dituai. Malah di Daerah Pitas juga mengalami situasi serupa.
Beliau kesal oleh kerana pada satu ketika dahulu Sabah mempunyai sumber alam yang banyak termasuklah kawasan penanaman padi oleh penduduk kampung yang boleh mendapat tuaian yang membanggakan.
Selanjut nya menurut Mohd Noor, keadaan kawasan tersebut telah banyak berubah kerana kawasan atau tanah orang kampung telah dirampas balik oleh kerajaan dan diberikan kepada syarikat-syarikat besar daripada Semenanjung.- Tanah orang kampung yang telah diusahakan sejak puluhan tahun dan sudah mengeluarkan hasil tidak dipedulikan malahan ada di antaranya dibakar bersama-sama dengan rumah pemilik tanah tersebut, kata nya.
Sumber: SabahKini
Blog Archive
-
▼
2011
(481)
-
▼
May
(44)
- Inflasi Naik Berikutan Kenaikan Tarif Tenaga?
- 3 Ditahan ISA Di Sabah, Terlibat Penyeludupan Manu...
- Perceraian Faktor Utama Penderaan Kanak-kanak?
- Konsert ke8 AF9 Tiada penyingkiran, Fina Mendapat ...
- 58 Kawasan Di Lembah Klang Berisiko Alami Bencana ...
- Kerajaan Nenaikan Kadar Tarif Elektrik?
- Media Menjadi Medan Anti Kesetiaan Rakyat Kepada N...
- Kenaikan Tariff Elektrik, RON95, Diesel Dan LPG Di...
- Pandangan Pakar Teknikal Punca Keruntuhan Tanah Di...
- Kumpulan Syiah Di Serbu, Pemimpin Di Tahan
- Bakar Semangat Perkauman Tidak rasional, Tidak war...
- Kerajaan Perseketuan Bantu Rakyat Miskin Sabah Se...
- Untuk Hadapi PRU-13, UMNO Serapkan 2 Elemen Baru
- Nera Akhir Nya Kecundang, Hanya Lena Kekal Mewaki...
- Tragedi Ngeri Tanah Runtuh Di Hulu Langat, Banyak...
- Muhyiddin Jangkakan PRU13 Getir Bagi BN
- Kerajaan Minta Rakyat Bersama Mengurangkan Subsid...
- TNB Naikkan Kadar Tarif Elektrik Bulan Ini?
- Parti Keadilan Rakyat Diharamkan?
- UMNO Sepangar Labelkan Bloggers Sebagai Komuniti Y...
- Polis Sabah Menahan 'Sultan Sulu Datu Shariful-H...
- Harga Minyak RON95 Naik, Pemuda UMNO Gusar
- Antara Gimik Dan Kebenaran Suara Belia Didengar, D...
- Debat Antara Anwar Dan Najib Sebagai Penentu Keben...
- Keadaan Di Sabah Tidak lagi selamat?
- Kay Meninggal Kan AF9, Lena Dan Nera Dari Sabah T...
- Anak Presiden USBO Di Nobatkan Sebagai Peguam MP...
- Tindakan Yang Keterlaluan Penuntut SMK Raja Abdull...
- Skim Rumah Pertamaku Di Kawasan Pusat Bandar Membe...
- Bajet 2012 Inklusif Untuk Siapa?
- Islam Sebagai Agama Resmi Tidak Dinyatakan Dalam P...
- BN Wujudkan Tabung Dana Khas Hadapi PRU13?
- PRU-13 Tidak Patut Sehingga 2012 ?
- Najib Minta Semua Pihak Tidak Eksploitasi Isu Aga...
- Agenda Menjadikan Kristian Sebagai Agama Rasmi Pe...
- Afif Keluar AF9, Lena dan Nera Dari Sabah Maseh Ke...
- Timbul Atau Tenggelam Nya LDP Bersama BN?
- 42 Juta Penduduk Asia Pasifik Jadi Miskin Akibat ...
- Keraguan Terhadap Penggunaan Bateri Plumbum Berter...
- Kerajaan BN Di Tuduh Memerintah Secara Memisah-Mis...
- Dunia Akan Selamat Dengan Kematian Osama - Najib
- Sebab Hutang, Along Potong Telinga Dan Jari Seoran...
- Isteri Boleh Mainkan Peranan Majukan Pelancongan?...
- Pelajar AF9 'Made In Sabah', Terselamat Dari Pengi...
May 19, 2011 8:45 AM
Terlalu banyak pendatang asing yang suka melakukan jenayah di sini. Mestilah tidak lagi selamat.
May 19, 2011 8:46 AM
Harap pihak polis akan berusaha mengurangkan masalah jenayah dan pihak imigresen akan berusaha menghalang kemasukan pendatang tanpa izin.
May 19, 2011 9:56 AM
Pihak yang berkuasa perlu mempertingkatkan tahap keselamatan & memperbaiki kelemahan2 yang sudah sedia maklum.
May 19, 2011 10:13 AM
tidak dinafikan keadan di sabah sekarang jauh berbeza dgn masa dulu. kini byk masalah sosial dan jenayah berlaku yang merisaukan penduduk.
May 19, 2011 10:28 AM
usaha untuk membendung masalah PATI yang juga membawa kepada pelbagai jenayah harus dilakukan dengan lebih banyak lagi.
May 19, 2011 10:29 AM
semua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan setiap masalah yang timbul.
May 19, 2011 10:38 AM
warga asing semakin mendominasi penduduk di Sabah dan semakin banyak juga masalah yang timbul sehingga menggugat keselamatan rakyat Sabah.
May 19, 2011 10:43 AM
dulu pembangunan tidak pesat tetapi sekarang pembangunan yang pesat semakin dituntut. syarikat-syarikat pemaju juga semakin rakus melakukan pembangunan sehingga tanah penduduk juga dikebas. hak rakyat semakin diketepikan.
May 19, 2011 1:04 PM
Ini kerana faktor utama adalah PATI. Harap PATI dapat ditangani. Selagi PATI berleluasa selagi itulah kita akan menghadapi masalah demikian.
May 19, 2011 1:07 PM
Harap kawalan keselamatan penduduk Sabah terjamin. Memang benar apa yang dikatakan oleh artikel ini. Jika dibandingkan dulu kita boleh lagi guna tingkap rumah biasa. Tapi sekarang tidak lagi, perlu ada besi untuk mengelak pecah rumah. Itulah perbezaan yang boleh diberikan sedikit dulu dan sekarang.
May 19, 2011 2:44 PM
Setiap tempat tidak akan kekal sama sepanjang masa. Itu hakikat yang kita kena tahu dan hadapi.
May 19, 2011 2:45 PM
Itulah sebabnya kita memerlukan lagi banyak polis untuk melakukan rondaan setiap detik masa.
May 20, 2011 12:00 AM
Keadaan di Sabah memang bikin takut. Saya sendiri pun tidak berani jalan sendiri. huhu
May 20, 2011 12:02 AM
Sebelum orang tempatan pula yang takut hisup di negeri sendiri, pihak berkuasa harus lipat gandakan usaha memantau tahap keselamatan.
May 20, 2011 12:03 AM
Kaji faktor utama yang mendorong kepada senario ini dan buatlahg apa yang patut.
May 20, 2011 8:38 AM
kebanyakkan kes2 jenayah adalah dilakukan oleh pendatang asing. kehadiran mereka byk mengancam penduduk tempatan. dahulu semasa mereka tiada, kita hidup dalam keadaan selamat.
May 20, 2011 12:10 PM
ramai PATi membanjiri sabah..jika kita berjalan di kK kita juga akan merasa was-was kerana kemungkinan akan menjadi mangsa rompak/ragut..
May 20, 2011 12:11 PM
kejadian rompakan di inanam yang mana telah mengorbankan seorang nyawa penduduk tempatan menyemarakan rasa marah kepada PATI..kerajaan harus mencari jalan penyelesaian yang berkesan untuk menangani isu PATI di sabah.
May 20, 2011 12:12 PM
diharap kerajaan akan menterjemah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dengan penyelesaian kepada isu PATI.
May 20, 2011 1:50 PM
bukannya kerajaan tidak melakukan apa2.. cuba Eric lihat sendiri statistik Jabatan Imigresen.. dari operasi pertama hingga ke hari ini sudah berapa ramai PATI yang berjaya dihantar pulang. jumlahnya mencecah ratusan ribu.. awal tahun ini juga mereka telah menggandakan operasi kepada 2 kali seminggu.. ini menunjukkan kerajaan juga bersungguh2 menyelesaikan masalah ini.
May 20, 2011 1:55 PM
mungkin Eric patut turut serta menangkap PATI di ladang2, hutan, kebun dan sebagainya.. dengan cara ini barulah kita nampak bahawa Eric benar2 serius mahu menyelesaikan masalah ini...
May 20, 2011 1:57 PM
Sabah tetap akan menjadi tumpuan PATI selagi kawalan perairan dan sempadan kita longgar, lebih2 lagi dengan kedudukan Sabah yang terlalu hampir dengan negara jiran sehingga membolehkan mereka memasuki negeri ini hanya dalam masa 30 minit.
Post a Comment