Baru-baru ini, kerajaan telah menerima bahawa Bateri Asid Plumbum yang digunakan di bawah program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Malaysia adalah selamat digunakan kerana telah mematuhi piawaian/spesifikasi antarabangsa seperti berikut:
- Piawaian Prestasi oleh IEC 896-1
- Piawaian Saiz dan Kapsiti oleh DIN40736
- Piawaian Pengeluar oleh UN2794MSDS
Piawaian yang sama juga digunakan oleh pihak berkuasa untuk menentukan sama ada ianya selamat dan boleh digunakan semasa proses mengeluarkan tender atau pemberian kontrak pemasangan.- Disamping itu, dikatakan KKLW sentiasa mencari dan menggunapakai kaedah yang selamat, berkesan (tenaga elektrik 24 jam) dan tanpa melibatkan pembaziran wang Kerajaan dalam penyediaan kemudahan kepada rakyat.
Walau macam mana pun, maseh terdapat golongan tertentu tidak merasa selesa dengan pengguna skim tersebut. Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu mempersandarkan kepada KERAJAAN Malaysia agar menentukan dasar berhubung Teknologi Hijau kerana mengelirukan rakyat jelata dan kementerian tertentu sehingga membuat tafsiran mengikut pandangan peribadi sendiri demi menyelamatkan diri mereka daripada dituduh sebagai Penjenayah Alam Sekitar.
Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas kenyataan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bertajuk ‘Bateri Asid Plumbum KKLW Tepati Piawaian’ yang dilihat cuba memperdaya masyarakat celik internet di Malaysia untuk menerima ‘kezaliman’ yang mereka lakukan selama ini.- “Sampai bila mereka mahu memperbodohkan masyarakat Sabah untuk menerima bateri beracun yang telah diharamkan di seluruh dunia dan piawai yang mereka katakana tersebut adalah reka bentuk dan bukannya keselamatan bateri berkenaan,” ujar Patrick yang akan menghantar surat bantahan rasmi berhubung kenyataan mengelirukan tersebut yang dibuat secara tidak professional.
- Dalam hal ini kata Patrick, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjalankan siasatan terhadap semua kontrak runding terus Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) kerana harganya antara tiga atau lima kali ganda daripada harga pasaran.
Disamping itu, beliau bertanya di mana mereka akan buang sisa-sisa bateri yang sudah terpakai nanti. Kerana hingga setakat ini, Sabah dan Sarawak maseh belum mempunyai pusat pelupusan bateri plumbum, kata beliau.
"Mustahil menteri dari Sabah ini tidak tahu atau berpura-pura lupa?,” kata Patrick yang meminta kerajaan negeri memantau kegiatan KKLW menimbun bateri asid plumbum di Sabah dan mengkisahkan ‘Hikayat 1001 Malam’ untuk mengaburi mata rakyat Sabah.



May 5, 2011 8:40 PM
Katakan TIDAK kepada Mutalib M.D.
http://shafieapdalproblog.blogspot.com/2011/05/kata-tidak-kepada-mutalib-md.html
MARI KITA MENGADAKAN LINK EXCHANGE KALAU SUDI!
May 6, 2011 9:39 AM
Sebaiknya hentikan penggunaan Bateri Asid Plumbum serta merta.
May 6, 2011 10:16 AM
sebaiknya jika kita menggunakan sumber tenaga yang benar-benar selamat dan mesra alam agar tidak menimbulkan sebarang keraguan lagi.
May 6, 2011 10:17 AM
apa pun, pekara ini haruslah diberikan perhatian yang sewajarnya agar semua persoalan akan terjawab.
May 6, 2011 10:30 AM
ramai yang ragu kerana bateri plumbum dikatakan merbahaya terhadap kesihatan kita. jika ia benar merbahaya, lebh baik hentikan sahaja penggunaannya.
May 6, 2011 11:13 AM
penerangan sudah diberikan.terpulang kepada individu yg masih ragu-ragu itu.
May 6, 2011 11:19 AM
semua perkara itu ada kebaikan dan keburukannya.apa yang penting pengguna tahu untuk mengendalikannya dengan baik agar tidak membawa kesan yg sangat merbahaya terhadap diri dan juga alam sekitar.
May 6, 2011 11:31 AM
I'm not so sure about the use of lead acid battery.
May 6, 2011 11:34 AM
If it harms the people's health, it better not be used.
May 6, 2011 2:14 PM
Lagi baik kalau masalah ini dapat diperjelaskan sebaiknya. Plumbum itu apa dan kebaikkan dan keburukkannya kepada penguna. Jangan pentingkan diri sendiri.
May 6, 2011 2:15 PM
Gunakanlah sumber tenaga yang lebih selamat. Jika plumbum tidak selamat, penggunaan perlu dihentikan.
May 6, 2011 3:28 PM
demi keselamatan orang ramai, hentikan penggunaan plumbum.
May 6, 2011 5:51 PM
penggunaan bateri asid plumbum harus dihentikan..ianya memudaratkan kesihatan..
May 6, 2011 5:52 PM
lagipun bateri tersebut tidak mesra alam..
May 7, 2011 8:06 AM
sudah kah kementerian kesihatan menjalankan ujian kesihatan terhadap penduduk kampung serta pelajar2 yang terdedah dengan pencemaran plumbum ini?
May 7, 2011 8:10 AM
rakyat tetap akan rasa ragu walau apapun penjelasannya selagi tidak dibuktikan bahawa bateri ini selamat digunakan. malah dimana bateri ini akan dilupuskan pun masih tidak dijawab oleh pihak yang berkenaan.
May 8, 2011 10:19 PM
Hentikan saja penggunaan Bateri Plumbum, senang cerita:P
May 8, 2011 10:20 PM
Pihak yang bertanggunjawab haruslah mengambil tidakan segera dalam perkara ini.
May 9, 2011 9:44 AM
Sudah pernah ada kajian yang dibuat terhadap Bateri Plumbum, ia disahkan bahawa tidak selamat digunakan.
May 10, 2011 9:42 AM
Hope that the government will stop the usage of lead batteries.
Post a Comment