SUARA BEBAS TUARAN

Kerajaan BN Di Tuduh Memerintah Secara Memisah-Misah?


Baru-baru ini, Datuk Seri Najib pada hujung minggu lalu dilapurkan memberi amaran kepada masyarakat Cina agar mereka mengundi MCA jika mereka masih mahukan perwakilan dalam Putrajaya.
Sudutan dari itu, para pemimpin Cina di Malaysia menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan dasar 'memerintah secara memisah-misah' selepas Perdana Menterinya, Datuk Seri Najib Tun Razak, memberitahu masyarakat itu supaya mengundi Persatuan Cina Malaysia (MCA) atau menghadapi risiko kehilangan perwakilan di Putrajaya.
  • Para pemimpin itu(gambar kiri) menegaskan bahawa parti- parti politik lain dalam BN, yang bukan berasaskan kaum Cina, masih boleh juga membela kepentingan masyarakat Cina.
  • Sama ada kami mempunyai kaum Cina dalam kerajaan atau tidak bukanlah sesuatu yang penting,' kata naib presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), Ser Choon Ing, kepada laman berita, The Malaysian Insider, kelmarin.
  • 'Kami mahukan seseorang yang boleh berusaha untuk masyarakat Cina. Walaupun mereka itu orang India atau Melayu; jika mereka boleh berusaha demi kepentingan kaum Cina, kami tidak kisah,' kata beliau.
  • 'Kaum Melayu atau India masih boleh memperjuangkan nasib kaum Cina atau kaum Cina memperjuangkan nasib kaum India... tidak semestinya kaum Cina dalam Kabinet akan memperjuangkan nasib kaum Cina,' kata Ser Choon Ing.
  • Para pengamat memberi amaran bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib menghadapi risiko kehilangan sokongan masyarakat Cina jika ia terus menunjukkan isyarat bercampur-campur mengenai dasar-dasarnya kepada pengundi di seluruh Malaysia.
Mereka percaya bahawa sedang Datuk Seri Najib memperkatakan tentang keterangkuman menerusi konsep '1Malaysia' beliau, tindakannya dalam mengajukan kata dua kepada masyarakat Cina untuk mengundi MCA dalam pilihan raya umum akan datang itu, di samping pendirian Umno yang keterlaluan berpihak kepada masyarakat Melayu, tidak akan dapat menambat hati masyarakat Cina.
Sumber: Agensi
18 comments:

If Najib really wanted 1 Malaysia to work, maybe he should abolish all race based parties and form 1 Party that aims to protect the rights of all Malaysians.


Since Chinese nowadays no longer depend only on MCA to look after their rights, Indians don't necessary turn to MIC and not all Malays vote UMNO. So it should be ok to form 1 party.


setiap parti perlu berjuang bukan untuk kaum sendiri melainkan berjuang untuk menjaga kepentingan semua kaum di Malaysia.


jika parti-parti di Malaysia mengamalkan dasar 'memerintah secara memisah-misah', ia tidak lari dari sejarah pemerintahan British yang mengamalkan dasar pecah dan perintah yang akhirnya mengundang kepada Peristiwa 13 Mei. rakyat sudah pasti tidak menginginkan peristiwa seperti ini berulang lagi.


pada saya apa yang penting adalah, kepentingan dan kebajikan semua rakyat harus dijaga dengan sebaiknya.


apa pun, setiap orang ada pilihan masing-masing..


"Baru-baru ini, Datuk Seri Najib pada hujung minggu lalu dilapurkan memberi amaran kepada masyarakat Cina agar mereka mengundi MCA jika mereka masih mahukan perwakilan dalam Putrajaya."


Terpulang kepada masyarakat cina.


Saya harap Najib tidak main paksa masyarakat cina untuk mengundi MCA. MCA kenalah berusaha sendiri untuk mendapat sokongan masyarakat Cina dengan mengambil perhatian isu2x yg dihadapi masyarakat cina dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.


Hanya Salah faham. Mungkin cara penyampaian lain dan disalah tafsirkan. Tidak mungkin seseorang pemimpin negara ingin merosakkan imejnya dengan mengatakan sesuatu yang tidak profesional.


Tapi apapun rakyat kena menilai dengan baik dan jangan mudah terpengaruh dengan penyebaran sesuatu yang belum sahih kebenarannya.


laksanakan keadilan dalam pemeritahan.


May be juz misunderstanding. But your vote is your rights.


apa guna 1 Malaysia kalau pemerintahan berpisah-pisah. Kita percaya BN tetap bersatu.


hak untuk mengundi adalah hak mutlak individu yang sudah berdaftar..mereka berhak untuk emngundi siapa yang dirasakan sesuai..oleh itu, tindakan kata dua dari najib adalah kurang bijak dan menyimpang jauh dari konsep 1Malaysia..


sokongan kaum Cina kepada BN pasti akan menurun berikutan perkembangan terbaru ini..najib seharusnya menggunakan pendekatan memujuk dan bukannya memaksa..

apakah malaysia bukan negara demokrasi?


Mungkin ada pihak yang salah faham. Jika ia bagaimana pula dengan PR??DAP memerintah pulau pinang, PAS kelantan..Bukankah itu berpisah?Janganlah fikir sebelah pihak saja. Baik lagi BN daripada PR saya rasa.


bila tidak ada seorangpun wakil kaum Cina di Puterajaya, pasti pembangkang dan penyokongnya akan cakap kerajaan tidak memberi peluang kepada kaum itu.. jadi dalam hal ini apa sahaja langkah yang diambil adalah salah..


Kerajaan BN perlu berusaha lagi untuk memerintah negara kita.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails