

Kerajaan menjangkakan jumlah subsidi tahun ini akan meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu iaitu daripada RM10.3 bilion kepada RM20.58 bilion berikutan kenaikan harga minyak dunia.Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata kenaikan itu terlalu besar dan tiada kerajaan lain di dunia yang sanggup menanggung beban peningkatan yang mendadak itu.
Beliau mengulas kebimbangan rakyat terutama di luar bandar terhadap kemungkinan kenaikan harga barangan berikutan langkah mengkaji semula pemberian subsidi termasuk bagi petroleum RON95.- Katanya hasil kajian dan langkah mengatasinya akan diumumkan sebaik sahaja kerajaan menerima maklum balas daripada agensi-agensi kerajaan terbabit yang diarah membuat kajian mengenainya.
Dalam berhadapan dengan fenomena ini, Awang Adik menekankan bahawa rakyat haruslah bersama kerajaan dalam usaha mengurangkan jumlah subsidi yang semakin meningkat ini. Katanya kerajaan akan mengkaji secara terperinci agar sebarang keputusan bagi mengurangkan subsidi tidak membebankan rakyat golongan miskin.
Sebelum itu , Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa walaupun subsidi perlu tetapi hanya untuk sektor yang utama sahaja dan dasar telah dikuatkuasakan untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat mengikut sektor tertentu.Sumber: Agensi



May 21, 2011 9:16 AM
jika nak kurangkan subsidi, pastikan rakyat tidak menghadapi bebanan hidup yang amat berat.
May 21, 2011 9:17 AM
Inflasi bakal tiba
May 21, 2011 9:28 AM
penjimatan perlu dilakukan termasuklah perbelanjaan oleh pihak kerajaan sendiri.
May 21, 2011 9:29 AM
sebarang keputusan yang dibuat pastikan suara rakyat didengari..
May 21, 2011 9:30 AM
sebarang keputusan yang dibuat pastikan suara rakyat didengari..
May 21, 2011 9:58 AM
Kerajaan harus bijak menangani masalah ini.
May 21, 2011 10:42 AM
bagaimana rakyat membantu mengurangkan subsidi?
May 24, 2011 8:45 AM
kerajaan juga patut mencari jalan bagaimana mengembalikan kuasa beli rakyat kesan dari kenaikan harga petrol ini. mungkin kenaikkan seperti ini tidak boleh dielak sebagaimana yang turut dialami di negara2 lain. tapi itu bukanlah alasan untuk kerajaan mengabaikan pekerja yang memperolehi pendapatan bulanan kurang dari rm1000 sebulan di negara ini..
May 25, 2011 10:30 AM
Signs of inflation coming our way.
May 25, 2011 10:36 AM
Government should come up with an effective way wto lighten the burden of the people.
May 25, 2011 10:37 AM
Don't let the people down!
May 25, 2011 11:12 AM
The government should consider the difficulties that the hardcore poor will feel if all subsidies are abolished. At the least, the government could implement the minimum wage policy.
Post a Comment