SUARA BEBAS TUARAN

Najib Minta Semua Pihak Tidak Eksploitasi Isu Agama

Labels:

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menggesa semua pihak supaya bertenang dan tidak mengeksploitasi isu agama yang sedang dilaporkan media Malaysia.
“Tolong bertenang sehingga kami mencari faktanya. Ia (mengeksploitasi) tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa pun. Siapa saja sama ada pembangkang atau pro kerajaan, mereka tidak boleh dan tidak sepatutnya mengeksploitasi isu ini,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas Sidang Kemuncak Asean ke-18 di sini hari ini.
  • Perdana Menteri yang diminta mengulas isu mengenai adanya pihak sedang berusaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia, berkata kerajaan akan menyiasat terlebih dahulu perkara itu dan semua pihak tidak harus membesarkan cerita kerana ia boleh menjadi api dalam sekam.
  • Kalau kita tak bendung, ia boleh menjadi unsur polarisasi yang serius dalam masyarakat kita,” katanya.
Najib berkata, agama adalah perkara yang sensitif dan semua pihak dalam negara mesti menjaga keadaan supaya tidak ada sesuatu yang boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat.
“Malaysia berpegang kepada peruntukan Perlembangan, maknanya Islam ialah agama rasmi Malaysia dan di samping itu agama lain bebas dianuti.
  • “Ini adalah prinsip penting yang telah dijadikan sendi utama dalam pembentukan negara Malaysia yang tidak boleh dipersoalkan.
  • “Kalau ada sesiapa yang cuba menggugat ketenteraman negara, kita tak akan benarkan perkara ini berlaku sebab yang penting ialah keharmonian dalam negara kita,” katanya.
Sumber: BERNAMA
18 comments:

Najib patut ambil tindakan yang lebih tegas terhadap mereka yang mengeksploitasi isu agama.


mana-mana pihak pun tidak harus memainkan isu yang berkaitan agama.


isu yang timbul haruslah ditangani dengan sebaiknya.


isu agama begitu sensitif, jgnlah kita nak mengekploitasi isu ini.


perkara ini harus disiasat dan diselesaikan dengan baik.


Isu agama merupakan isu sensitif untuk negara kita. Maka janganlah mainkan isu agama demi kepentingan diri sendiri.


Isu ini perlu & harus diselesaikan


Salam 1 Malaysia kepada pembaca blog..
Bagi seseorang politik tidak semestinya mengaitkan perihal agama dalam politiknya. Kerana bila politik bercampur aduk dengan agama maka kepentingan sesuatu agama itu akan lari. Kerana Politik dan agama merupakan satu perkara yang berbeza. Seperti PAS, memperjuangkan agama. Tapi perlu ingat, negara kita ini mempunyai pelbagai jenis kepercayaan dan agama masing-masing. Jadi tidak sesuai untuk memperjuangkan satu perkara saja iaitu agama. Yang perlu adalah kepentingan dan keperluan rakyat kita. Hak mereka yang perlu kita perjuangkan.


May this matter settle in a good way.


Everyone should stay calm.


ibarat mencurahkan air ke daun keladi.. isu ini tetap akan diexploitasi walau macam mana sekalipun nasihat dari PM.


Perdana Menteri perlu memandang serius masalah seperti ini bagi mengelakkan ketegangan antara kaum lebih2 lagi ketika Pilihanraya umum semakin hampir. memandang serius bukan sekadar bercakap, malah bertindak tegas terhadap mana2 pihak yang cuba menimbulkan konflik perkauman..


jgn jejaskan keharmonian negara kita kerana perkara sebegini.


Ya betul tu. Janganlah kita jadikan agama sebagai satu isu..


Kita harus matang dan berusaha menjaga keharminian yang ada - bukan sebaliknya. huhu


Salam kalian,

Untuk isu yang diwar-warkan di Semenanjug Malaysia ini, teringat saya kesah nostalgia yang seakan-akan sinonim dengan perkara ini. Ketika itu saya bertugas di daerah Tambunan sebagai Pembantu kejuruteraan JKR daerah Tambunan pada awal tahun 80 puluhan.

Ketika itu, berlaku insiden yang mengaitkan ketua-ketua gereja yang dikatakan mencampuri urusan politik negeri sabah di bawah pemerentahan parti BERJAYA yang di ketuai oleh Datuk Harris Salleh. Sehinggakan banyak dari Father/Pastor yang di datang dari luar negara saperti Holland dan USA telah diperentahkan keluar dari negeri ini.

Ketika itu, protes demi protes telah disuarakan oleh penduduk beragama kristian. Namun kerana kuasa ‘ala-ala kuku besi’ ditangan kerajaan masa itu, tiada apa yang mereka dapat lakukan selain dari memendam rasa dendam serta kebencian terhadap kerajaan pemerentah.

Justeru itu, Datuk Pairin Kitingan (Menteri Kerajaan Tempatan pada masa itu) dan lain-lain pemimpin kristian yang lain (termasuk beberapa orang pemimpin Islam Sabah yang tidak sealiran dengan Harris) telah keluar dari parti yang mereka bendungkan selama itu.

Sebelum penubuhan parti PBS, pemimpin ‘renegades’ ini telah memasuki beberapa parti tempatan saperti parti pasok momugan, Kemas dan sebagai nya. Sehingga lah parti PBS di tubuhkan dengan resmi nya selepas itu.

Dalam pada itu, daerah Tambunan di perentah tutup dan segala hal ehwal pengurusan pentadbiran negeri nya diserahkan kepada urusetia di keningau…Sungguh menyayat hati.

Namun, saya tidak dapat menikmati segala 'trill' yang di alami oleh sahabat-sahabat saya di Tambunan dan di Sabah khas nya masa itu, kerana sebelum nya, Datuk Pairin mencadangkan agar saya melanjutkan pelajaran saya di USA. Dalam pada yang sama, saya telah menyahut cabaran itu dan meneruskan pempelajaran saya di Ohio, USA.

Akhir nya, tiga bulan selepas itu, kerajaan Berjaya ditumbangkan oleh PBS. Seterus nya Datuk Pairin di mandatkan sebagai Ketua Menteri… The rest is just a history


Hope that religious issues will not happen in our beloved Sabah.


Kerajaan sepatutnya memberi amaran kepada mereka yang sengaja menimbulkan kontroversi berkaitan dengan agama dan perkauman.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails