
Kes penderaan kanak-kanak di negara ini yang dilaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun lepas meningkat kepada 2,961 kes berbanding 2,789 kes pada 2009. Jumlah pasangan Muslim yang bercerai menunjukkan peningkatan yang membimbangkan iaitu 27,116 kes pada 2009 berbanding 22,289 kes pada tahun sebelumnya.
Manakala jumlah kes perceraian pasangan bukan Muslim pula menunjukkan penurunan iaitu 3,633 kes pada 2008 berbanding 2,938 kes pada tahun 2009, demekian menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie.
Kata beliau, perceraian ibu bapa menjadi faktor utama berlakunya kes penderaan kanak-kanak yang menunjukkan trend peningkatan di negara ini.
Menurut Heng, perceraian yang tak diurus dengan baik akan memberi implikasi kepada kanak-kanak seperti berlakunya pengabaian, peminggiran dan penderaaan. Ini kerana pendera iaitu ibu atau bapa biasanya rasa tertekan dan melepaskan geram mereka kepada anak-anak.“Selain daripada itu, anak-anak menjadi mangsa perebutan antara ibu dan bapa dan keadaan akan menjadi lebih buruk lagi sekiranya pihak kedua-dua belah keluarga turut campur tangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Kanak-kanak 2011 bertemakan ‘Suara Untuk Perubahan’, kelmarin.
Heng berkata kerajaan melalui kementerian itu telah mengambil inisiatif menggubal Dasar Keluarga Negara (DKN) pada Mac lepas bagi memantapkan lagi institusi kekeluargaan di negara ini.- Katanya, DKN merupakan panduan utama kepada semua pihak supaya mengarusperdanakan perspektif keluarga dalam perundangan, dasar, prosedur, peraturan dan program pembangunan secara keseluruhan.
Sumber: Agensi
Blog Archive
-
▼
2011
(481)
-
▼
May
(44)
- Inflasi Naik Berikutan Kenaikan Tarif Tenaga?
- 3 Ditahan ISA Di Sabah, Terlibat Penyeludupan Manu...
- Perceraian Faktor Utama Penderaan Kanak-kanak?
- Konsert ke8 AF9 Tiada penyingkiran, Fina Mendapat ...
- 58 Kawasan Di Lembah Klang Berisiko Alami Bencana ...
- Kerajaan Nenaikan Kadar Tarif Elektrik?
- Media Menjadi Medan Anti Kesetiaan Rakyat Kepada N...
- Kenaikan Tariff Elektrik, RON95, Diesel Dan LPG Di...
- Pandangan Pakar Teknikal Punca Keruntuhan Tanah Di...
- Kumpulan Syiah Di Serbu, Pemimpin Di Tahan
- Bakar Semangat Perkauman Tidak rasional, Tidak war...
- Kerajaan Perseketuan Bantu Rakyat Miskin Sabah Se...
- Untuk Hadapi PRU-13, UMNO Serapkan 2 Elemen Baru
- Nera Akhir Nya Kecundang, Hanya Lena Kekal Mewaki...
- Tragedi Ngeri Tanah Runtuh Di Hulu Langat, Banyak...
- Muhyiddin Jangkakan PRU13 Getir Bagi BN
- Kerajaan Minta Rakyat Bersama Mengurangkan Subsid...
- TNB Naikkan Kadar Tarif Elektrik Bulan Ini?
- Parti Keadilan Rakyat Diharamkan?
- UMNO Sepangar Labelkan Bloggers Sebagai Komuniti Y...
- Polis Sabah Menahan 'Sultan Sulu Datu Shariful-H...
- Harga Minyak RON95 Naik, Pemuda UMNO Gusar
- Antara Gimik Dan Kebenaran Suara Belia Didengar, D...
- Debat Antara Anwar Dan Najib Sebagai Penentu Keben...
- Keadaan Di Sabah Tidak lagi selamat?
- Kay Meninggal Kan AF9, Lena Dan Nera Dari Sabah T...
- Anak Presiden USBO Di Nobatkan Sebagai Peguam MP...
- Tindakan Yang Keterlaluan Penuntut SMK Raja Abdull...
- Skim Rumah Pertamaku Di Kawasan Pusat Bandar Membe...
- Bajet 2012 Inklusif Untuk Siapa?
- Islam Sebagai Agama Resmi Tidak Dinyatakan Dalam P...
- BN Wujudkan Tabung Dana Khas Hadapi PRU13?
- PRU-13 Tidak Patut Sehingga 2012 ?
- Najib Minta Semua Pihak Tidak Eksploitasi Isu Aga...
- Agenda Menjadikan Kristian Sebagai Agama Rasmi Pe...
- Afif Keluar AF9, Lena dan Nera Dari Sabah Maseh Ke...
- Timbul Atau Tenggelam Nya LDP Bersama BN?
- 42 Juta Penduduk Asia Pasifik Jadi Miskin Akibat ...
- Keraguan Terhadap Penggunaan Bateri Plumbum Berter...
- Kerajaan BN Di Tuduh Memerintah Secara Memisah-Mis...
- Dunia Akan Selamat Dengan Kematian Osama - Najib
- Sebab Hutang, Along Potong Telinga Dan Jari Seoran...
- Isteri Boleh Mainkan Peranan Majukan Pelancongan?...
- Pelajar AF9 'Made In Sabah', Terselamat Dari Pengi...
June 1, 2011 2:01 PM
jgnlah mendera kanak2.
June 1, 2011 2:01 PM
penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab. harap pekara ini dapat dibendung.
June 1, 2011 2:33 PM
Boleh dijadikan salah 1 sebab faktor penderaan.
June 1, 2011 2:59 PM
diharap kes perceraian akan berkurangan dari tahun ke tahun. pasangan perlu berusaha untuk mempertahankan rumahtangga mereka dan berfikir rasional dan bijak demi untuk masa depan anak-anak mereka.
June 3, 2011 9:40 AM
The parents should be more responsible. Don't vent out your anger on the children, its not their fault.
June 3, 2011 9:44 AM
Spouse that are having trouble in marriage should consider getting counseling before getting a divorce. Single parent and their children should also be given support and counseling to cope with divorce or others.
June 3, 2011 11:29 AM
kes penderaan kanak2 adalah tanggungjawab bersama.. laporkan sahaja jika berlaku kejadian seumpama ini disekitar anda..
June 6, 2011 8:34 AM
Jadi janganlah menjadikan anak-anak mangsa melepaskan geram atas penceraian dan tekanan yang berlaku.
Post a Comment