SUARA BEBAS TUARAN

Polis Sabah Menahan 'Sultan Sulu Datu Shariful-Hashim II'

Labels:

Polis telah menahan Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad yang pada Februari lepas membuat pengisytiharan sebagai Sultan Sulu yang menguasai wilayah di Selatan Filipina.
Beliau telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin. Majistret Noorhafizah Mohd Salim mengeluarkan perintahan tahanan reman selama tujuh hari bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.
Noorhafizah mengeluarkan perintah tersebut selepas mendengar permohonan yang dibuat oleh ASP Azizul Mansor di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Polis mengambil tindakan menahan Akjan untuk membantu mereka menjalankan siasatan ekoran beberapa laporan polis yang dibuat ke atasnya selepas majlis pertabalan yang dijalankan ke atasnya sebagai Sultan Sulu, Februari lepas di Kampung Likas dekat sini.
Pada majlis pertabalan itu 2 Februari lepas, beliau kononnya telah dimasyurkan sebagai Sultan Sulu yang ke-33 di hadapan lebih 60 orang tetamu.
Sumber: Agensi
19 comments:

Harap tindakan tegas akan dikenakan terhadapnya.


Walaupun Mohd Akjan pernah ditahan di bawah ISA, tapi nampaknya masih tidak cukup tegas lagi.


bgslah da sudah ditahan. ambil tindakan tegas terhadapnya. dia telah menghina kedaulatan negara kita.


bagaimana Akjan boleh mempunyai dua kewarganegaraan?


individu seperti Akjan boleh menggugat keselamatan negara. dia perlu dikenakan tindakan yang lebih berat kerana beberapa kes berat yang telah dilakukannya.


harap kes ini akan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan tindakan yang sewajarnya akan diambil..


kes ini sudah menjadi perhatian umum dan ramai yang mengikuti perkembangan kes ini.


Baguslah kalau datu Akjak tertangkap. Harap beliau dapat memberikan maklumat berkaitan dengan pertabalan sultan sulu tersebut.


Akhirnya Akjan tertangkap. Selama ini menghilangkan diri dari kediamannya sebelum ini.


Semoga penahanan beliau ini akan dapat membantu menyelesaikan kes beliau.


Jika beliau didapati bersalah jangan teragak2 untuk menjatuhkan hukuman kepada beliau.


Baguslah kalau sudah kena tahan. Saya pun tidak sabar mahu tahu perkembangan kes ini.


Harap kes ini akan berjalan lancar dan membongkar segala kebenaran.


Semoga hal ini akan selesai segera dan jika Akjan disabitkan bersalah kenakanlah hukuman setimpal.


tindakan tegas dan hukuman berat harus dikenakan terhadap Akjan.


dikatakan bahawa Akjan memiliki dua kewarganegaraan..bagaimana dia mendapat kewarganegaraan malaysia?


dengar2 Akjan juga antara mastermind projek IC di sabah..


siasat betul2 dan jangan biarkan dia terlepas kali ini..


Hope that action will be taken against him.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails