
Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pilihan raya umum tidak patut diadakan sehinggalah sekurang-kurangnya tahun 2012."Kerajaan mempunyai masa. Saya fikir ia boleh berlanjutan sehingga 2012," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai spekulasi pilihan raya umum ke-13 diadakan November tahun ini. Dr Mahathir berkata ramai orang masih tidak memahami akan ‘keadaan Malaysia’.
- "Kita mesti menjelaskan kepada mereka akan keadaan unik ini supaya mereka boleh memilih calon yang baik. Tetapi kita masih mendapati puak pelampau yang masih tidak memahami demokrasi dan mengajukan permintaan yang bukan-bukan," katanya.
- "Pada masa ini, mereka yang bersikap perkauman sedang memainkan isu-isu yang menjurus kepada perpecahan rakyat. Anda perlu mengurangkan peranan mereka yang bersifat perkauman dan ekstremis ini."
Dr Mahathir berkata terdapat sesetangah orang yang begitu fanatik dan membuta tuli menyokong pemimpin yang kurang baik. Kata nya, orang ramai mestilah berupaya untuk melihat pemimpin yang kurang baik dan pemimpin yang baik. Itu sebabnya kenapa rakyat perlukan masa.Namun begitu, kata beliau, jika keadaan sangat baik dan Barisan Nasional (BN) yakin menang, ketika itulah masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum.
- Dr Mahathir berkata beliau berpandangan sedemikian berikutan keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lepas.
- Beliau berkata adalah wajar bagi kerajaan untuk tidak menamatkan tempoh mandatnya sehingga ke saat akhir sebagaimana yang dilakukan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
- Apabila kerajaan mengadakan pilihan raya setelah tempoh mandatnya, elemen kejutan pastinya hilang, kata Dr Mahathir.
- Dr Mahathir kemudian menyampaikan syarahan sempena mesyuarat tahunan kelapan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia.
Terdehulu dari itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11.Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada 11 November tahun ini (11.11.11).
Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas di Kuala Lumpur.
Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas di Kuala Lumpur.
Sumber: Bernama



May 10, 2011 8:49 AM
kena pastikan benar bersedia barulah adakan PRU. masih ada masa lagi.
May 10, 2011 9:02 AM
tidak tahu lagi bilakah PRU akan diadakan nanti.
May 10, 2011 9:03 AM
apa pun tidak kira kepada mana-mana parti, sentiasalah bersedia agar jentera yang mantap akan dapat disediakan.
May 10, 2011 9:30 AM
We shall just wait for official declaration from the PM.
May 10, 2011 9:35 AM
Tapi apa yang saya lihat kaum melayu la yang utama memberi tekanan perkauman. Lihat sajalah kes2 yang berlaku disekolah baru2 ini, ianya bermula dari mereka yang berbangsa melayu. Sepatutnya mereka memberi contoh yang baik kepada semua dan bukannya bertindak diluar kawalan.
May 10, 2011 9:38 AM
tunggu sehingga keadaan negara reda dari isu-isu perkauman dan perselisihan..
May 10, 2011 9:38 AM
Pilihanraya akan diadakan tidak kira cepat atau lambat, tetapi semua harus bersedia dan teruskan usaha untuk terus berkhidmat kepada rakyat.
May 10, 2011 9:51 AM
Kenapa pula tidak patut 2012??Itu terpulang dengan PM untuk memberikan keputusan untuk PRU13 akan datang. 2011 atau 2012 atau 2013 itu biar PM yang umumkan.
May 10, 2011 9:56 AM
diharap semua parti sudah mula bersiap sedia dengan calon masing-masing dan strategi kempen yang akan dibuat nanti.
May 10, 2011 10:00 AM
dalam radio Hot FM hari itu PM cakap 11112011..Tapi benarkah itu?Tidak pasti lagikan PRU 13. Tunggu sajalah..
May 10, 2011 11:46 AM
saya harap Najib akan mempertimbangkan pandangan Tun M sebaik2nya memandangkan beliau lebih berpengalaman dalam hal ini. namun jika Najib ada strategi sendiri, terpulanglah dengan beliau untuk membuat keputusan..
May 10, 2011 11:49 AM
rasanya tahun ini masih tidak sesuai untuk mengadakan pilihanraya umum.
May 12, 2011 8:59 AM
Tidak tahu lagi bila PRU-13 akan diadakan.
May 25, 2011 9:13 AM
I'm sure Najib has his own reason if he wants to organize the GE13 this year. Up to him bah.
May 25, 2011 9:14 AM
Neway, let's just wait for PM decision.
Post a Comment