SUARA BEBAS TUARAN

Timbul Atau Tenggelam Nya LDP Bersama BN?

Labels:

Senario sejak akhir-akhir ini, parti sekutu tertua BN, Parti Liberal Demokratik (LDP), terus di ganyang dan didera oleh sahabat-sahabat nya sendiri dalam komponen BN. Sehinggakan parti tersebut didesak menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Merotai yang diwakilinya sejak beberapa penggal yang lalu. Menurut lapuran, perkara itu disuarakan Ketua Umno Bahagian Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh buat kesekian kalinya.
  • Selain dari itu, pergolakan dalaman Politik LDP yang dikatakan didalangi beberapa pemimpin UMNO terus mewarnai beberapa insiden yang mengejutkan kerana sejak kebelakangan ini beberapa bahagian turut dibubar atau ditinggalkan. Wal hal alasan yang diberi tidak mencerminkan keseriusan masalah kepemimpinan LDP yang memerlukan ahli dan pemimpin akar umbinya keluar parti itu atau menutup operasi bahagiannya.
  • Ironik nya, para pemimpin LDP terus tampil dalam mempertahankan agenda perjuangan mereka untuk memperbetulkan ketidak seimbangan hak yang tertera dalam perkongsian kuasa ketika BN mula bertapak di Sabah.
  • Episod perbalahan ini dikatakan telah lama bermula, ia itu sejak bekas Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas LDP, Tan Sri Chong Kah Kiat bersara dari politik selepas mendakwa disabotaj Pengerusi Umno BN Sabah ketika ini, Datuk Musa Aman.
  • Kes ini bertambah tenat apa bila tindakan tergesa-gesa Naib Presiden LDP, Datuk Pang En Yin meletakkan jawatan dan keahlian parti meletakkan dirinya dalam keadaan dilema kerana selepas perletakkan jawatannya dalam parti, beliau sendiri tidak tahu mana satu parti yang sesuai untuk disertainya.
Namun atas restu Pengurusi BN negeri, Datuk Musa Aman, Pang dan seorang lagi ADUN LDP melompat menyertai Gerakan. Saperti sudah jatuh ditimpa tangga jawatan Timbalan Ketua Menteri (TKM) Sabah yang diwakilinya dirampas Parti Bersatu Sabah (PBS), yang juga sekutu BN di negeri itu.
  • Justeru itu, Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin dengan lantang nya mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan integriti Datuk Musa Aman sebagai seorang pempimpin gagal untuk berlaku adil terhadap sekutunya. Kerana itu, LDP sering diserang sekutu BN di negeri itu termasuk MIC, Gerakan dan beberapa pemimpin Umno negeri Sabah.
  • Tomahan terhadap LDP telah mencapai kemuncak nya bilamana Datuk Chin Su Phin sekali lagi mengeluarkan kenyataan mengenai kejayaan Pakatan Rakyat yang mencatatkan keputusan memberangsangkan pada pilihanraya Sarawak, 16 April lalu.
  • Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), sekutu utama BN di Sarawak melalui Exco pemudanya, Radin Kadri Radin Budiman dan Senator Sarawak, Datuk Idris Buang juga turut menyerang LDP.
Sejauh mana kah LDP yang direkodkan sebagai wakil BN yang paling awal di Sabah ini dapat bertahan menghadapi cabaran yang datang dari dalam dan mungkin juga dari luar parti tersebut?
Selanjut nya, ada kah LDP akan meneruskan perjuangan nya dalam BN menjelang PRU13 akan datang ini nanti? Pasti nya keputusan LDP itu nanti akan menjadi salah satu isu menarik untuk kita tunggu dan lihat bersama.
Sumber: Sabah Daily, Jalan Pulang
23 comments:

Selamat berjuang kepada LDP.


sebaiknya jika semua parti komponen meningkatkan kerjasama sesama mereka jika ingin mendapatkan sokongan rakyat.


isu-isu yang berlaku harus diselesaikan dengan cepat kerana masih banyak lagi isu lain yang lebih penting untuk diberikan perhatian.


Ini kita akan tahu juga nanti. Tunggu & lihat saja la.


LDP seharusnya terus menyokong dan bekerjsama dgn BN.


dari semua parti komponen BN, LDP adalah parti yang sering menimbulkan masalah. jika keadaan ini berterusan, tidak hairan jika LDP tidak akan bertanding bersama-sama dengan BN nanti.


Saya pasti dan yakin dengan kerajaan BN dapat menyelsaikan masalah yang berlaku antara LDP dan BN Sabah. Bawalah berbincang ya dalam apa masalah dalaman.


LDP perlulah lebih profesional dalam menangani apa masalah sekali pun. VK Liem sebagai seorang ketua parti LDP perlulah menasihati ahli parti itu sendiri supaya tidak ada salah faham dengan parti komponen BN yang lain.


I don't think its necessary for LDP to drag this issue till GE13.


Hopefully the issue between LDP and BN will settle in a good way.


Cooperation is important to win.


sebelum meminta kerjasama dari rakan2 lain, LDP juga patut memberikan kerjasama kepada rakan2 yang lain. mana boleh LDP menuntut kerjasama rakan lain sedangkan mereka giat mengkritik rakan sendiri.


masalah sebenarnya bukan dari pucuk pimpinan BN di Sabah, tetapi dari LDP sendiri.


jika LDP terus bersama BN, pasti maslah ini takkan tmbul.


rasanya jika LDP tidak bersama-sama dengan BN lagi, LDP lebih sesuai berjuang dengan siapa ya?


jika LDP merasakan bahawa mereka tidak lagi memerlukan BN, maka adalah lebih baik mereka keluar dari BN daripada menjadi beban kepada BN.


namun terpulang kepada LDP untuk membuat keputusan..


jika LDP masih ingin terus dalam BN maka, buang segala tindakan/perasaan yang merugikan diri sendiri..


atau LDP pecat sahaja datuk chin dari parti..apa2 pun, ianya terpulang kepada LDP.


Tingkatkan kerjasama dan bukannya tingkatkan ego masing2. huhu


Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.


It's up to LDP to salvage their party's reputation.


LDP perlulah melakukan apa yang perlu untuk menyelamatkan diri.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails