SUARA BEBAS TUARAN

Tragedi Ngeri Tanah Runtuh Di Hulu Langat, Banyak Mangsa Terkorban


Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini lima orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata 12 berjaya diselamatkan daripada tempat kejadian berkenaan.
Beliau berkata, pasukan penyelamat dan polis akan meneruskan operasi menyelamat sehingga menemui semua mangsa kejadian.
  • Menurut sumber, tragedi ini berlaku kira-kira pukul 1.00 petang semasa 30 penghuni rumah anak yatim tersebut sedang berkumpul untuk membuat persiapan meraikan rombongan Finas yang dijangka tiba pada pukul 5 petang di dewan berkenaan.
  • Sehingga pukul 8 malam ini, operasi menyelamat yang dijalankan oleh Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam berjaya mengeluarkan lima mayat dan sembilan yang cedera parah. Bermakna keseluruhan 14 mangsa sudah ditemui setakat ini. Seramai 10 lagi masih tertimbus.
  • Mayat pertama dikeluarkan kira-kira pukul 4.25 petang, kedua pukul 5.06 petang manakala ketiga, kira-kira pukul 6.20 petang.
  • Kesemua yang meninggal dunia itu kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berumur antara 11 hingga 14 tahun. Manakala yang cedera antara 11 hingga 17 tahun.
  • Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kajang bagi tujuan bedah siasat manakala yang cedera pula dihantar ke Hospital Ampang.
Maklumat awal diterima, mangsa yang termuda dalam kejadian ini ialah murid tahun satu dan seorang kakitangan rumah anak yatim berkenaan yang berusia 32 tahun.
Sementara itu, 14 lagi penghuni dikatakan masih tertimbus dan operasi menyelamat masih berjalan.
Sumber: Agensi
8 comments:

terkejut juga bila dapat tahu berita ini...diharap semua pihak dapat belajar dari sesuatu dari peristiwa ini bagaimana fragile & vulnerable nya bukit atau tanah tinggi kita...mungkin kerajaan dapat membentuk satu mekanisme bagi membendung perkara yg sama daripada berlaku lagi?


Condolence to the victims' family.


Hopefully they manage to save other survivors.


takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban. harap mangsa yang cedera akan segera sembuh.


semoga usaha mencari dan menyelamat dipermudahkan.


tragedi yang amat menyayat hati. semoga mangsa tabah menghadapi dugaan ini.


Takziah kepada kawan mangsa. Harap apa yang berlaku ini anggap sebagai dugaan oleh tuhan.


Sad to hear this too. The government has promised to extend help to relocate the orphanage to a safer location.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails