

Logo illustrasi Komuniti Blogger dan photo Jumat Idris
“Bloggers ini menulis kadang-kadang tanpa usul periksa, tanpa memberitahu maklumat yang betul tentang sesuatu perkara. Namun kita mesti mengambil perhatian terhadap komuniti internet ini kerana ia boleh menyebabkan masyarakat keliru lebih-lebih lagi terhadap parti kita.” Demekian kata Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Jumat Idris ketika berucap di majlis Persidangan UMNO Bahagian Sepanggar baru-baru ini.
Beliau menyatakan demekian kerana dikejutkan oleh media baru, melalui internet. Beliau menyedarkan UMNO Sepanggar berhubung perkembangan dunia teknologi maklumat agar tidak memandang remeh kehadiran media berkenaan yang hampir membadaikan Tsunami pada pilihanraya umum 2008 di Semenanjung Malaysia.
Bagaimanapun kata Jumat, beliau bersedia menghadapi dan mendepani apa juga cabaran getir, terutama memastikan UMNO mendapat kembali kerusi Parlimen Sepanggar (SAPP) dan mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang.


May 19, 2011 8:34 AM
Blogger juga mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyebarkan maklumat yang betul supaya tidak mengelirukan rakyat. Tapi rakyat sendiri juga perlulah pandai menilai sendiri sesuatu maklumat yang dipaparkan.
May 19, 2011 9:16 AM
PM telah sarankan kod etika blogger bagi seseorang pengendali blog di Malaysia supaya menjadi garis panduan dalam menulis entri blog di internet.
May 19, 2011 9:19 AM
Kod Etika Blogger yang dimaksudkan adalah:
1.Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.
2.Tidak memplagiat hasil tulisan.
3.Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.
4.Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.
5.Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.
6.Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.
7.Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.
8.Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.
9.Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.
May 19, 2011 9:23 AM
Dengan adanya kod etika sebegini dapat sedikit sebanyak menjadikan sebagai panduan kepada para pengendali blog di Malaysia dalam menulis artikel untuk blog mereka. Terutamanya bagi mereka yang baru menceburi bidang penulisan blog di tanah air.
May 19, 2011 9:28 AM
Jadi kepada semua bloggers, apabila menulis blog berkenaan isu hiburan, politik, isu-isu semasa di dalam dan luar negara serta blog-blog berbentuk peribadi mestilah mengikut etika yang telah ditetapkan.
May 19, 2011 9:32 AM
jika tidak, maklumat yang disampaikan akan mengelirukan malah mampu membawa impak yang tidak baik kepada para pembaca.
May 19, 2011 9:37 AM
blog2 adalah media alternatif yang byk memberi info kepada orang ramai. namun kita kena bijak dalam menilai semua maklumat yang dipaparkan dalam blog.
May 19, 2011 10:00 AM
mungkin ada bloger yang menulis tanpa usul periksa, tapi itu hanya segelintir saja.
May 19, 2011 10:02 AM
yang penting setiap rakyat perlu menilai setiap maklumat yang diberikan.
May 19, 2011 11:16 AM
Agak susah kita mengawal blogger. Apa pun harap blogger tidak akan memberikan maklumat palsu.
May 19, 2011 11:18 AM
Harap rakyat sendiri tahu mana yang benar atau mana yang tidak. Janganlah terlalu mempercayai maklumat blogger sepenuhnya.
May 19, 2011 3:09 PM
Betul, terdapat sebilagan bloggers yang hanya menulis berdasarkan hati dan fikiran mereka sendiri tanpa memiliki bukti2 yang sahih.
May 19, 2011 3:11 PM
Msalah utama yang berlaku adalah rakyat mudah terpengaruh dengan apa yang ditulis oleh mana2 bloggers. Oleh itu dinasihakan kepada rakyat jangan mudah terpengaruh tanpa bukti2 sahih yang disertakan.
May 20, 2011 8:31 AM
media blogger adalah terlalu bebas dan sukar untuk dikawal. bagaimanapun, sebagai blogger seharusnya memberikan maklumat yang tepat.
May 20, 2011 11:58 AM
berita lebih cepat tersebar dengan adanya kemudahan internet..
May 20, 2011 11:58 AM
tidak perlu takut dengan berita yang disiarkan oleh para blogger..sama ada benar atau tidak, terpulang kepada pembaca untuk menentukannya.
May 20, 2011 11:59 AM
apa2 pun, kemudahan internet tidak sepatutnya disalah guna..
May 20, 2011 1:10 PM
selain bogger, ahli2 politik juga terlibat sama menutup kebenaran dan mendedahkan yang sebaliknya.. ada juga ahli politik yang lebih suka memberikan maklumat yang tidak tepat semata2 untuk melindungi imej mereka..
May 20, 2011 1:14 PM
tidak semua blogger menyalurkan maklumat yang tidak tepat. ada juga yang serius dalam mendedahkan kebenaran yang selama ini cuba disembunyikan oleh pihak2 tertentu.
May 25, 2011 11:16 AM
Bloggers also played an important role to send the right message and accurate news to the readers. This means they should follow the ethics and guidelines of a blogger. They must be responsible as what they say could give impact to the readers.
Post a Comment